Monday, September 6, 2010

Kempen anti-Namewee bermula?

Kebencian terhadap Namewee semakin memuncak. Baru-baru ini pihak yang membenci perangai rasis dan perilaku kurang ajar Namewee telah menghasilkan klip video bagi membalas sikap rasis dan perbuatan biadapnya. Sasaran kebencian mereka adalah Namewee; dan mereka tidak menyasarkan kemarahan mereka ini kepada kaum Cina.

Sikap Namewee yang tidak sensitif dan biadap terhadap agama Islam dan kaum Melayu telah ditunjukkannya secara jelas dalam klip video Negarakuku.

Dalam video klip Nah pula, Namewee menunjukkan dia berfikir melalui kerangka pemikiran rasis apabila menggambarkan bahawa negara Malaysia kaya disebabkan kaum Cina; suatu kenyataan yang tidak tepat dan berbau perkauman. Selain sikap rasis, ditunjukkan juga sikap biadap dan kurang ajar Namewee melalui carutan dan isyarat-isyarat carutan.

Video anti-Namewee


Klip video Hello Namewee



Klip video - Kempen Meludah Namewee


Bagi saya, ada beberapa sebab kenapa Namewee perlu dihukum;

Pertama, ini adalah kesalahan keduanya. Jika dulu, kita memaafkannya mungkin atas permintaan parti komponen dan atas pertimbangan ketika itu dia masih budak dan belum matang, tapi kali ini, pada usia 27 tahun, Namewee perlu menjadi dewasa dan bertanggung jawab penuh di atas perbuatannya.

Kedua, walau apa pun alasannya untuk menghasilkan klip video tersebut, pokok pangkalnya, cara Namewee adalah salah, biadap dan tidak kena. Tidak ada masalah untuk memberikan pandangan secara sivil, masalahnya dia memilih cara yang biadap untuk menyampaikannya. Malangnya, perbuatannya dipertahankan pula oleh parti pembangkang yang kononnya memperjuangkan masyarakat sivil. Dalam hal ini rakyat wajar menilai bahawa pendirian pembangkang bukan kerana prinsip, tetapi lebih disebabkan kepentingan politik.

Dalam usaha untuk mempertahankan Namewee, pembangkang cuba menggambarkan seolah-olah kerajaan tidak adil dalam menghukum Namewee berbanding pengetua yang dikatakan bersikap rasis . Mereka menuduh bahawa kerajaan mengamalkan `double standard' dan ada yang mempertikaikan kenapa siasatan terhadap Namewee mengambil masa lebih dari sebulan.

Tidak ada soal TIDAK ADIL kerana fakta kes adalah berbeza. Dalam kes Namewee, dalam klip video tersebut adalah wajahnya, liriknya dan nyanyiannya. Ia dimuat naikkan ke YouTube dan ditonton oleh ramai. Ia menyebabkan ketegangan agama dan kaum terhadap yang menontonnya sehingga menyebabkan pertelingkahan berpanjangan sehingga lebih 2,000 komen di dalam dinding Facebook (FB) saya. Pengguna FB kaum Cina dan Melayu, saling serang menyerang; menggambarkan keresahan di kalangan rakyat, terutama generasi muda.

Sedangkan dalam kes pengetua, Pn Siti Insyah, ia adalah kes perkataan dia berbanding kenyataan pelajar. Ia tidak berlaku secara dalam talian dan tiada rakaman yang dapat dilihat. Mungkin ada saksi yang menyebelahi murid dan mungkin ada saksi yang menyebelahi pengetua. Ini menyebabkan penyiasatan perlu dibuat untuk menilai keterangan pengetua, pelajar dan saksi-saksi. Adakah ia mengambil masa lebih dari sebulan? TIDAK, itu satu penipuan. Direkodkan kejadian berlaku pada 12 Ogos 2010. Sehingga hari tulisan ini ditulis, tempoh siasatan tidak sampai sebulan, lebih-lebih lagi jika ditolak cuti hujung minggu dan cuti umum. Ini hanya sekadar permainan pembangkang dan apabila dipengaruhi emosi, ada pihak yang mempercayainya tanpa usul periksa. Ini berlaku di kalangan pengikut twitter saya yang akhirnya termalu sendiri kerana sedar tempohnya tidak sampai sebulan selepas beriya-iya menegakkan benang yang basah.

Perkataan double standard digunakan oleh pembangkang untuk mengelirukan rakyat untuk menampakkan seolah-olah kerajaan tidak adil, sedangkan kedua-dua kes berbeza. Ia tidak boleh ditangani dengan kaedah yang sama, tetapi tidak bermakna keadilan tidak diberikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan terhadap pihak yang menghina agama Islam menggunakan media dalam talian (online). PM faham, bidang kuasa dan kepakaran berkaitan media on-line adalah dalam tangan SKMM. Tentu ada justifikasi tertentu yang perlu dipenuhi sebelum ISA digunakan dan tentu ada proses yang perlu dilaksanakan sebelum dakwaan dibuat.

Siapa pula akan membuat dakwaan ke atas Namewee?

Jelasnya, bidang kuasa tersebut tidak berada di bawah SKMM, sebaliknya di dalam tangan Peguam Negara. Jika beliau berpuas hati dengan fakta dan bukti kes, barulah pendakwaan akan dibuat berdasarkan Akta dan undang-undang yang dilanggar oleh Namewee.

Mungkin pihak yang menghasilkan klip video kedua keliru serta tidak begitu jelas tentang proses dan bidang kuasa pihak-pihak yang terbabit dalam kes ini.

Apa pun, kita mahu kerajaan bertindak segera dan tegas dalam kes-kes yang menyebabkan ketegangan kaum dan agama ini. Tindakan tegas ini perlu dilaksanakan bukan kerana mereka ini berketurunan Melayu, Cina atau India; atau penganut agama Islam, Kristian, Hindu atau Buddha, tetapi di atas kesalahan undang-undang yang telah mereka lakukan sehingga menggugat keharmonian rakyat negara ini.

5 comments:

Panglima Perang Cyber said...

sokong 110% kita kena hukum mereka yang biaDAP ini.

di blog saya ada bukti DAP terlibat bela Namewee

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Panglima, mereka bela bukan kerana prinsip & kebenaran, tp kerana kepentingan politik - akhirnya yg kurang ajar pun dibela :)

AZREL said...

sokong 200% la bawa budak ni kemuka pengadilan..buang negara trus.. yang x sokong nya psl video tu..bt apa kita nk bt video kutuk2 dia pulak..nnti level kita x tumpah mcm si budak tu..kita kna la rasional skit..bt apa nk bangkit kan kemarahan lg..Sebagai org islam jgn la bt mcm tu..contoh la Nabi junjungan kita..walaupun di hina,dibuat jahat terhadap nabi tp nabi ttp membalas dgn senyuman.itu menunjukkan betapa rasional nya nabi..x terburu2 ikutkan perasaan marah.kita sbagai umat nya hendaklah folow sikap tu..jgn nk cepat melatah..rasional plzz...

Pejuang Maya said...

Aku setuju..
Namewee bangsat perlu dihukum..
Sumbat jer dia dalam ISA..
Ini la masa yang terbaik nak guna ISA..

qito said...

sampai sekarang tidak dengar sebarang tindakan dikenakan kepada sibabi ni...

Popular Posts