Tuesday, September 7, 2010

Anak Bapak khianat Melayu/Bumiputera?


Sama-sama memburukkan negara di luar


Khoo Kay Kim: Hak istimewa Melayu tak boleh dipadam
September 6, 2010

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera adalah buta sejarah dan tidak memahami Perlembagaan, kata pakar sejarah, Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim.

Beliau berkata kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan pada zaman dahulu iaitu ketika zaman penjajahan British lagi.

“Bila British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

“Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukan rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu,” katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur.

Beliau berkata orang bukan Melayu di Semenanjung pada ketika itu bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Feb 1948.

“Apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah wujud disambung, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah wujud,” katanya.

Justeru, kata Khoo, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut.

“Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak dahulu dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan yang kekal sampai ke hari ini,” katanya.


Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana kerajaan persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Khoo berkata punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

“Orang tak faham (Perlembagaan)…jahil, mereka tidak tahu apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu,” katanya.

Beliau berkata sekiranya Perlembagaan mahu dipinda, persetujuan daripada dua pertiga Anggota Parlimen perlu dicapai dan mendapat perkenaan Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, sesiapa yang mahu menghapuskan atau meminda Perkara 153 pula, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda.

“Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, kalau orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak boleh dipinda,” katanya.

Bulan lepas, MCA menggariskan 13 resolusi pada Kongres Ekonomi Cina antaranya meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota bagi memberi peluang kepada semua pihak untuk bersaing secara sihat dan adil.

Kenyataan ini secara tidak langsung menggesa kerajaan agar memansuhkan Perkara 153 dan cuba mempertikaikan tanggungjawab yang ada pada ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Agong yang memelihara hak dan keistimewaan orang Melayu.


Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria semasa menjadi panel wacana Perpaduan Ummah Dalam Kesedaran Penghakisan Hak Orang Melayu di Ipoh bulan lepas pula mendedahkan bahawa ada perlembagaan baru dibuat oleh pihak tertentu bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang akan menyisihkan hak-hak orang Melayu dan juga Islam yang dijamin dalam Perlembagaan sekarang.

Terbaru, pada Selasa lalu, Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menulis dalam portal berita The Malaysian Insider bahawa idea ‘hak orang Melayu’ yang dibawa oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) hanya satu gagasan ideologi dan falsafah yang tidak berakarumbikan Perlembagaan.


Nurul Izzah berkata, adalah penting untuk ditekankan bahawa Suruhanjaya Reid, yang merangka Perlembagaan, melihat Perkara 153 sebagai pendekatan sementara dan tertakluk kepada kajian semula selepas 15 tahun oleh Parlimen.

Berang dengan kenyataan wakil rakyat PKR itu, penganalisis politik Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata Nurul Izzah perlu meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen kerana membuat tafsiran yang salah tentang hak-hak Melayu serta menyeleweng dan menipu rakyat.

“Dia jahil dan sedang keliru. Dia tidak tahu bahawa Laporan Reid hanyalah syor-syor yang dipinda oleh kertas putih yang diterbitkan di London tentang Perlembagaan Tanah Melayu,” katanya.

Zainal turut mendesak kerajaan agar meneliti kenyataan Nurul Izzah itu kerana orang yang mempersoalkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan telah melanggar undang-undang dan Akta Hasutan 1948.

“Kerajaan mesti teliti ucapan-ucapan seperti ini sama ada ia boleh disabitkan dengan Akta Hasutan, jika ya, maka pihak itu boleh didakwa,” katanya.

Zainal, pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), tidak menafikan bahawa wujudnya gerakan yang dilakukan oleh orang bukan Melayu untuk menghapuskan hak Melayu dan orang Melayu itu sendiri.

“Ia seperti ideologi asing yang dicetuskan di Singapura pada sekitar 1963-1964 yang ingin memecahkan Malaysia, seluruh rakyat harus menentang gerakan ini kerana ia akan menyebabkan pergolakan rakyat,” katanya.

Beliau berkata kaum lain telah diintegrasikan sebagai warga negara melalui undang-undang, maka semua yang menjadi warga negara atau rakyat mesti patuh pada undang-undang dalam Perlembagaan, jika tidak perasaan taat setia dan cinta kepada negara mereka boleh dipersoalkan.

“Mereka jadi rakyat kerana Perlembagaan benarkan, jadi mereka mesti hormat sepenuhnya kepada Perlembagaan, dan menjadi tanggungjawab mereka untuk menjunjung tinggi Perlembagaan negara. Kalau tak kita boleh persoalkan kerakyatan dan taat setia mereka,” katanya.

