Penipuan Chen, boleh kita rungkai dalam beberapa aspek. Pertama; tuduhan bahawa berlaku amalan korupsi dan kronisme dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang menyebabkan kroni UMNO sahaja menjadi kaya. Saya suka hendak menyatakan bahawa bukan orang UMNO sahaja yang mendapat manfaat dari DEB, malah ramai orang Melayu dan Bumiputera, termasuk Orang Asli dan kaum pribumi Sabah dan Sarawak. Dalam bidang pendidikan misalnya, dengan 70 peratus kuota ditempatkan untuk pelajar luar bandar, ramai di antara pelajar Bumiputera mendapat peluang untuk belajar di sekolah yang mempunyai kemudahan yang lebih baik berbanding sekolah di daerah asal mereka.
Dengan kuota juga, sebelum ini, mereka mempunyai tempat untuk belajar di Institusi Pengajian Tingga Awam (IPTA) yang membolehkan mereka berpeluang menjadi golongan profesional, sesuatu yang mungkin di luar jangkauan pemikiran kebanyakan daripada mereka lebih-lebih lagi jika diambil kira kemampuan kewangan ibu bapa mereka. Dalam kalangan mereka ini, termasuklah ramai anak-anak dari negeri Kelantan yang majoriti ibu bapa mereka diketahui sejak 20 tahun yang lalu menyokong Pas.
Melalui pendidikan, ramai Melayu dan Bumiputera luar bandar, di kampung dan di kawasan tanah rancangan seperti FELDA yang mampu menaikkan taraf hidup mereka hanya selepas satu generasi sahaja.
Kedua, penipuan Chen juga dapat kita kenal pasti jika kita mengambil kira siapa sebenarnya yang menguasai pasaran barangan mentah atau raw materials di dalam negara ini. Tahukah kita semua bahawa kaum yang menguasai pasaran barangan mentah ini boleh menentukan siapa (termasuk syarikat Ali Baba mereka) yang akan memenangi tender kerajaan melalui perlindungan harga? Penjawat awam yang mentah dalam selok belok perniagaan dan yang berkepntingan diri seringnya akan terperangkap dengan menjadikan DEB lebih memihak kepada kaum Cina. Selain itu perlindungan juga wujud dalam pasaran yang kononnya terbuka melalui perbezaan harga dan terma kredit terhadap peniaga dari kaum lain.
Ketiga, bukan sahaja kontraktor UMNO sahaja yang menerima manfaat dari DEB, malah kontraktor bukan UMNO dan ramai kontraktor yang menyokong pembangkang juga mendapat manfaat dari dasar ini. Ramai di antara mereka berada di sekeliling kita dan di tempat kelahiran saya misalnya, ada ahli Pas yang merungut kerana lebih banyak peluang perniagaan diberi kepada penyokong parti pembangkang yang selain dari Pas semasa tempoh pembangkang memerintah Perak sedangkan peluang mereka lebih baik semasa Barisan Nasional memerintah negeri itu. Bekas calon pembangkang di Bagan Pinang juga dikatakan pernah menerima kontrak daripada kerajaan walaupun dia menyokong pembangkang.
Keempat, maksud Dr Chen mempertikaikan DEB ini adalah untuk mempromosikan dasar ekonomi terbuka yang kononnya akan memakmurkan Malaysia. Apakah maksud Dr Chen, dengan dasar ekonomi terbuka ini nanti, "Melayu yang miskin akan secara automatik menjadi kaya?" Saya melihat saranan Dr Chen ini hanyalah untuk memastikan ketamakan golongan kapitalis dipenuhi. Golongan kapitalis ini berhasrat untuk menguasai ekonomi negara dan yang pastinya, golongan yang miskin dan tidak berdaya termasuk dari kalangan kaum lain akan terus ketinggalan dari kemajuan dan kemakmuran yang dijanjikan.
