Tuesday, March 9, 2010

Kad Laporan 2 tahun PR Selangor - GAGAL!


Kasihan melihat pemimpin PR Selangor cuba mencari kerelevanan dan kejayaan mereka selama dua tahun ini. Sampai terpaksa `claim' mileage terhadap usaha yang telah dilakukan oleh mantan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo dalam menarik pelaburan ke negeri Selangor (klik).

Tinjauan saya menunjukkan Kad Laporan Dua Tahun PR Selangor berada pada tahap GAGAL.

Saya dimaklumkan bahawa Kerajaan PR Selangor masih belum menunaikan janji dalam manifesto Pilihan Raya 2008 secara menyeluruh (klik). Antara janji yang dikatakan masih belum dilaksanakan secara menyeluruh (?) ialah:
  • janji potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% untuk premis perniagaan.
  • elaun anak tadika RM 50 seorang sebulan
  • elaun anak pusat asuhan kanak-kanan, RM 75 sebulan
  • elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
  • elaun khas ibu tunggal
  • bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin
  • bantuan geran untuk perniagaan
  • memberi sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri
Malah politik `top-up' air percuma kepada rakyat Selangor juga dikatakan tidak sampai kepada rakyat yang paling memerlukannya, iaitu golongan yang kurang mampu yang berada di rumah pangsa yang menggunakan `bulk meter'. Maksudnya perbelanjaan kerajaan negeri sebanyak RM 17 juta sebulan, RM 200 juta setahun, tidak sampai kepada golongan ini (klik).

Kisah hasil pasir yang tidak mencapai sasaran kutipan juga cukup menarik hati. Sama ada yang membuat anggaran tidak pandai kira-kira atau pasir yang dikorek dicuri `toyol'? (klik)

Bajet negeri Selangor disifatkan sebagai silap mata perakaunan (klik). Walaupun kelihatan berimbang, tetapi tidak bermaksud ia menjanjikan keadaan yang lebih baik dengan ketiadaan perancangan. Walaupun mempunyai `foundation' yang baik, hasil dari wawasan dan kerja kuat Barisan Nasional (BN), namun PR Selangor tidak mampu melonjakkan ekonomi negeri disebabkan ia ditadbir oleh sekumpulan manusia yang tiada pengalaman. Akhirnya mereka terpaksa mengupah Anwar Ibrahim pada harga RM 1; dan kata pepatah Inggeris - "when you pay peanuts, you will get monkeys" (klik).

Pas gagal menyerlah dalam menegakkan pendirian dan prinsip Islam. Lesen-lesen premis yang menjalankan perniagaan menjual arak, rumah urut dan judi dibiarkan berleluasa tanpa sebarang usaha untuk menutup, menghalang pembaharuan dan membatalkan lesen premis-premis tersebut seperti yang dijanjikan dalam kempen, usrah dan tazkirah mereka. Sebagai parti dengan kerusi tercorot, Pas tidak mampu bersuara, melainkan untuk sebab yang salah - iaitu menyokong terjemahan biblical God sebagai Allah yang telah menyebabkan semakin ramai orang Islam mula meninggalkan parti tersebut.

Isu ladang babi, pemindahan tanah perkuburan umat Islam di tanah waqaf masih menjadi bualan dan isu pengalihan kuil Hindu di Seksyen 19 ke Seksyen 23 yang dibuat tanpa mendapat pandangan penduduk juga membuktikan wakil rakyat PR tidak mempedulikan keluhan rakyat (klik).

Selain kisah skandal Eli Wong (klik), jangan lupa kes rasuah dan kongsi gelap (?) pemimpin DAP. Ada yang berpendapat mereka bernasib baik kerana kematian Teoh Beng Hock dikatakan dapat menutup amalan korupsi pemimpin DAP (klik).

Paling baru isu Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan kejadian ADUN Sekinchan, Ng Sue Lim, disiasat polis berkaitan dengan satu kemalangan di persimpangan lampu isyarat berhampiran Universiti Industri Selangor (Unisel) Seksyen 7, Shah Alam pada 12.30 pagi, 8 Februari 2010. Ng Sue Lim ketika itu dikatakan memandu dalam keadaan mabuk.

Di peringkat nasional, setelah didesak begitu hebat barulah PR berjaya untuk menghasilkan Polisi Bersama. Itupun kegagalan paling utama adalah apabila PR gagal untuk menegakkan idealisme yang menjadi retorik dalam kempen mereka, iaitu untuk mengubah Perlembagaan Persekutuan dan peruntukan berkaitan agama Islam, Institusi Raja-raja, orang Melayu dan bahasa Melayu. Akhirnya mereka terpaksa tunduk kepada hakikat bahawa perjuangan BN adalah benar dan sesuai untuk menjamin keharmonian masyarakat berbilang agama dan bangsa.

Begitu pun kelihatan seolah-olah polisi ini tempatnya hanya di atas kertas kerana kerajaan negeri dan parti politik Pas, DAP dan PKR masing-masing menganuti ideologi politik berbeza dan ini kelihatan jelas dalam tindakan mereka di negeri yang diperintah mereka (klik). Akhirnya kepada rakyat, polisi ini hanya bersifat retorik dan mungkin juga janji palsu yang mungkin tidak akan ditunaikan.

Satu lagi kegagalan PR adalah kegagalan untuk menghalang pemimpin PKR meninggalkan parti. Fenomena ini disifatkan sebagai keGAGALan kepimpinan Anwar Ibrahim dan keGAGALan Lim Guan Eng yang dianggap sebagai liabiliti terhadap PKR ketika ini. Ini merupakan kegagalan yang besar, jika diambil kira kenyataan Anwar - "we have numbers" (klik) apabila mengisytiharkan 16 September 2008 sebagai tarikh untuk ke Putrajaya (klik).

Bagaimanapun tidak ada yang lebih teruk daripada ini - sepanjang dua tahun ini, PR gagal untuk bersetuju bagi menggunakan SATU logo yang SAMA sebagai lambang bersama PR. Malah apabila ditanya tentang pendaftaran PR, pemimpin DAP, PKR dan Pas juga gagal untuk mencapai konsesus untuk memberikan jawapan yang sama.

Apa maksudnya ya?!!! Pakatan Rapuh? Penipu Rakyat?!

2 comments:

Semut Hitam said...

Itu pun air berhutang dengan Kerajaan Pahang. Pun tak berbayar lagi.
Nasib baik MB Pahang baik. Tak beria nak kutip hutang tu sebab memikirkan keutamaan rakyat Selangor.

MyTJ said...

Kad laporan 53 tahun UBN Malaysia.. gagal, gagal, gagal sehingga Ibrahim Ali terpaksa menubuhkan Perkosa dan MPM. Tan Tin Tun.

Popular Posts