`Jalan tengah DAP' diibaratkan sebagai kaedah yang menyatu padukan rakyat Malaysia. Sebagai contoh, ketua menteri Pulau Pinang itu memuji pendirian anggota Pakatan - PAS dan PKR - dalam menangani kontroversi isu 'Allah'.
Pertamanya, jika betul ini akan menjadi dasar DAP, maka sebenarnya DAP agak terlewat kerana prinsip dan tindakan `jalan tengah' ini merupakan teras amalan dan pendirian kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini. Mungkin selepas `tersesat jalan' selama 43 tahun, seperti Parti Komunis Malaya (PKM) mereka baru tersedar yang jalan mereka ikuti selama ini salah.
Maka sebenarnya Guan Eng TERSILAP - bukan Malaysia yang sedang berperang dengan dirinya sendiri, sebaliknya "DAP yang sedang berperang dengan dirinya sendiri dan dalam proses mencari kebenaran".
Gambar - seperti DAP, Guan Eng juga sedang berperang mencari dirinya yang sebenar
Keduanya, saya tidak melihat Middle Malaysia sebagai kejujuran DAP untuk `bertaubat' dari sikap `chauvinistik' yang menjadi darah daging mereka selama ini. Sebaliknya ia hanya satu lagi retorik DAP bagi mengaburi mata rakyat dan tipu daya yang halus bagi memancing undi. Middle Malaysia tidak lebih seperti retorik-retorik yang gagal diterjemahkan secara jujur dalam bentuk dasar dan tindakan DAP.
Middle Malaysia adalah wajah samaran terkini DAP dan akan menjadi salah satu perkara dalam senarai janji yang tidak mungkin akan ditunaikan oleh DAP. Dari segi tindakan dan matlamat akhir, DAP akan terus menjadi parti `chauvinis' yang menolak kedudukan istimewa Islam, Melayu/Bumiputera dan Institusi Raja-raja Melayu di dalam Perlembagaan.
Apakah ayat Guan Eng yang membuktikan tipu daya yang halus ini? Guan Eng menekankan perkataan `saksama' berbanding `keadilan'. Guan Eng juga menekankan perkataan tiada lagi diskriminasi yang boleh membawa maksud `persamaan'. Guan Eng juga menyebut perkataan mementingkan karektor berbanding warna kulit; dan yang tidak disebut adalah pegangan agama, lebih-lebih lagi dalam konteks agama Islam yang dilihat sebagai cara hidup oleh umat Islam.
Pada waktu yang sama prinsip `persamaan DAP' bagi majoriti umat Islam dan Melayu tidak mungkin dibenarkan untuk perkara-perkara berkaitan agama Islam.
Setelah bertahun-tahun berjuang untuk menghapuskan peruntukan tertentu dalam Perlembagaan Persekutuan, mengkritik pelbagai dasar yang berasaskan kepada kontrak sosial serta usaha untuk menambah konsep Negara Islam ala Pas dalam Perlembagaan Persekutuan, saya menganggap KEKALAHAN yang paling besar PR dari segi idealisme adalah apabila pemimpin-pemimpin mereka terpaksa menyokong dan mengiktiraf perjuangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Hadi - dahulu pejuang sekarang Pak Turut
Penipuan dan hipokrasi PR dalam merangka polisi bersama ini pernah saya huraikan dalam tulisan saya di sini. Antara penipuan dan hipokrasi paling jelas adalah apabila Lim Guan Eng bercakap tentang `amar makruf nahi mungkar'. Ketika bercakap dia bukan benar-benar yakin, beriman dan beramal dengan kata-katanya, sama seperti imannya kepada ayat-ayat al-Quran yang dibacanya. Buktinya? Jelas di negeri Selangor dan Pulau Pinang, amar mungkar nahi makruf yang sebenarnya berleluasa (klik sini).
Sell your soul to the devil?
Isunya di sini - hipokrasi - "play populist politic, ignore your principle and sell your soul to the devil - you'll be a Person/Party for ALL"
3 comments:
Artikel yang menarik Tun. Setuju. Puak-puak ni dah hilang pegangan politik.