Dari bacaan saya, Dr Chen, walaupun dari sebuah parti yang kononnya memperjuangkan sosialisme, perkataan dan hasratnya bukanlah berjiwa sosialis tulen. Sebaliknya nadanya lebih mirip kepada jiwa dan naluri seorang kapitalis. Bagi saya ini adalah kepura-puraan yang sedang dipertontonkan kepada rakyat. Mereka yang kurang teliti akan diperdayakan. Seperti ramai orang Pas yang hipokrit di bawah topeng agama Islam, saya melihat ramai kapitalis dan rasis yang hipokrit bersembunyi di bawah topeng sosialis DAP.
10 comments:
Assalaamu 'alaikum TFI,
Anda SALAH CARA ketika menanggapi pendapat CM Hin itu, kerana masih ikut dia; memakai peropong sistem ekonomi kapitalis yng pemikirannya [Kapilaisme] itu menjadi sumber pencetus kelahiran & kemudiannya menjadi rel bagi pelaksanaan NEP juga.
Kenapa tidak Anda nyatakan bahawa di dalam Islam ada satu bentuk sistem ekonomi terbaik yg PASTI dpat menyelesaikan masalah kemiskinan secara TUNTAS, bukan
saja di klangan Melayu/Bumiputera,
bahkan semua rakyat negara ini, termasuk CM Hin dan semua kaum kerabat Ahluz Zimmahnya yg taat kepada Daulah Khilafah.
Kalau saja Hak-Hak Kepemilikan Umum yg kaya melimpah-ruah di atas dan di dalam perut bumi negara ini diurus berdasarkan sistem ekonomi Islam, setiap bulan CM Hin pun -sama seperti setiap individu rakyat M'sia yg lain - menekan butang di dinding bank bagi mengutip 'dividen'nya hasil
daripada pengurusan kekayaan Hak Kepemilikan Umum secara Islami itu.
Terlalu idealistik? Ya. Kerana hanya Islam saja yang paling ideal.
Ayuh kita ajak para penguasa [umat Muslim] ke arah merealisasikan sistem tersebut [sistem ekonomi Daulah Khilafah itu], supaya hujah bagi mengatasi kemiskinan kaum Melayu/Bumiputera tidak terus-
menerus klaise dan stereotaip berkisar di seputar mobilisasi pendidikan & ungkit-menungkit tentang peruntukan kerajaan untuknya, kerana pendidikan bukan
pemberian KEISTIMEWAAN oleh kerajaan untuk rakyat, bahkan HAK MUTLAK rakyat yang WAJIB disediakan oleh kerajaan secara PERCUMA. Gusar? Jangan, kerana Islam ada kaedahnya yang khas [kalau saja mahu digali].
apa sistem ekonomi islam tu? nak tahu juga apa bentuk yg diambilnya.. adakah ia diamalkan di negeri kelantan, selangor dan kedah sekarang? :)
apa yg diberikan oleh islam secara percuma? - apa beza antara Islam dan sosialis - Abu Faiq, jgn kita byk sgt berteori sdgkan kita tak faham pun apa yg kita kata.. mungkin sdr boleh menulis sesuatu mengenainya dan tunjukkan di mana model ini berjaya dan bagaimana model ekonominya, dr segi sumber (GDP sesebuah negara) dan perbelanjaannya (populasi, penswastaan dan sbgainya)..
As Salam,
Saudara AF ni nampaknya begitu idealis. Saya puji semangat beliau. Malangnya, saya gagal utk melihat dan memahami sistem yg beliau maksudkan terutamanya:
i) Bagaimanakah model/modul/kerangka ekonomi islam yang beliau maksudkan? Sekiranya penekanan hanya kepada soal akad, riba, hak dan dsbnya ianya telah dibincangkan secara serius dan berterusan oleh pensyarah kewangan Islam UIA iaitu saudara Zahruddin(kolumnis didalam Harian Metro Ahad)namun alternative yang constuktif dan effective bagi merapatkan lompong/jurang ekonomi antara kaum masih lagi menjadi tanda tanya berdasarkan kepada polar pengurusan dan situasi ekonomi antara kaum di Malaysia sekarang.
ii) Dimanakah sistem kewangan yang saudara AF maksudkan itu digunapakai sekarang? Negara mana?
