Friday, July 23, 2010

Perpaduan Ummah: Ketua Pemuda PAS gagal sahut cabaran


PAS dulu



PAS, selepas bersahabat dengan syaitan, berimamkan DAP,
bertuankan sosialis, sekularis dan zionis?

Saya telah membaca dengan penuh minat kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasrudin Tantawi mengenai perpaduan sesama Islam UMNO-Pas yang disiarkan oleh beberapa akhbar utama semalam. Berita penuh boleh dibaca di sini.

Kenyataan Nasrudin ini nampaknya lebih rasional dan mirip kepada pandangan golongan pro-perpaduan Islam di dalam Pas. Nadanya jauh berbeza berbanding golongan anti-perpaduan Islam dalam PAS yang diketuai oleh Nik Aziz sendiri dan disokong oleh Mustafa Ali, Mahfuz Omar dan Pemuda Pas Perak. Golongan ati-perpaduan Islam ini, termasuk Pemuda PAS Perak nampaknya hanya berani melawan Mufti, tetapi bukan Ronnie (Liu) dan DAP.

Sekali dengar, bunyi kenyataan Nasrudin ini macam menarik; tetapi apabila dibaca dengan daya analitikal, isinya amat menghampakan.

Disebabkan itu saya telah memetik beberapa perkataan Nasrudin agar saya boleh bertanya kepadanya sendiri menerusi Twitter. Kenyataannya yang saya petik adalah;
  1. "Ummat Islam mesti bersatu . Rata - rata ummat Islam ialah melayu . Secara mantiqinya ialah melayu mesti bersatu"
  2. "jika UMNO ikhlas dan serius mahukan perpaduan sebagaimana tawaran yang berikan , maka sewajarnya UMNO menerima syarat yang diberikan iaitu Islam . Apakah UMNO sukar untuk menerima Islam ? Apakah payah UMNO mahu menerima syarat Islam?"
  3. "Kita bukan letak syarat supaya UMNO bubarkan partinya , cuma kita minta supaya UMNO menerima Islam sebagai dasar perjuangan . Sukarkah begitu ?"
Saya telah memetik kenyataan ini dan hantarkan pesanan twitter saya kepadanya. Saya juga telah bertanyakan 3 soalan penting;
  1. Adakah dia bercakap perkara yang sama kepada pemimpin-pemimpin DAP dan PKR? Adakah dia menetapkan syarat-syarat ini dengan jelas kepada mereka?
  2. Apabila Nik Aziz menolak pelawaan UMNO dan memilih untuk berkasih dengan DAP dan PKR, adakah dia lakukannya atas dasar Islam atau kerana hendakkan kuasa?
  3. Sejak bila Islam tidak menjadi perjuangan dalam UMNO? UMNO telah melakukan lebih banyak perkara dalam menegakkan Islam berbanding Pas, tetapi tentunya bukan dalam bentuk Islam yang ekstrem
Untuk membetulkan khayalan Pas yang menyangka bahawa DAP adalah `Islam' dan UMNO adalah `kafir', saya telah memintanya membaca tulisan saya mengenai `track record' UMNO dalam memelihara dan menegakkan Islam di sini, Hanya Pas, Bukan UMNO perjuangkan Islam.

Sebelum mengakhiri `kicauan' saya, saya telah mencabar Nasrudin, jika dia berani, untuk mendapatkan perjanjian dari pemimpin-pemimpin DAP untuk melakukan perkara yang sama, jika tidak lebih baik daripada apa yang telah dilakukan selama ini oleh UMNO untuk menegakkan dan memelihara Islam di negara ini.

Namun, selepas 15 JAM, Ketua Pemuda PAS GAGAL memberi sebarang respon terhadap cabaran saya!

Seperti Pemuda PAS Selangor yang takutkan Ronnie, mungkin elok juga Pemuda Pas Pusat meneladani mereka dan berterusan menjadi tikus almari...

5 comments:

Bingai @ Bangang said...

aku tetap mendoakan perpaduan UMNO dan PAS menjadi kenyataan. Amin

Si Bingai dari Tendang Terajang

Unknown said...

awas dengan yang namanya politikus jalanan. mereka sadis dan mabuk kuasa. indonesia udah kena. jangan sampe malaysia juga ikut kena.
dunia kadang2 ga adil kerna yang mabuk kuasa dan gila, bisa berjaya. Hati2 Malaysia.
Saya pencinta damai. Selamatkan Malaysia kerna malaysia adalah negara islam yang paling berjaya di dunia.
ikuti saya di www.sambalpedas.com

IES Agencies said...

Tapi Anwar sahut laungan Cauvinis DAP dan MCA

Anwar says Ling Liong Sik is not a big enough fish for MACC: Who does Anwar want MACC to go after? read all about it HERE

Abu Faiq said...
This comment has been removed by the author.
Abu Faiq said...

Salam,

1 Prbalahan yg mnambah episod sedih & malang bagi ummah yg sdang mnderita prpecahan.

2 UMNO & PAS kedua2nya parti politk umat lslm yg swajarnya brjuang di atas lndasn ideologi lslam demi mnegakkan Daulah lslam yg mlaksanakn syariat lslam scara kaffah, tnpa mngharapkan prtolongn kaum kafir utk kkuasaan [yg merupakn larngan Allah [Surah Ali lmran: 28 dan Ali lmran: 118]

3 Ada prbincangn tntang prpaduan ummah dlm notes fb Abu Faiq.

Popular Posts