Kuala Lumpur, 25 Mac – Langkah kerajaan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah serta berkelajuan tinggi dikenali sebagai HSBB sememangnya amat dialu-alukan dan ianya satu peluang yang ditungu-tunggu oleh rakyat.
Exco merangkap Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO (UMB), Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Abdul Aziz, berkata keputusan tersebut bukan sahaja satu berita yang amat menggembirakan pengguna internet, malah turut membuka peluang yang lebih luas kepada seluruh rakyat khususnya mereka yang berpendapatan rendah untuk menggunakan kemudahan terbabit. Namun beliau amat berharap inisiatif kerajaan itu digunakan sebaik mungkin untuk kemudahan seharian khususnya untuk menjayakan Model Ekonomi Baru (MEB) yang akan diumumkan oleh kerajaan nanti.
“Banyak faedahnya yang akan kita nikmati hasil daripada inisiatif ini. Bidang perniagaan contohnya akan dapat dikembangkan selain bidang perkhidmatan lain yang secara langsung akan merancakkan lagi ekonomi dan memperkukuh daya saing negara.
Artikel penuh di
1 comment:
Masuk bakul angkat sendiri. Pirrrrah!... mabuk
Post a Comment