Adakah boleh kita membuat "apple to apple comparison" dengan negara yang saudara AF maksudkan itu atau itu hanyalah satu idealisme yang berasaskan kepada Sirah SAW yang mana polar ekonomi pada masa tersebut adalah agak straight forward dan tidak berbelit2 seperti sekarang yang diwarnai oleh sistem kapitalis yg didominasikan oleh golongan opportunis yang telah 'mengawal' sistem ekonomi dunia keseluruhannya?
Ramai yang saya temui akan memberikan jawapan yg akan skeptikal apabila diajukan soalan berkenaan sistem kewangan terbaik. Sebagai orang Islam, sudah tentulah kita akan mengatakan Sistem Kewangan Islam adalah yg terbaik tetapi dimana KERANGKA BESARNYA? Mainframe (fundamental) tentulah AlQuran & Sunnah tetapi solid systemnya bagaimana?
Idealime tu bagus tetapi tanpa perancangan, tindakan, perlaksanaan dan pengisian yg sepatutnya, IDEALISME AKAN TINGGAL IDEALISME!Melontarkan idealisme memanglah mudah, perlaksanaannya bagaimana pula?
Saiful Pdg Besar
berkenaan cadangan oleh Dr. Chen Man Hin, nampak secara mudahnya begitu adil sekali dan ianya kelihatan sepert mampu melenyapkan jurang ekonomi antara kaum. MALANGNYA TIDAK!
Hanya melayu dan rakyat yang malas berfikir sahaja kan termakan dakyah DCMH ini. Mengapa?
Fikirkan secara tenang berkenaan asas kepada perniagaan. Pembekal - Peruncit - Pembeli - Pengguna! Bayangkan di mana letaknya majoriti kaum Melayu, India DLL didalam flow asas perniagaaan tersebut. Dan letakkan pula majoriti kaum yg mendominasikan posisi Pembekal!
Faktor kawalan harga pasti akan menjadi 'senjata' kepada para pembekal utk memanipulasikan pasaran semasa. Perlu diingatkan juga, kebanyakan pembekal telah bertindak selangkah bijak dgn mewujudkan persatuan bagi mengawal harga sesuatu barangan, perkhidmatandsbnya. TAK PERCAYA?
Tgk contoh paling mudah, tengok persatuan pembekal taugeh dan kacang soya. Contoh paling susah, barangan / bahan binaan. Semuanya dimonopoli secara mudah apabila kaum ultrakiasu itu berpeSATUan.
Adakah DEB itu tidak bagus dlm menyeimbangi kesaksamaan ekonomi ini? Pada hemah saya, kerangka DEB itu begitu baik sekali malangnya, individu2 yang diberi amanah dan peluang yg merosakkan dan menggagalkanya.
Dan jangan kita lupa, DEB juga tidak hanya berpaksikan kepada kesaksamaan ekonomi antara kaum, malah ianya merangkumi lebih dari itu iaitu keperluan rakyat keseluruhan yang menjadi penggerak utama kemajuan ekonomi negara iaitu:
a) Penyediaan kemudahan bagi tujuan pendidikan (tiada negara membangun yg mampu memberikan pendidikan yg hampir percuma kpd keseluruhan rakyatnya)
b) Penyediaan kemudahan kesihatan awam hanya dengan caj pentadbiran RM 1 (ada negara membangun lain buat ka?)
c) Jaringan kemudahan infrastrukur yang begitu baik berbanding dgn negara membangun yg lain.
Apa lagi yg tak kena? Hanya mereka yg tidak tahu bersyukur, ingin mengambil kesempatan dan malas mengambil tahu sahaja yg akan yg menelan bulat2 tohmahan DCMH itu.
