Friday, March 5, 2010

Analisis Awani semalam - rupanya PKR bebal, hipokrit dan bongkak!




Satu kesimpulan yang boleh saya buat selepas menonton Analisis dan Sudut Pandang Awani semalam (4 Mac 2010) - PKR adalah parti yang bebal, hipokrit dan bongkak!

Semalam saya berkesempatan untuk melihat ulang siaran Analisis dan Sudut Pandang Awani. Seorang pemimpin PKR, Saifuddin Nasution; seorang pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr Khir Toyo; seorang ahli baru UMNO, Sdr Mohd Fairus Khairudin; dan seorang bekas pemimpin PKR dan seorang reformis, Dato Salehuddin Hashim telah mengulas tentang isu pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu.

Saifuddin nampaknya ingin terus hidup dalam denial syndrome, menafikan bahawa PKR menghadapi masalah besar dan keluar masuk parti ini adalah perkara biasa. Kata Saifuddin, sokongan golongan muda terhadap parti tidak terjejas, malah semakin meningkat, sambil merujuk data-data lama. Katanya lagi, sambutan terhadap program PKR melimpah ruah dan beliau terus menjual harapan tentang perjuangan PKR.

Dr Khir pula menyatakan, politik kebencian PKR telah memakan diri. PKR cuba menunjukkan ia parti yang lebih baik dan sempurna, menjual janji dan harapan, sedangkan parti itu jauh dari kesempurnaan dengan kelemahan-kelemahan yang semakin terserlah dan pada waktu yang sama gagal mengotakan janji. Jika dulu, permainan politik PKR adalah untuk membakar kebencian terhadap BN dengan pelbagai gambaran bahawa mereka lebih baik, tapi apabila kurap, kudis dan pekung PKR tidak dapat disembunyikan, nampaknya kebencian ahli dan pemimpin parti itu beralih kepada PKR.

Budaya `hatred politic' ini jelas, apabila pemimpin dan ahli ini membuat keputusan meninggalkan parti. Politik kebencian ini menyebabkan pemimpin-pemimpin PKR mengeluarkan pelbagai gelaran, tohmahan dan menyerang peribadi pihak yang pernah berjuang bersama-sama mereka.

Ketika memberi penjelasan mengenai sebab meninggalkan PKR, Salehuddin menggambarkan PKR sebagai sebuah parti yang nampak sihat dan segar, tapi sebenarnya mempunyai penyakit. Malangnya, oleh kerana PKR nampak sihat, ia degil dan susah hendak mendengar nasihat, sehingga tiba waktunya, penyakit ini memakan diri.

Fairus pula mengatakan, sewaktu PKR mula ditubuh, semuanya adalah baru; termasuk harapan baru. Tetapi, selepas beberapa ketika, PKR jelas mempunyai perangai-perangai lama. Walaupun berretorik tentang politik baru, politik muafakat, politik budiman, `middle ground' dan sebagainya, tetapi mereka gagal untuk menunjukkan budaya politik baru yang diwar warkan.

Fairus menekankan tentang kepimpinan PKR yang tidak mempertahan soal-soal berkaitan prinsip. Keikhlasan untuk berubah tidak ditunjukkan oleh kepimpinan parti. Malah pihak yang hendak membawa perubahan dikhianati oleh orang di dalam parti. Perkara ini termasuk, arahan supaya dia pergi ke Australia sewaktu Pilihan Raya Kecil (PRK) Penanti, sedangkan digambarkan bahawa dia tidak mengambil berat dan meninggalkan PRK. Kata Fairus lagi, ia seperti SOP PKR untuk menyerang dan melakukan character assasination terhadap pihak yang meninggalkan parti.

Apapun jelasnya Saifuddin hidup dalam denial syndrom yang parah. Dengan menggunakan data lama, dia menjangkakan bahawa rakyat mudah ditipu apabila dia menggambarkan seolah-olah majoriti golongan muda menyokong PKR. Hakikatnya tidak begitu, dan ini jelas dalam pilihan raya Manek Urai dan Bagan Pinang. Konsisten dengan pandangan Salehudin, sindrom penafian Saifuddin jelas apabila dia menyatakan bahawa program-program PKR mendapat sambutan. Mungkin ini sebabnya, kenapa baru-baru ini seakan-akan ada SOP yang mengarahkan pemimpin-pemimpin PKR menyatakan jumlah kehadiran peserta bagi setiap program mereka. Sedangkan kehadiran penyokong sudah semakin berkurangan.

