Sunday, March 7, 2010

Pilihan Raya Majlis Tempatan - bukti PR tidak faham demokrasi

Tipu apa lagi?

Semalam diberitakan kerajaan Pakatan Pembangkang PR Pulau Pinang mengumumkan untuk mengadakan Pilihan Raya Majlis Tempatan. Hari ini pula, kerajaan PR Selangor diberitakan mahu mengumumkan langkah yang serupa. Bagi saya, masanya tidak kena. Seolah-olah, ia diadakan lebih untuk memenuhi keperluan politik (menutup isu dan kelemahan PR), bukan untuk memenuhi keperluan dan kebaikan rakyat.

Saya mempersoalkan langkah ini bukan kerana saya membenci demokrasi, tetapi disebabkan pilihan raya, di peringkat mana sekali pun akan mengakibatkan penggunaan sejumlah masa, tenaga dan wang ringgit. Ia akan menyebabkan penggunaan sejumlah besar dana awam dan akan mengalihkan tumpuan pihak yang terlibat termasuk rakyat kepada politiking. Langkah ini bukan suatu langkah yang sesuai lebih-lebih lagi dalam keadaan ekonomi dunia belum begitu pulih dan kesan ekonomi dunia ini yang menyebabkan ekonomi negara turut sengsara.

Pilihan raya Majlis Tempatan ini akan menyebabkan wang rakyat terbazir begitu sahaja untuk sedangkan masih ramai rakyat Pulau Pinang memerlukan bantuan dan pembelaan. Di negeri Selangor khabarnya, banyak lagi janji-janji kerajaan PR Selangor yang belum ditunaikan, termasuk sejumlah wang yang diperuntukkan untuk kelahiran baru, pelajar yang mendapat tampat di universiti dan warga emas.

Antara janji lain yang dikatakan masih belum dilaksanakan secara menyeluruh (mungkin dengan harapan agar rakyat lupa mengenainya) ialah:

a. janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
b. elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan
c. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanan, RM 75 sebulan
d. elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
e. elaun khas ibu tunggal
f. bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin
g. bantuan geran untuk perniagaan
h. memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri

Saya pernah menyatakan bahawa rakyat perlu menyedari bahawa negeri-negeri di bawah PR tidak begitu menyumbang dalam memulihkan ekonomi negara. Negeri-negeri yang lebih maju ekonominya seperti Pulau Pinang dan Selangor (terima kasih kepada kerajaan BN dan UMNO yang telah menyediakan tapak asas yang kukuh) gagal mencari jalan untuk menempatkan negeri masing-masing ke dalam ekonomi baru dunia. Jika negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor yang jauh lebih maju tidak mampu melonjakkan diri mereka, apa sangatlah yang boleh diharapkan dengan negeri Kelantan (yang pembangunan bukan agenda utama pimpinan negeri) dan Kedah.

Antara punca negeri-negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor tidak berupaya untuk melonjak adalah kerana ia ditadbir oleh sekumpulan manusia yang tidak berpengalaman. Negeri-negeri ini juga terbelenggu dengan politiking. Ada yang sehingga lupa mereka bukan lagi pembangkang tetapi pemerintah!!!

Jika diperhatikan, jumlah pelaburan ke negeri Selangor misalnya, meningkat dari tahun 2004 - 2008; tidak salah saya sekitar RM 5 bilion lebih dalam tahun 2004, sehinggalah sekitar RM 10.5 bilion dalam tahun 2007 dan RM 11.9 bilion dalam tahun 2008. Selepas itu jumlahnya merudum kepada RM 6.4 bilion. Jumlah ini amat jauh dari sasaran PR, iaitu RM 50 bilion.

Aktiviti cuci motor untuk tingkatkan ekonomi negeri Selangor?

Mungkin kerana sedar bahawa kerajaan PR Selangor tidak mempunyai pengalaman, akhirnya mereka terpaksa melantik Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi dengan bayaran RM 1. Malangnya dengan bayaran RM 1, kata pepatah Inggeris, "when you pay peanuts, you will get monkey"!!! :)

Bagi saya keputusan melaksanakan Pilihan Raya Majlis Tempatan bukan bermotifkan rakyat, tetapi bermotifkan politik. Melaksanakan pilihan raya majlis tempatan ini menggunakan wang rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang masih belum pulih pastinya akan menyebabkan golongan rakyat yang perlu dibela terus terabai.

Ia adalah manifestasi ketololan pemimpin pembangkang untuk menyedari bahawa demokrasi hanya alat, bukan matlamat!

5 comments:

SaifulLubukBesar said...

Salam Tun,

Depa cerdik tuuu, penyokong saja yg bangang lagi dibangangkan. CAT lah katakan...

