Saturday, May 30, 2009

Kezaliman Chin Peng - "pengganas komunis potong kemaluan dan masukkan dalam mulut.."

Jangan benar Chin Peng pijak bumi Malaysia!' - "Kalau Chin Peng balik, saya akan cangkul buang satu persatu tapak kakinya dari bumi Malaysia bertuah ini. Kalau tapak kakinya pun saya akan buang, inikan pula Chin Peng. Kalau boleh, saya akan minta orang buat jerangkap samar seperti yang saya kena dulu dan masukkan Chin Peng ke dalamnya biar berkecai tubuh badannya sehingga tiada secebis daging pun yang tinggal." Begitulah marahnya bekas anggota Rejimen Askar Melayu, Suparman Taib, 55, yang pernah berjuang menentang pengganas komunis sekitar tahun 1980-an dulu apabila mengetahui ada pihak yang beria-ia mahu membawa balik bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) itu ke negara ini.

Suparman kehilangan kaki kirinya dan cedera parah di kaki kanannya akibat terkena jerangkap samar yang dipasang komunis semasa melakukan Ops Bersih di Kampung Lalang, Kelian Intan dekat Keroh di Gerik pada 21 April 1981 semasa berusia 25 tahun.Menurut bapa kepada sembilan anak itu, walaupun tidak pernah berdendam dengan komunis atas apa yang berlaku kepada dirinya itu, dia tidak dapat memaafkan cara komunis membunuh anggota keselamatan dan orang kampung dengan kejam.

''Paling tidak dapat dilupakan ialah peristiwa anak-anak buah saya terkorban apabila trak dinaiki mereka diserang hendap komunis. Semasa ditemui, bukan saja telinga dikerat, alat kemaluan mereka juga dipotong dan disumbatkan ke dalam mulut," katanya.Sebab itulah, kata Suparman, Chin Peng tidak boleh dibenarkan menjejak kakinya ke Malaysia dan patut dibiarkan mati di luar negara.

Dia turut melahirkan kebimbangan wujud usaha pihak tertentu untuk menghidupkan semula ideologi komunisme di negara ini sehingga boleh menyebabkan peristiwa berdarah seperti 13 Mei 1969 berulang. ''Orang kena faham, walaupun komunis telah berdamai dengan kerajaan, mereka tidak menyerahkan senjata dan menyimpannya di tempat lain. Saya hendak tanya berapa ramai anggota PKM yang mempunyai 10 kekuatan menyerahkan senjata mereka,'' katanya.

Suparman juga tidak bersetuju dengan tindakan pihak tertentu menggunakan istilah perikemanusiaan bagi mewajarkan usaha membawa balik Chin Peng.''Kalau kita bantu orang miskin, mangsa tsunami atau bekas perajurit yang kini hidup susah selepas cacat anggota akibat kekejaman komunis, itu barulah dasar perikemanusiaan,'' katanya.

(Dipetik dari Utusan Malaysia, 30 Mei 2009)

"Chin Peng's terror - I'll be the first to take revenge.."

Saya orang pertama tuntut bela!" Kalau Chin Peng masuk ke Malaysia, sayalah orang pertama mencarinya untuk menuntut bela atas kekejaman yang dilakukan," luah pesara tentera, Yahya Shafie, 76 tahun.Menurutnya, kekejaman Parti Komunis Malaya (PKM) tidak mungkin dilupakan oleh bekas Pegawai Waran 1 Pasukan Pertama Meriam Diraja British itu.Katanya, walaupun sudah dimamah usia, peristiwa yang terjadi sepanjang Chin Peng dan pengikutnya mengganas di Tanah Melayu masih segar dalam ingatan dan menghantui hidupnya sehingga kini.

''Ketika di bangku sekolah saya melihat sendiri kekejaman Chin Peng terhadap orang kampung di Junjong, Kulim termasuk bapa saudara saya dibakar hidup-hidup dengan tangan terikat di stereng lorinya. Seluruh anggotanya rentung dan tidak dapat dikenali. Bayangkan hati saya ketika itu," katanya sebak ketika ditemui di rumahnya di Kampung Seronok, Bayan Lepas di sini.
Menurut Yahya, mereka yang bersetuju Chin Peng dibenarkan pulang adalah orang yang 'buta' mata dan hati serta tidak tahu penderitaan yang dilalui penduduk ketika itu. ''Nama dia pun sepatutnya tidak boleh kita sebut, inikan pula membenarkannya masuk ke negara kita. Adakah patut orang yang membuat kita sengsara dan derita puluhan tahun lamanya, senang-senang kita terima?''Kekejamannya tidak boleh diterima akal, saya pernah berkhidmat di Indonesia, Brunei dan Hong Kong yang ada komunis, namun kekejaman yang dilakukan Chin Peng pada rakyat Tanah Melayu tidak dapat dibayangkan," katanya yang cedera ditembak di telinga dan perut semasa berjuang menentang komunis. Menurut beliau, soal membawa pulang Chin Peng tidak sepatutnya dibangkitkan lagi kerana perbuatan itu jelas tidak bertanggungjawab dan hanya akan membuat keluarga veteran perang yang terkorban dan cedera bangkit memberontak.

