Saturday, February 6, 2010

Badut AMK menghina mahkamah?


Lakonan Anwar?

Perbicaraan Anwar Ibrahim - Saiful Bukhari menjadi semakin menarik. Seperti biasa blogger-blogger upahan anwar akan menampakkan seolah-olah kes ini suatu fitnah terhadap Anwar. Ini memang telah dijangkakan. Ia hanya strategi branding untuk mengalihkan perhatian rakyat dari isu sebenar, iaitu KEBENARAN. Penceramah-penceramah upahan pula giat mempertikai kes ini dengan pelbagai hujah yang tidak berasaskan bukti sebaliknya andaian semata-mata untuk mempengaruhi persepsi rakyat.

Bagi saya, seharusnya apabila perbicaraan telah dimulakan, semua pihak seharusnya dibenarkan untuk menilai perjalanan kes. Tidak sepatutnya ada `perbicaraan luar mahkamah', dengan `peguam-peguam jalanan yang tidak laku di mahkamah' seperti badut-badut AMK yang terus mempertikaikan perbicaraan. Sewajarnya ada tindakan menghina mahkamah, menjadikan kes ini subjudis dan usaha untuk memberi tekanan kepada mahkamah seperti ini dihentikan oleh pihak berkuasa sesegera mungkin.

Dari London, saya suka membaca ulasan beberapa akhbar dan blogger yang memperihalkan kisah yang berlaku dalam mahkamah. Utusan Malaysia misalnya menyiarkan cerita `seluar panjang' hadiah Anwar kepadanya dan respon-respon orang ramai yang mendengar perbicaraan ini (klik). Anwar juga dikatakan sanggup menaja Saiful untuk menyambung pelajaran (klik). Ini mengingatkan semula saya kepada cerita hadiah-hadiah Anwar kepada Shamsidar, isteri Azmin seperti tiket perjalanan Kelas Pertama ke London dan jam Rolex berharga puluhan ribu ringgit (klik) dan (klik).

Antara 12 spesimen diambil dari Saiful adalah calitan bawah dubur, bawah lidah dan kawasan puting. Turut diserahkan adalah seluar dalam berjenama Levis dan KY Jelly!

Perjalanan perbicaraan yang terperinci turut diiulas oleh blog Agenda Daily (klik) dan Malaysian Story (klik). Selain itu blog-blog lain turut mengulas perjalanan kes dengan cara mereka sendiri.

Apa yang saya lihat - nampaknya semakin ramai orang yang sudah tidak mempercayai Anwar lagi. Blog UMNO Reform (klik) menyiarkan hanya terdapat sekitar 50 orang yang masih buta hatinya percaya kepada Gerakan Bantah Fitnah terhadap Anwar.

2 comments:

Ms Pearl said...

I never like anwar.
Even when was TPM during Tun M premiership.

Tun M is the best :D - STILL!

Semut Hitam said...

Itu tak termasuk ke mana Ghaibnya penyokong-penyokong fanatik dia suatu ketika dahulu.

Jangan kan nak kumpul 1000, 100 pun tak sampai. http://semuthitam80.blogspot.com

Popular Posts