Zainal berkata Perkara 153 amat penting bagi melindungi dan membantu orang Melayu dan Bumiputera khususnya yang berada di luar bandar dan pedalaman.

“Orang kampung, Orang Asli dan Bumiputera di Sabah dan Sarawak yang duduk di luar bandar dan pedalaman mesti dibantu, kerajaan wajib laksanakan Perkara 153 demi kesejahteraan rakyat dan membela golongan yang tidak dapat menikmati kemudahan yang canggih seperti di bandar,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata semua kaum di Malaysia perlu menghormati perkara yang termaktub dalam Perlembagaan kerana jika ia tidak dipelihara maka akan berlaku perpecahan dan ketidakstabilan di negara ini.

Beliau berkata ketika Tanah Melayu menuntut kemerdekaan lagi sudah wujud suasana tidak puas hati mengenai Perlembagaan tetapi ia hanyalah daripada golongan minoriti.

“Sekarang golongan minoriti ini sudah dapat akses ke dalam blog-blog dan media, dulu tidak ada, sekarang sudah ada kebebasan bersuara dan kita nampak seolah-olah ramai yang menentang, sebenarnya tidak,” katanya.

Ahmad Atory berkata kaum lain tidak patut mempersoalkan mengenai kuota yang dinikmati oleh orang Melayu dan Bumiputera kerana dengan adanya kuota tersebut orang Melayu akan boleh bersaing dengan kaum lain yang lebih maju.

“Melayu ketinggalan, jika tiada kuota kaum lain akan bolot semua dan tiada yang tinggal. Kalau (benar dakwaan kononnya) kita nafikan hak kaum lain maka tiada orang Cina yang jadi bilionaire,” katanya.

Ahmad Atory berkata kerajaan selaku pelaksana hak dan keistimewaan orang Melayu perlu ada mekanisme tertentu untuk mengurus pihak-pihak yang tidak bersetuju dengan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan.

“Kerajaan perlu ada program kenegaraan, mata pelajaran Sejarah amat penting untuk generasi masa depan mengenal sejarah kemerdekaan negara, kerajaan juga perlu ada hujah dan fakta untuk menerangkan kepada golongan-golongan ini mengenai sejarah negara,” katanya.

Beliau berkata pemimpin-pemimpin terdahulu yang merangka Perlembagaan telah “terlajak sejarah” iaitu mereka tidak menjangka sama sekali bahawa fasal-fasal yang termaktub dalam Perlembagaan ditentang hebat oleh kaum bukan Melayu pada zaman sekarang.

“Kalau mereka jangka mungkin ada beberapa perkara yang boleh dibetulkan, tetapi kita tidak boleh nak kata apa, sudah terlajak sejarah, bapa-bapa kemerdekaan sudah buat benda ini (Perlembagaan),” katanya.

Beliau berkata fenomena “terlajak sejarah” itu kini terpaksa dipikul oleh generasi sekarang di mana tanggungjawab yang ada adalah lebih berat daripada tokoh-tokoh terdahulu selaras dengan peredaran zaman.

–Bernama

13 comments:

phen said...

UMNO dah khianat melayu 53 tahun dah x sedar ke bro.....DEB yg diwarwarkan untuk menghapuskan kemiskinan org melayu dan meningkat kekayaan org melayu pun tak tercapai...yg kaya raya setelah 53 tahun merdeka ialah kaum cina!!!!UMNO boneka cina!!!!pemimpin UMNO(baru) pengkhianat melayu!!!!

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

ya lah tu phen, jumlah middle class yg bertambah di klgn melayu, jumlah profesional melayu, kejayaan Felda, etc - must b dr Dasar Sosialis yg diamalkan selama 53thn :) sya percaya, ayah sdr masih merempat di kampung mcm ramai org melayu yg sedang kebuluran akibat x cukup makan :)

amran said...

memang la budak pesal ni pengampu tegar umno totok...sanggup gadai maruah agama dan bangsa sendiri

ondastreet said...

phen,
Artikel 153 dan DEB tidak menghalang bukan bumi untuk mencari kekayaan. Jika mereka kaya, mereka berusaha cara mereka.