''Masih terdengar di telinga saya kata-kata Chin Peng kepada pengikutnya bahawa satu hari nanti mereka akan menakluki dunia," katanya.
(Dipetik dari Utusan Malaysia, 30 Mei 2009)

Kenyataan Zaid boleh nyalakan api perkauman

Malaysian Insider reported Zaid Ibrahim, expressed concern today over the racial overtones of the campaign to prevent Chin Peng from coming home. Zaid, who was sacked from Umno and who is expected to join a PR party, defended those who have pleaded for Chin Peng to return to Malaysia. “I wonder if Chin Peng were a Malay, would our stand and emotions be the same?” Zaid noted that Utusan Malaysia was campaigning aggressively against Chin Peng, and while he agreed that the former communist leader was “cruel,” he pointed out the “cruel” communists included former fighters such as Rashid Maidin and Shamsiah Fakeh who were allowed to return home to Malaysia.

Selepas cubaan Nik Aziz meyakinkan masyarakat Islam untuk mewajarkan kepulangan Chin Peng ke Malaysia gagal, jentera propaganda pihak tertentu cuba meyakinkan masyarakat melalui Zaid yang kononnya mewakili golongan the liberal Malays. Malangnya Zaid sudah tersilap premis sejak awal lagi.

Pertama - Zaid tersilap kerana tidak ada sesiapa kisah sama ada Chin Peng itu orang Melayu atau Cina atau India atau Jepun. Isu UTAMA Chin Peng adalah dia adalah KETUA PARTI KOMUNIS MALAYA yang mengarahkan begitu banyak PEMBUNUHAN dan KEGANASAN ke atas rakyat ketika itu. Pembunuhan ini bukan sahaja melibatkan orang Melayu, tetapi juga kaum bukan Melayu. Memang benar terdapat lebih ramai kaum Melayu yang menjadi mangsa berbanding kaum lain, itupun kerana hampir kesemua orang Melayu menolak fahaman tidak bertuhan komunis dan pendekatan mereka yang bersifat militan, kejam dan zalim. Tidak timbul soal Melayu, Cina atau India - isu pokok adalah KEZALIMAN dan PEMBUNUHAN KEJAM yang dilakukan di bawah arahannya sebagai KETUA PARTI KOMUNIS. Berapa ramai orang bukan Melayu yang tidak mempunyai rekod kezaliman seperti Chin Peng yang dibenarkan bebas keluar masuk negara ini. Malah sejumlah besarnya ditawarkan kewarganegaraan pula.

Kedua - soal Rashid Maidin atau Samsiah Fakeh adalah soal kedua kerana mereka bukan Ketua Parti Komunis Malaya. Mereka hanya pemimpin dalam kalangan orang Melayu yang diperkuda untuk melaksanakan arahan Chin Peng termasuk menggagalkan rundingan Baling. Melayu yang diperkuda dan hilang pedoman seperti ini bukan baru dalam sejarah dan ia masih berlaku pada hari ini - misalnya, Si Kitul, talibarut Inggeris dan Jepun, Melayu yang hilang pedoman sehingga terlibat mendokong perjuangan komunis (walaupun mungkin bukan fahaman tidak bertuhannya), seorang bekas Menteri Besar dan terdapat sejumlah lagi dalam DAP. Melayu sebegini akan terus dikenang sebagai pengkhianat bangsanya. Begitupun, dalam hal ini dosa paling besar tidak dipikul oleh mereka yang diperkudakan ini, tetapi oleh ketua mereka. Dalam hal Parti Komunis Malaysia, orang itu tidak lain dan tidak bukan adalah Chin Peng. Jika Ketua Parti Komunis Malaya itu orang MELAYU dan melakukan kezaliman seperti yang dilakukan oleh Chin Peng, kita, orang-orang Melayu sendiri tidak akan memaafkannya dan langkahlah mayat kita, kita tidak akan membenarkannya dia pulang.