Pada waktu yang sama, tidak perlulah Saifuddin bercakap `macam best tentang harapan baru' yang hendak dibawa oleh PR, kerana kelentong ini telah dilihat sendiri oleh pemimpin-pemimpin yang keluar


Seperti yang pernah saya katakan seketika dulu, bahawa;

PKR sudah mula meretak, tetapi beritanya belum sampai kepada pendengaran rakyat ketika itu (klik).

Punca utama sejumlah penyokong PKR ini meninggalkan parti tersebut adalah kerana:
  1. pertama mereka hilang keyakinan kepimpinan parti yang terdiri dari mereka yang bermasalah (klik).
  2. Kedua mereka hilang keyakinan terhadap Anwar Ibrahim.
  3. Ketiga, mereka melihat tiada hala tuju yang jelas dalam PKR mengenai kedudukan Islam dan agenda Melayu.
  4. Keempat, Kepemimpinan Angkatan Muda Keadilan tiada karisma dan personaliti menarik yang mampu menarik minat golongan muda.
Berbengkellah jika tidak percaya kepada kata-kata saya, tetapi kesimpulannya, kepemimpinan Anwar memang TERUK!!!!

Rakan rapat Anwar sudah lari lama dah - Chandra Muzaffar, Datuk Dr Zambry, Ezam Mohd Noor, Lokman Noor Adam, Annuar Shaari, Zahrain dan ramai lagi. Sekarang, pemimpin-pemimpin yang dulunya berada di tier-kedua pula mula meninggalkannya.

Belum memerintah negara, pemimpin-pemimpin tertinggi PKR sudah tidak mahu mendengar kehendak rakyat, menjadi bebal, tidak berupaya untuk walk the talk dan BONGKAK!

Lain-lain tu, yang masih dalam PKR tu bila lagi? (klik)

11 comments:

asam said...

salam ziarah dari asam @ peserta kursus Janda Baik..

ISAC said...

Salam T. Faizal,

Mudah-mudahan fenomena ini berterusan, tetapi Umno jangan sesekali alpa. Perjuangan untuk membela rakyaat mesti diteruskan dan dipertingkatkan lagi.....

Ramai rakyaat diluar sana yang fikiran mereka masih "diracuni" Pakatan, bila MP/ADUN Pakatan keluar parti, mereka senada dengan Pakatan mahukan agar title "YB" mereka dilucutkan. Mereka terlupa bahawa "lompat parti" adalah idea DSAI dalam misi "menawan Putrajaya 16 September"

Abu Faiq said...

Assalaamu 'alaikum sdra TFI & yang melayari blog ini.

1 Dlm dunia politik Machiavelik, hal-hal begini adalah kewajaran - segala cara halal.

2 Tidak hairan, yang sekarang ini dikutuk habis-habisan, alih-alih duduk sekem dengan yang mengutuk. Akan ada saja yang sudi jadi tukang kutip barangan reject ini untuk diguna kembali di kilang kitar semula. Bukankah sudah banyak terjadi? Bahkan, berapa banyak koleksi barangan reject PM di dalam kabinetnya sekarang?

3 Tentulah politik bolak-balik begini sangat jauh berbeza dengan politik yang ideologinya bersumber daripada wahyu - IDEOLOGI ISLAM - yang memerlukan setiap perilaku didasarkan kepada tolok ukur yang khusus : Halal-haram, Haq-bathil, Taat-ingkar [terhadap keketapan syara'], amar ma'ruf - amal munkar. Kenapa? Sebab ia terkait dengan akidah dan hukum-hukum yg lahir drpda akidah tersebut; yg padanya terkait dosa-pahala, redha Allah dan murka Allah.

4 Mencari kebenaran hakiki [substantial] daripada politik Macheiavelik tak ubah bercermin pada fatomorgana.

5 Marilah berkejar kepada ideologi lslam - yang HAKIKInya MEMANG DIHAKKAN & DIFARDHUKAN kepada semulia-mulia umat - umat Muhammad SAW - untuk menegak & memperjuangkkannya : melalui penegakan semula Daulah Islamiyyah, Daulah Khilafah Rashidah 'ala minhajin nubuwwah.

Wallahu a'lam.

Anonymous said...

dulu, kini dan selamanya, PR memang camtu!

Generasi Pejuang Bangsa said...

syabas tun faisal ...ulasan yang menarik .

sayang juga PB tidak dpt menonton analisis awani ini ..

Anak Lenggong said...

