Monday, June 28, 2010

Bahasa Cina jadi Bahasa Kebangsaan di Pulau Pinang?



Saya terbaca di ruangan Forum, Utusan Malaysia dalam talian mengenai bahasa Cina yang seolah-olah telah menjadi Bahasa Kebangsaan di Pulau Pinang. Jika ini benar, di manakah musang berjanggut yang berkongsi platform dengan pembangkang kononnya untuk memperjuangkan bahasa Melayu? Di mana mereka? Tidak mahukah mereka berdemonstrasi di Jambatan Pulau Pinang? Atau, mereka hanya sekadar Samseng Bahasa yang hipokrit!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0626&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_01.htm

BILA BC JADI BAHASA KEBANGSAAN?

SAYA ada sikit keraguan dengan bahasa dan tulisan Cina yang kadangkala diletakkan di atas bahasa lain pada papan-papan tanda. Sejak bila ia menjadi bahasa Kebangsaan melebihi bahasa Malaysia?

Dengan meletakkan tulisan Cina di atas bahasa Malaysia atau kadangkala cuma ada bahasa Cina (BC) dan Inggeris sahaja, ia boleh dilabelkan satu penghinaan ke atas bahasa Kebangsaan. Itu belum lagi syarat kelayakan bertutur BC bila memohon sebarang pekerjaan walaupun kerja tersebut tidak ada kena mengena dengan bahasa tersebut sebagai syarat utama.

Harap pihak berkenaan mengambil tindakan membendung perkara ini terutama di Pulau Pinang sehinggakan papan tanda jalan pun mempunyai tulisan Cina melebihi bilangan yang mempunyai bahasa lain.

KROLANUAR

Pulau Pinang

3 comments:

redbox said...

mm..pd sy ni bkn jek berlaku kt pulau pinang..malahan sebenarnya kt tmpt lain juga..bayangkan la post job tu requirement mesti ada bahasa cina.. eh..ni m'sia ke negara cina?..boleh saudara panjg kan isu ke parlimen?

ISAC said...

Salam bro,

Patutlah pak janggut tu dah nak lari pi New Zealand.....

Rupanya malu sebab dah kena tipu...

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

ISAC

pak janggut pun byk kepentingan peribadi jugak; nak buku dia kena jual, nak royalti - itu tak ada masalah; tp buat lah cara terhormat, kita nak tengok pak janggut demo di Pulau Pinang!

Popular Posts