Jadi nasihat kita kepada Zaid, look back at the premise, it has never been racial tone, but cruelty of the person. Banyak hati yang akan terluka dan MARAH bila Ketua Parti Komunis Malaya ini dibenarkan pulang dan lebih ramai lagi yang akan memberontak jika kepulangannya disambut secara besar-besaran pula oleh kelompok tertentu; tidak bermaksud kaum tertentu, tetapi kelompok yang tidak sensitif dan sengaja hendak menggunakan kesempatan ini bagi mengocak keharmonian masyarakat.

Isunya bukan kaum, tapi KESALAHAN. Misalnya dalam kes Zaid, ramai orang meluat dan menyampah kepadanya, bukan kerana dia Melayu atau kerana dia datang dari negeri Kelantan atau kerana dia golongan yang kononnya liberal Malays - tetapi kerana KESALAHAN demi KESALAHAN yang dilakukannya - misalnya, dikhabarkan tidak berada dalam negara dan tidak berjuang bersama-sama anggota parti semasa pilihan raya, tidak berkelakuan dan berpegang kepada etika serta tatacara sebagai seorang Menteri Kabinet, kenyataan akhbar dan alasan tentang ganti rugi bekas hakim yang menjadi jenaka rakyat, perlakuannya yang tidak sensitif dengan menghadiri dan menyertai majlis pembangkang, - menyebabkan rakyat melihat beliau sebagai pelawak yang serba tidak kena.

Hari ini Zaid sekali lagi TIDAK SENSITIF dan membuat KESALAHAN lagi.

Kesalahan Zaid adalah menyimpulkan secara melulu bahawa penentangan terhadap kepulangan Chin Peng berbau perkauman, sedangkan ianya tidak. Sekali lagi Zaid berlaku tidak sensitif - Zaid gagal memahami bahawa dalam kalangan kami, rakyat Malaysia, tidak kira kaum, ada yang menerima kesan langsung akibat kezaliman komunis di bawah arahan Chin Peng; ada juga yang mempunyai datuk, nenek, ayah, ibu, saudara mara yang menjadi mangsa kekejaman komunis di bawah arahan Chin Peng.

Friday, May 29, 2009

Komunis, Sekularis dan Sosialis - sikap assabiah Nik Aziz

Malaysian Insider reported - BN no better than communists, says Nik Aziz; By Syed Jaymal Zahiid. PENANTI, May 28 — PAS spiritual leader Datuk Seri Nik Abdul Aziz joined an all-star ceramah session last night as Pakatan Rakyat stepped up efforts to wrap up the by-election and bag the win. Nik Aziz went straight for the Barisan Nasional (BN) jugular and mocked prime minister and BN president Datuk Seri Najib Razak’s decision not to allow former communist leader Chin Peng to return to Malaysia, describing it as hypocritical. “Chin Peng wants to come back and somebody asked me what I thought about it so I said if BN wants to reject the communists, then the same can be said about nationalists,” he said.

Nampaknya semakin tua, Nik Aziz semakin bercelaru. Kalau dulu Nik Aziz mendakwa `Tuhan samseng', `Tuhan pun mencarut' dan `boleh bersahabat dengan syaitan' - hari ini Nik Aziz sudah tidak dapat membezakan konteks keganasan komunis dan kezaliman Chin Peng berbanding peranan mereka yang digelarnya nasionalis dalam memerdekakan negara tanpa pertumpahan darah.

Nik Aziz juga nampaknya tidak tahu perbezaan di antara Komunis, Sekularis dan Sosialis, iaitu fahaman yang dipegang oleh rakan-rakan PAS dalam Pakatan Pembangkang. Disebabkan itu dia boleh mendakap erat DAP dan PRM, kemudiannya menyusupi PKR, tetapi tidak dapat menerima UMNO yang berjuang demi agama Islam, bangsa Melayu dan kemajuan Tanah Air.

Kita meragui bagaimana seseorang itu boleh dianggap ulama oleh pengikutnya, apabila jelas, ilmunya tidak menyeluruh dan gagal pula memahami konteks sesuatu permasalahan; hatta hendak membezakan di antara sosialis dan kominis pun tidak tahu; antara kezaliman, keganasan, pembunuhan beramai-ramai rakyat, bukan sahaja orang Melayu tetapi juga kaum lain dengan perjuangan mencapai kemerdekaan dengan kesatuan hati tiga kaum utama, Melayu, Cina dan India daripada British tanpa pertumpahan darah.

Mungkin Nik Aziz belajar agama, tapi yang jelasnya dia hanya sekadar ulama politik yang kurang maklumat dan tidak dapat memahami konteks sesuatu perkara yang berlaku. Maka tidak salahlah kalau Nizar dan Husam pun sudah beralih arah; tidak mahu belajar dengan Nik Aziz; seorang belajar dengan Ustaz Nga, seorang lagi dengan Ustaz Mat Belon.

