Friday, May 21, 2010

Perkasa - Tidak kepada semua jenis judi!


Hari ini, Ketua Wira Perkasa Malaysia, sdr Armand Azha telah mengeluarkan satu kenyataan yang berani dan lebih jujur berbanding PAS, Pakatan Pembangkang (PR) dan mana-mana pertubuhan bukan Islam yg lain.

Petikan laporan klik4Malaysia.com bertajuk - "Arman: Say no to all forms of gambling and not just on legalised sports betting" menyebut -

"In short, Perkasa is urging for the abolishment of any form of laws which makes gambling legal in Malaysia. The group expressed that the whole furore on gambling is insignificant if one is to solely look into the Government recent actions, which is to legalise sports betting.

In fact, the Youth Wing stressed that the Malaysian Government, particularly UMNO had never legalised gambling but it was the laws passed in Parliament which makes gambling possible and ‘halal' in the country. Whether their statement sounds contradictory or otherwise, that is another issue altogether hence there is no need to dwell on it. The crux is the Youth wing expressed that the existence of two laws makes gambling possible in the country. The acts in question are the Betting Act 1953 and the Pool Betting Act 1967."



Pertamanya, umumnya masyarakat kurang yakin dengan kejujuran pemimpin parti dan NGO tertentu menentang perjudian. Mungkin yang ditentang itu hanya perjudian yang diberi kelulusan kerana terdapat pendapat bahawa hasil judi haram ini telah menjadi sumber kepada aktiviti dan kegiatan mereka selama ini (PM perlu jamin tiada orang Islam teribat). Lebih-lebih lagi ada pemimpin-pemimpin tertentu yang pernah dikaitkan dengan kegiatan kongsi gelap. Oleh kerana kegiatan ini tidak diberi lesen, agak sukar untuk mengawalnya kerana kerajaan tidak mempunyai maklumat (melainkan melalui maklumat dan risikan) di mana ia beroperasi, siapa yang terlibat menganjurkannya, siapa yang berjudi dan berapa jumlah yang terlibat. Ini juga membolehkan jenayah lain yang berkaitan termasuk pinjaman melalui ceti haram/`along', peras ugut, 'money laundry' dan sebagainya berlaku. Jumlah yang tidak diketahui ini pula tidak dapat dicukai oleh kerajaan dan menyebabkan ia bebas disalurkan ke mana saja, termasuk untuk membiayai aktiviti maksiat yang lain serta kegiatan pemimpin dan NGO tertentu.

Kedua, ramai yang melihat bahawa Pas tidak jujur dalam penentangannya kerana mereka tidak mahu bersungguh-sungguh menentang segala bentuk kegiatan haram dan maksiat yang lain terutama yang dilakukan di negeri-negeri yang diperintah oleh PR, terutama di Pulau Pinang dan Selangor. Sedangkan Pas boleh pada bila-bila masa membuat demonstrasi besar-besaran menuntut agar kilang arak, premis perjudian, premis menjual arak dan premis-premis maksiat yang lain ini ditutup, dihalang laluannya dan menuntut agar lesen perniagaan premis-premis ini yang berada di dalam bidang kuasa kerajaan negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diberikan dan tidak diperbaharui. Malangnya penentangan Pas hanya bersifat berpihak dan berat sebelah. Mereka tidak berani berbuat demikian di Pulau Pinang dan Selangor malah meng`halal'kan pula hasilnya.

Ketiga, masyarakat umum juga tidak berapa percaya masyarakat bukan Islam dan NGO tertentu benar-benar menentang perjudian. Lebih-lebih lagi, walaupun ia mungkin dilarang dalam agama mereka, pemberatannya mungkin tidak sama dengan larangannya dalam Islam. Ramai di kalangan bukan Islam yang beranggapan bukan suatu kesalahan bagi mereka menjadi `casual gambler'. Mereka juga mungkin tidak mempunyai masalah untuk membeli saham-saham syarikat perjudian bagi mendapat keuntungan. Silap-silap mereka sendiri antara yang paling pertama membeli saham syarikat tertentu yang dikatakan akan mendapat lesen perjudian ini, selain dari telah memiliki sejumlah saham dalam syarikat senaraian awam ini. Malah persepsi rakyat menunjukkan bahawa mereka percaya premis judi (termasuk premis maksiat lain), hampir kesemuanya (jika tidak kesemuanya) dimiliki oleh bukan Islam.



Keempat, Armand betul kerana dalam negara Islam Malaysia ini, dari segi dasar, peruntukan undang-undang dan pendidikan, umat Islam negara ini tidak dibenarkan sama sekali terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian. Bagaimanapun tidak ada dasar dan peruntukan undang-undang yang menghalang masyarakat bukan Islam dari terlibat dalam aktiviti perjudian yang diberi kebenaran. Jika ahli-ahli parlimen benar-benar serius, maka satu dasar dan akta baru perlu digubal bagi melarang semua rakyat Malaysia dari sebarang kegiatan perjudian dan semua lesen perjudian hendaklah ditarik balik. Hukuman yang berat juga perlu dikenakan kepada setiap yang terlibat dalam aktviti berbentuk perjudian termasuk melalui sms, secara on-line atau di sebarang tempat termasuk di padang golf.

Kelima, takrifan judi bagi umat Islam perlu diperhalusi kerana dari segi hukum syarak, `speculative trading' juga mempunyai unsur judi yang diharamkan.

Adakah masyarakat bukan Islam akan secara jujur menyokong agar dasar dan peruntukan undang-undang baru berkaitan judi ini dapat diluluskan dan semua rakyat Malaysia, Islam dan bukan Islam dilarang dari terlibat dalam sebarang aktiviti perjudian? Jika ini dapat dilaksanakan, maka saya yakin precedent ini akan membolehkan setiap kegiatan yang dianggap haram atau maksiat dihapuskan sehingga ke akar umbi.

2 comments:

Abu Faiq said...

Assalalamu 'alaikum sdra TFI,

1 Alangkah bagusnya jika saranan & pandangan ini dibawa ke mesyuarat sayap anda, diendosre sebagai syor kuat yg mendesak drp pemuda kepada kerajaan.

2 Kalau datang dari luar Umno atau kerajaan, payah, bahkan mungkin langsung tidak didengari. Buatlah, atau hanya tingga di sini saja sebagai bahan sembang.

Unknown said...

kalau kita seorang muslim sejati,hendaklah kita menentang sekeras-kerasnya segala perjudian.jangan kita menyokong puak 2 yang suka berjudi.kalau pun judi bola sepak piala dunia hanya untuk orang kafir , tapi yang bagi lesen tu kerajaan islam juga , kerana umno pun mengaku islam juga.tak payah la nak tunding jari pada sapa 2,tepuk dada tanya iman di dada.kalau pun pas ada buat perkara yang berdosa , bukanlah ia menjadi dalil atau hujjah halalnya sesuatu perkara yang haram.haram tetap haram . tak kira siapa yang lakukannya.

Popular Posts