Perancangan DEB sudah cantik tetapi dirosakkan oleh mereka yang pentingkan diri sendiri. Dan kerana orang-orang seperti inilah yang akan merosakkan mana-mana parti atau gabungan yang memerintah, baik UMNO, PAS atau PKR.

amran,
bagimana ya tun faisal menggadaikan maruah agama dan bangsa sendiri menurut pandangan anda? Kerana dia ahli UMNO kah? Nak tahu juga bagaimana yang tun faisal menggadai maruah agama dan bangsa sendiri tu...

~ OnDaStreet

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

betul la tu ondastreet - mcmmana ya? :P

phen said...

Bila kita nak ukur kejayaan mesti ada target untuk dicapai.Kalau target 30% kekayaan untuk org melayu x tercapai maka itu bermakna kegagalan. Benda mudah pun tak faham? Ni lah hasil didikan UMNO...Yealah ayah saya merempat di kampung sebab UMNO mmg tak peduli org melayu di kpg sebab nak bagi kaya org melayu di bandar terutamanya kroni2 UMNO....semakin hari penyelewengan UMNO semakin terbuka luas...rakyat yg akan menilai semua itu....

Kenn said...

Perkara 153 - Why Dont you Just Take A Hike?

ondastreet said...

phen,
Jika anda dan "sewaktu" dengan anda tidak mengalami "mental block", kuota 30% itu boleh dilihat sebagai satu indikasi atau pemberi semangat untuk sekurang-kurangnya 30% itu dicapai, bukan sebaliknya. Melainkan anda berpuas hati dengan 30%, lainlah cerita...

Cuma masalahnya, 30% itu belum pun tercapai, tetapi anda sudah menyalahkan ruang yang tersedia. Jika hendak mencari salah sahaja, bagaimana hendak maju?

Satu lagi, jika benar UMNO tidak mampu, pastinya PAS, PKR dan mana-mana parti lain atau persendirian mampu untuk membantu. Berilah undi anda kepada mereka yang dapat membantu anda. Anda tidak rugi. Bukankah PAS, PKR dan mana-mana parti politik yang lain maksum, sempurna dan sedia membantu setiap masa (saya mengambil dari sudut anda berhujah.. seolah-olah UMNO sahaja yang buruk belaka).

Akan tetapi, sekali lagi, anda masih bergantung kepada "bantuan".

Renungkan.. kerana pada saya, bukan masalah pada parti politik, tetapi lebih kepada mentaliti anda yang lebih menunggu, meminta dan menyalahkan orang lain daripada berusaha.

Ketahuilah, selagi kita ini bernama manusia biasa, salah dan silap tetap akan ada.

~ OnDaStreet

izdar said...

Akhirnyer phen senyap..:)))

jie said...

saudara phen
mak ngan abah saya pun duk kampung gak.ok je.ada peningkatan. dulu kami susah. tapi sekarang Alhamdulillah. phen nak senang kena usaha la. bukan duk je kat umah mengharap duit bertabur dari langit. hidup kalau asyik nak salahkan orang je memang senang. Phen kalau DEB tu tak begitu memberangsangkan bukan lagi salah UMNO tau tapi salah diri sendiri yang malas nak berusaha. ko tanya ayah ko yg merempat kat kampung tu apa yang telah diusahakannya dan peranan ko sebagai anak apa yang ko dah buat. kerajaan just bagi jalan keluar selebihnya usaha kita sendiri. kalau ko tengok phen, nak kenyang pun kena makan de. bukan pakai niat je dah boleh sedawa.disitulah ditekankan usaha.tak malu ke asyik nak meminta2, menunggu bantuan, subsidi. malu la sikit. ada paham phen. kalau tak paham gak gi sekolah balik. muhasabah diri.mentaliti ko kena ubah. takkan ko sembelit, bersin ko tak jadi.kentut ko tak lawas ko nak salah kan orang. sendri pk la phen.kalau tak sia-sia je otak yang Allah bagi tu.

learnspanish said...