Maka akan menderulah penyokong yg tak reti mana2 menyokong gagasan Khalifah Umar Eng tu nanti. Mat Sabu jgn cakaplah. Rata ceramah kempen Umar Eng nilah jenis pemimpin yg PAS nak BERTAHALUF(bahasa arab utk menipu pak2 lebai loyar buruk kedai kopi).

Ternyata sekali Mat Sabu@PAS cuba menulis semula sejarah DAP dalam konteks Kerjasama Melayu Islam!!!!

Ini merbahaya kerana jika golongan veteran tg tau sejarah pun boleh termakan, apatah lagi generasi muda yg tak tau mana.

Parah! Parah! Parah!

bdk sg boya rwg said...

manifesto pakatan rosak ni mmg hanya la menipu rakyat semata2 demi meraih undi...tu pun pencacai2 pakatan rosak tak sedar2 lagi...nasib baik la ku dah sedar...pakatan mmg sial...pkr,pas n DAPig sama2 bodoh n kafir...

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

saiful, yg pastinya Pas ni diperalat - kata TS Harussani

Harussani dedah keangkuhan Pejuang Islam/Melayu Perak.

BANGI 4 Mac - Setelah berdiam diri hampir dua tahun selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 lalu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria hari ini meluahkan apa yang terbuku di hati.
Beliau menceritakan keangkuhan Pas Perak yang menolak mentah-mentah cadangan penubuhan kerajaan perpaduan di negeri itu, walaupun secara dasarnya ia diperkenan oleh Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan juga dipersetujui oleh kepimpinan tertinggi parti itu.
"Apabila dikemukakan cadangan penubuhan kerajaan campuran antara Pas dan Barisan Nasional (BN), Pesuruhjaya Pas Perak, Ahmad Awang terus berkata, kita tidak akan bersekongkol dengan orang Islam (UMNO) yang zalim, lebih baik berkawan dengan kafir (DAP).
"Saya tanya hadis dan ayat mana yang dipakai kerana setahu saya ada hadis mengatakan tolonglah saudara kamu yang zalim dan dizalimi. Saya kata jika BN ini zalim, saya tawarkan wakil rakyat Pas menjadi Menteri Besar dan yang lain akan jadi Exco bersama BN.
"Sultan secara dasarnya berkenan dengan cadangan ini, tetapi dia (Ahmad) masih berkeras menolaknya. Saya kata al-Quran menyebut jika sayang kepada kafir maka kita adalah kafir, beliau (Ahmad) kata dia menggunakan kaedah fikah dalam perkara itu.
"Kemudian saya kata mana boleh kaedah fikah digunakan apabila ia bertentangan dengan nas al-Quran, ia tidak boleh dipakai," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Dialog Za'ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini yang dipengerusikan Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Islam UKM, Prof. Dr. Idris Zakaria.
Panelis lain yang turut menyertai program itu ialah Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ruhanie Ahmad dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Prof. Madya Datuk Abdul Halim Sidek
Mengimbas kembali perkara itu, Harussani berkata, cadangan itu bermula selepas pilihan raya umum apabila DAP dan BN masing-masing mendapat 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang bermaksud Pas akan menjadi penentu kepada kerajaan yang akan dibentuk.
Katanya, beliau dilantik sebagai orang tengah dan persoalan yang timbul ialah daripada 28 wakil rakyat BN hanya seorang Cina.
"Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.
Jelas Harussani, semasa sampai di Ipoh beliau yang optimis dengan cadangan itu yang turut disokong kepimpinan tertinggi Pas telah menghubungi Ahmad, tetapi malangnya jawapan yang diterima amat mendukacitakan.
Beliau mendakwa, Pas Perak sebenarnya telah diperalatkan oleh DAP bagi memenuhi kepentingan tuntutan politik mereka.
"Contohnya semasa orang Melayu berbaring di atas jalan raya bagi menghalang laluan kereta Sultan Perak pada masa itu, langsung tiada orang DAP turut serta dan apabila saya tanya, mereka (orang Cina) berkata itu kerja Melayu, kami banyak lagi kerja lain nak dibuat," katanya

yat said...

wlapun pnykong BN, tapi ni adalah langkah terbaik...

x tengokkah orang camplaint tentang majlis perbandaran, kalao ada election mereka tenti akan berkerja lebih kuat....tgk sendiri la basic macam jalanraya lubang2 xyah dok cakap la...

sebenarnya pilihnaraya majlis tempatan ni bagus....negara maju buat....apa2 usaha positi dari PR yg bagus kena la disokong gak, UMNO kena matang baab ni...kalo UMNO berusaha bersungguh2 mungkin UMNO boleh menang pilihnaraya tempatan...

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

nak sokong pun tengok keadaan - keadaan ekonomi sekarang tak sesuai; lebih baik gunakan duit tu untuk rakyat.

Popular Posts