Biar lah setiausaha baru PKR tu bermain dengan mimpi mereka sendiri tetapi yang pastinya rakyat dan para pemimpin bawahan PKR sudah mula sedar mainan pemimpin atasan mereka yang berjuang untuk kepentingan diri sendiri..apa yang pasti sekarang ini sekarang ini telah ujud perasaan seperti dibawah:

1. Tidak percaya dengan prinsip perjuangan parti.
2. Tidak percaya parti sekarang akan berjaya.
3. Tidak percaya dengan pemimpin PKR sekarang.
4. Sudah mengetahui tembelang pemimpin PKR sekarang.
5. Sudah mengetahui tembelang pemimpin pakatan pembankang yang lain.
6. Sudah hilang pedoman dan keliru.
7. Sudah pening kepala kerana rakyat tidak dibantu.
8. Sudah mengetahui bahawa janji pemimpin PKR dulu hanya satu drama dan temberang.
9. Kerana pemimpin utama PKR terbabit dalam kes liwat.
10. Mula merasa sangsi dengan pemimpin utama kerana pelbagai butiran yang mengejutkan dihamburkan dalam mahkamah dalam kes berkenaan.
11. Tidak mendapat pangkat atau anugerah.
12. Tidak mendapat projek dan sumber kewangan.
13. Mula yakin dengan kepemimpinan kerajaan sekarang.
14. Tahu menilai kejayaan pemimpin kerajaan berbanding pemimpin PKR.
15. Transformasi kerajaan mendokong rakyat sedang berlaku.
16. Yakin dengan kebenaran Gagasan 1Malaysia dan gerakan modal sosial (social capital).
17. Yakin dengan kebenaran dan menolak kepalsuan.
18. Tahu rakyat sudah mula beralih kepada kerajaan sekarang.
19. KPI dan NKRA sudah mula difahami dan dilihat memberi kesan positif.
20. KPI dan NKRA bukan kata-kata manis sebaliknya ialah gerakan sepadu yang benar-benar berlaku di seluruh negara.

Antibarua said...

Orang Melayu HAMPAS boleh diberi dua keahlian parti, satu HAMPAS satu DAPIG... hahahahaha... sebab dah setuju Allah tu boleh digunakan oleh semua kan...

Kalau masuk PKR nanti tak boleh keluar, kalau keluar dikatanya UMNO beli pulak...

Akai adaka?

BKK said...

PKR dan Pas merupakan serpihan dari Umno, yang berbeza Pas sudah mantap, ahlinya yang 'fresh' berbanding PKR yang majoriti ahlinya bekas ahli Umno - so pemikiran masih lagi pemikiran Umno terutamanya yang melibatkan tender dan projek. PKR perlukan 10 tahun lagi untuk ahlinya betul-betul PKR dan bukannya bekas Umno.

Kay Du Lac said...

Mengapa PKR ditubuhkan? Untuk 'kononnya' tegakkan keadilan untuk Anwar pada 1998. Apa sebenarnya perjuangan PKR? Hak sama rata? Macam kaum lain yang dapat untung lebih. PAS ada perjuangan Islam, UMNO dengan perjuangan Melayu, DAP dengan perjuangan Cina dan India. PKR apa ada?

PKR hanya sebuah parti serpihan UMNO, ahli UMNO yang tak dapat tempat dalam UMNO tetapi masih mahukan kuasa. Hasilnya, depa ni lagi teruk dari UMNO.

zamsalam said...

Tun Faisal,

Perlu diakui Anwar menunjukkan sepenuhnya SENI POLITIK secara "ganas" yang jarang ditunjukkan sebelum ini secara terang2an.

Pada pendapat saya, Anwar mensasarkan SABAH SARAWAK dalam penaklukan politik Malaysia.

Anwar bukan bodoh atau desparate, tetapi strategi ke atas Sabah Sarawak sangat halus, hingga sukar dikesan.

Dengan isu moral Anwar, krisis MP keluar PKR dan krisis puak2 dalam PAS, saya dapati kebanyakan pihak tertumpu terhadap geografik Semenanjung Tanah Melayu sahaja.

Cuba perhatikan.. senario lompat parti hanya berlaku kepada MP sahaja bukannya ADUN..pelikkan!

Akhirnya, bila BN fikir telah capai "Zon Selesa", SABAH SARAWAK akan terlepas dalam genngaman..!

Fikir2 kan lah kami di sini...

zamsalam.sabah.

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Mohd Shaifulizam,

yup, sdr betul - jd jgn berada di zon selesa; sama2 cari dan hebahkan strategi jahat anwar di sana

Popular Posts