Adakah kita mengimpikan kesempurnaan? Kesempurnaan takkan kita perolehi hinggalah kita mati tetapi Islam menganjurkan umatnya berusaha berterusan bagi mencapai kesempurnaan.
BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA DAN GIGIHKAN USAHA MELENGKAPKAN APA YANG TERKURANG BUKAN MENJAHANAMKAN APA YANG KITA MILIKI DENGAN HARAPAN KITA AKAN MENDAPAT YG LEBIH BAIH BAIK DARI SEBELUMNYA!
DENGAR GURUH DILANGIT, AIR DALAM TEMPAYAN JANGAN DITUMPAHKAN...... Renung2kanlah....
berdasarkan pengalaman saya berada di kementerian, individu-individu yg menggagalkan/melambatkan pencapaian DEB tidak semestinya terdiri drpd para PM, TPM, menteri dan ahli politik sahaja, tetapi juga pegawai kerajaan dan golongan peniaga itu sendiri. Faktor luaran pula adalah dominasi perniagaan oleh kaum cina; selagi akar masalah ini tdk dpt ditangani agak sukar utk mencapai kejayaan spt kejayaan DEB dlm bidang pendidikan. itupun ia terjejas semula akibat pendemokrasian pendidikan dan sistem meritokrasi.
Assalammualaikum,
Kerajaan hanya menfokuskan DEB semata2 yakni mengharapkan orang Melayu menjadi usahawan..inilah silapnya dan DEB hanya membantu Melayu menjadi peniaga..Kerajaan perlu meneliti mengapa pendapatan berkapita org2 Melayu cukup rendah dan mengapa DEB kurang berjaya? Rata2 mereka ini(sederhana dan miskin) bekerja kelas bawahan dibahagian swasta yang mana pentadbiran dimonopoli kaum cina(kerana syarikat ini berasakan kaum)..kaum ini hanya mengutamakan kaumnya sahaja..dan kaum Melayu sering kali ditindas(prestasi bonus,penetapan gaji, pembuang/pengambilan pekerja dan kenaikan pangkat boleh dimunapulasi sewenang2nya)..perkara ini berlaku..ini merupakan salah satu sebb pendapatan/ekonomi Melayu ditakuk lama..Apakah mekanisme atau penyelesaian daripada pihak Kerajaan terutamanya Kementerian Sumber Manusia?
Tun,
Dan Melayu terus terpinggir di bawah Najib?
Dear Sir,
"RACISM
"Saya berharap semua ahli DAP berhati-hati dalam menjalankan gerakan kita. Kita semakin hampir dan DS Anwar Ibrahim tidak boleh berbuat apa-apa. Ingat, gerakan kita adalah untuk anak bangsa kita yang selalu dikeji oleh Melayu. Ayuh, bangsa Cina, kuasai dan rebut apa yang Melayu tidak mampu. Jangan kita terhutang budi dengan Melayu...."
~ LIM GUAN ENG"
Kenyataan dari CM Hin tu jika dilihat dari apa sudut sekali pun memang nak cari political mileagge utk DAP kuasai N9.Skrg Tok Mat bentuk state goverment dgn simple majority. So news kata akan ada 2 PRK di N 9 iaitu Johol dan satu lagi aku lupa.So bila sama program Cina dia akan saiko cina untuk benci pemimpin Melayu. Kan dah terang kontraktor melayu beli sebatang paku pun dari kedai cina masa Rancangan Malaysia Ke 2. Setiap kontrak yg diperolehi oleh Melayu akan berlaku ekonomi turn down so siapa yg dapat? Ini dia tak mengaku tapi jika kita lihat equiti Cina masa zaman tu dan after DEB berapa peningkatan, juga lihat dari segi data kemiskinan, so DEB walau pun tak beri terus tapi secara undirect org cina khususnya yg miskin dapat begitu jga dgn yg kaya lagi banyak dapat. jadi tuduhan CM Hin tu memang rasis dan komunis.Sambung lagi dilain waktu panjang sangat.
Post a Comment