Orang macam phen nie bersuara macam orang tak bersyukur. 30% adalah sasaran, bukan 30% saje yg org Melayu nak..kalau boleh nak lebih dari 30% tapi DEB bukanlah macam dasar Nazi merampas kekayaan bangsa2 lain dan beri pada bangsa Jerman masa WW2 dulu tuh...kita tak sekejam dan sezalim tuh. DEB adalah dasar memberi galakan kepada orang Melayu/Bumi untuk bangun berusaha perbaiki diri sendiri..bukan melalui kontrak2 semata-mata tetapi juga melalui pendidikan, keusahawanan, perniagaan agar kek ekonomi boleh dibahagi secara saksama. Tahukah anda kerana DEB la orang2 Melayu kini ramai menjadi middle class income earners dan sebilangannya menjadi jutawan malah ada yang menjadi billionwan. Orang Melayu selaku kaum terbesar di Malaysia dapat menikmati kekayaan negara...kalau dibandingkan sebelum DEB dilancarkan, orang2 melayu hanya duduk di kampung, desa dan kawasan luar bandar manakala kawasan bandar2 diduduki oleh bukan melayu hasil warisan zaman penjajah British melalui dasar pecah dan perintah. Pada waktu tuh sukar bagi org melayu mendapatkan pekerjaan di bandar melainkan sebilangan yang merupakan orang melayu kelas elit seperti dari kalangan kerabat istana dan bangsawan saja. Bile DEB dilancarkan orang Melayu diberi peluang untuk perbaiki diri mereka, kouta2 kemasukan ke IPTA, maktab2, kolej2 dibuka seluas-luasnya dan mereka ini mungkin dari generasi ibu dan bapa kita..Orang2 bukan Melayu seperti Cina dan India juga menerima tempias daripada kemakmuran orang Melayu apabila perniagaan mereka berkembang maju kerana orang melayu/bumiputera selaku kaum terbesar di negara ini mempunyai kuasa membeli (purchasing power) dan mereka kini bukan lagi satu beban kepada kerajaan tetapi aset yang berguna kepada negara!
Kamu yang baru hidup berapa hari nie dah berani mendabik dada, apa sumbangan kamu pada meningkatkan taraf hidup orang melayu/bumiputera??

MonyetBesi.com said...

utk Phen & Amran..
nampaknya pikiran anda berdua nih da rosak atau masuk air... anda kelihatan seperti apa yang telah diperkatan oleh saudara2 di atas.. mengambil sikap menunggu dan hanya nampak kesilapan orang lain..padahal anda sendiri bagaimana?..anda berdua juga kelihatan seperti hanya pandai berhujah tapi di dalamnya kosong..sebab apa saya berkata demikian kerana anda berdua mungkin kecewa dengan diri sendiri..anda boleh sakit hati atau bengang dengan saya sebabnya itu bukan masalah kepada saya...mertua saya masih tinggal di kawasan jauh pedalaman dari bandar baru mendapat bekalan elektrik dan masih lagi menggunakan air gunung sebagai bekalan air untuk kehidupan seharian..walaupon dalam keadaan sedemikian mereka masih mampu untuk bekerja dalam memajukan diri sendiri di samping anak2 membantu sesekali. kalau mahu berjaya dan berfikiran positif memang kita boleh hidup dengan baik walaupon keadaan kita bukan seperti kehidupan jutawan yang mana anda mungkin tak akan jadi...walaupon kehidupan kita sederhana....asalkan kita ikhlas dalam perjuangan hidup..taat setia kita kepada tanah air dan pemimpin yang membawa kita kearah kebaikan. kalau seandainya kerajaan sekarang tidak memberikan bantuan sudah tentunya anda berdua juga akan pening kepala untuk yuran persekolahan anak2?...semua kena tanggung sendiri..kalau bukan kerana kerajaan sekarang anda juga mungkin tidak mampu menghabiskan persekolan anda...mungkin juga kalau bukan kerana kerajaan yang menerajui negara kita selama ini anda berdua juga sudah menjadi hamba di negara sendiri...anda berdua mungkin lupa sahsiah diri..mungkin juga anda berdua lupa bahawa selama ini anda berdua hidup dengan ihsan dari kerajaan yang anda berdua benci...kan?...buka mata luas2...guna akal yang mengumpul segala ilmu...selama ini darimana sumber yang membantu anda berdua sehingga ke hari ini...dari pembangkang yang suka menghuruharakan atau dari kerajaan yang anda selalu fitnah dan caci sehari2?...

mohd ikmal fariq said...

cuba tanya pren dn amran....masa dorang kluanr dr jubur makk dia..hingga ke hari ini bape byk subsidi yg dia dah telan...dan kerajaan mana yg sedia dn permudahkan sehingga besar panjang cam gini,,,tp masih tkde otak...benci sgt dgn kerajaan pimpinan umno...bodohnya punya manusia...cuba dia lahir di indonesia..nak ke hospital pn susuah pren n amran...tp kt malaysia..bayar singgit dah sekantung ubat bleh wat balik...dpt mc plk tu...bodoh laa pren ngan amran nih,,,,bersyukur laa....BODOH!!!!

Popular Posts