Assalaamu 'alaikum TFI & yang melayari blog ini,
1 Kalaupun middle Malaysia kurang menarik bagi pengundi tak-lari-dari BN Melayu, idea ini pasti menarik selera pengundi bukan Melayu, khususnya Cina [sebab diideakan oleh DAP]; terutamanya pengundi-pengundi baru di dalam PRU k3-13 kelak. Paling tidak atas asas berikut: Pertama; kemenangan 'besar' Pakatan Pembangkang [kini PR] - yang membuktikan rasa 'menyampah' para pengundi lama terhadap BN - ada kesan kuat secara psikologi kepada pegundi baru, iaitu : bahawa BN bukan lagi pilihan terbaik untuk kerajaan yang cekap dan bijak. Sampai sekarang, aura kemenangan itu masih dirayakan. Apatah lagi sehingga kini parti-parti kaum China dan lndia di dalam BN kian tersisih dari selera kaum mereka; terbukti dengan ramainya tokoh kuat parti keluar parti. Kedua, sekali pun BN telah 43 tahun mengamalkan idea kesederhanaan, konsep itu malah dilihat sebagai tanda kelemahan ; kelemahan dalam
mengawal tadbir urus yang jelas dicerminkan dengan membiaknya rasuah, salah guna kuasa, jenayah, kronisme, nepotisme, politik kem A kem B, diburukkan lagi dengan pertelingkahan sesama anak buah BN yang selalunya lambat/kurang tegas atau kurang berani diurus. Tidak dinafi, kelemahan menjana kembali ekonomi dan semakin tidak berupaya membendung kenaikan sara hidup pun dapat dikirakan antara ciri
'kesederhanaan' dan kurang atau ketidakberkesanan cara berfikir dan bertindak para pemimpin BN. Ketiga; 43 tahun kesederhanaan itu dilihat oleh orang China dan lndia sebagai era kelemahan parti-parti kaum mereka memperjuangkan banyak kehendak mereka, sedangkan di sisi lain mereka melihat ada dominasi UMNO yang memberi lebih pembelaan kepada Melayu melalui berbagai-bagai keistimewaan. [Hal-hal yang termaktub di dalam Perlembagaan apa mereka peduli]. Mereka pasti mengirakan, tidak ada maknanya konsep kesederhaaan jika tidak menguntungkan. Keempat; dengan faktor-faktor itu sebagai 'tanda' kelemahan kesederhanaan BN, yang dapat mewujudkan keresahan, rasa tidak puas hati dan riak-riak pergeseran antara kaum [walaupun terkawal], kenapa tidak bertukar kepada yang baru?
2 Bagaimana pula orang Melayu melihat 'jalan tengah' DAP ini? Orang Melayu melihatnya dengan
membandingkan banyak manakah kesederhanaan yang didukung oleh BN sepanjang 43 tahun lalu telah 'menghilangkan' berbagai-bagai hak dan kepunyaan mereka. Selain itu, bergantung juga kepada bagaimana bijaknya parti Melayu, khususnya UMNO, dapat mengolah kembali keyakinan mereka agar mahu melekat terus kepada UMNO 'dengan hati suka dan terbuka', tanpa memungkinkan rasa kecewa dan ralat. Ertinya, para think tank UMNO kena membuat satu resipi yang lebih menggiurkan daripada resipi 1Malaysia...yang sudah mula meriak-riakkan rasa ketidaksenangan serta keragu-raguan di kalangan orang Melayu yang 'halus' perasaannya dan 'dalam' firasatnya. [Buat penyelidikan tentang ini, okey you people think tank Melayu]
3 Maknanya, zaman untuk BN beretorik dan berpropaganda sahaja [dalam radio, dalam tv, dalam blog, dalam dewan-dewan forum, dalam media conference], sudah habis. Deeds not words! Helo, perti bukan Melayu yang mahu undi Melayu, apa yang kamu orang semua sedang buat sekarang?
4 Sekarang ada Middle Malaysia, ada 1Malaysia... Pengundi sudah masuk dekad ke-22. Siapa lebih handal; Middle Malaysia vs 1Malaysia vs pengundi abad 22...? Wallahu a'lam.
Elok kita berckp ttg fakta; abu faiq berckp ikut emosi :)
1. dlm sejumlah pilihan raya - terbukti semakin ramai org Islam dan Melayu menjauhi Pas
2. dlm pilihan raya bagan pinang, ada sejumlah signifikan undi kaum India berpatah balik kpd BN
3. begitu kritikalnya keadaan dlm Pas sehingga Pas terpaksa buat seminar pengukuhan politik; dan hari hakikat ini diulangi oleh bekas MB boneka, IR Nizar. Perangai buruk Nik Aziz yg terdedah, amalan kronisme, rasuah tajaan etc semakin menyebabkan pengikut Pas melarikan diri, melainkan yg terlalu taksub (mungkin byk minum air selipar Nik Aziz.. ha ha ha)
4. semakin ramai Islam dan Melayu melarikan diri dr PKR; dan rakan2 anwar yg berjuang mati-matian utk bebaskan anwar, hari ni semakin melarikan diri mungkin dengan KEPERCAYAAN bahawa liwat ke atas Saiful mmg berlaku; antara sbb lain yg dimaklumkan oleh golongan reformis yg lari dr anwar ini, adalah mereka tertipu dgn retorik anwar; PKR tiada dasar yg jelas ttg Islam dan agenda Melayu; pemimpin PKR bermasalah - dr kepala smpailah yg berbogel dan rasuah; personaliti dlm PKR yg tak menarik terutama dlm AMK - ini antara sebab yg diberikan; lebih buruk lg - ada golongan reformis 1998 yg kata - budak2 muda pembangkang memang mudah ditipu dan dimanipulasikan - termasuk oleh kisah yg mereka buat ttg racun arsenik, suntikan HIV, sakit tengkok dsb (ini tak termasuk kisah lari ke kedutaan turki sbb nyawa terancam - samapi skrg hidup lg, siap buat tour sana sini... mmg kena tipu bulat2 la budak2 PR ni :D )
5. DAP sedar - malaysia malaysia x laku - permainan politik chauvinis might help them to get some constituents in WP dan menang Penang; but no way to take over the country; but as explained in this article dont be fooled and deceived dgn Middle Malaysia and Pas for ALL - coz they are juz rhetoric politik dan janji palsu - lebih 43 tahun bergelumang dgn politik perkauman org Cina dan Pas pula lebih 50 tahun menjadi ekstremis Muslim dlm Malaysia - ia dah menjadi darah daging.. :)
Post a Comment