(Gambar hiasan - Sengaja pejam mata atau memang buta sejarah - satu lagi sikap assabiah Nik Aziz)

PPSMI - kembali ke petak mula

Sebuah akhbar berbahasa Melayu melaporkan bahawa hasil meja bulat Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ditolak. Dalam akhbar itu, Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan sebagai berkata bahawa kabinet menolak hasil persidangan meja bulat PPSMI kerana ia didapati bukan penanda aras tepat untuk menilai kewajaran pelaksanaan dasar PPSMI. Pada waktu yang sama maklumat yang lengkap masih tidak diperolehi dari semua sudut.

Sebagai seorang bapa dan pembayar cukai, saya melihat penolakan kabinet ini mengundang banyak persoalan. Kenyataan penolakan kabinet ini pula adalah terlalu umum dan wajar diperincikan. Setidak-tidaknya mungkin elok dijelaskan bahagian laporan persidangan meja bulat yang mana yang ditolak oleh kabinet. Adakah kesemua sekali atau hanya sebahagian daripadanya? Saya yakin anggota kabinet tidak mempunyai cukup masa untuk mendengar dan meneliti kesemua laporan meja bulat PPSMI ini seperti para peserta persidangan. Penolakan dengan alasan yang begitu umum boleh mengundang pelbagai persepsi negatif.

Sehubungan itu saya suka mencadangkan agar setiap kajian yang pernah dibentangkan di dalam persidangan meja bulat PPSMI didedahkan kepada rakyat dan dimuat turun ke dalam domain awam supaya semua pihak boleh mengkaji serta meneliti setiap kajian tersebut.

Antara laporan yang pernah dibentangkan di dalam persidangan meja bulat PPSMI sebelum ini adalah Laporan Program Pemantauan dan Penilaian Pelaksanaan PPSMI 2008-2010, Penguasaan BI dalam kalangan guru, yang dilaksanakan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) pada tahun 2008, Kajian Penilaian Pelaksanaan PPSMI oleh Bahagian Perancangan dan Pembangunan Dasar Pendidikan (BPPDP) pada tahun 2006, Dapatan Pemantauan dan Bimbingan Kolaboratif Pelaksanaan Program PPSMI dari tahun 2003 hingga 2008 oleh Jemaah Nazir Sekolah (JNS) pada tahun 2008, Ujian Diagnostik (UD) oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, pada tahun 2007 (jika boleh sejak 2006 sehingga 2008), Kajian Status Pencapaian Murid Dalam Matapelajaran Sains, Matematik dan BI di bawah Program PPSMI (Tahun 5, 2007) dan Kajian Trend Pencapaian Murid Dalam Matapelajaran Sains, Matematik dan BI di bawah program sebelum PPSMI (Tahun 5,2006) oleh Bahagian Perkembangan Kurikulum (BPK). Kajian Status Pencapaian Murid Dalam Mata Pelajaran Fizik, Kimia, Biologi, Matematik Tambahan dan Sains Tambahan (Tingkatan 5) dan Sains, Matematik dan BI (Tahun 5 dan Tingkatan 5) oleh BPK, Analisis Pencapaian Murid berdasarkan UPSR, dan Analisis Keputusan Peperiksaan PMR dan SPM, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta laporan Pemantauan JNS 2005 sehingga 2007.

Selain kajian yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysian (KPM), saya juga mengalu-alukan agar kajian oleh Intitusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan pihak-pihak lain, termasuk kajian dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan PEMBINA dimasukkan ke dalam domain yang sama.

Bagaimanapun saya mencadangkan agar pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak sekadar meletakkan kesimpulan kajian di domain ini kerana pendekatan ini boleh mendorong kekeliruan dan salah tanggap. Sebaliknya KPM wajar memasukkan juga semua maklumat lain seperti pemilihan sampel dan saiznya, instrumen kajian dan dapatan penuh setiap kajian. Ini penting bagi membolehkan pembaca faham akan kekuatan sesuatu kajian dan bagaimana seseorang penyelidik menyimpulkan dapatan-dapatan kajian mereka.

Saya yakin ketelusan KPM dalam hal ini akan menghilangkan persepsi negatif terhadap penolakan kabinet baru-baru ini.

Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
28 Mei 2009

Wednesday, May 27, 2009

Dilema Nizar - Makan salah, tak makan lagi salah...

Semalam Nizar melancarkan MOGOK LAPAR Pakatan Pembangkang; maka sepatutnya dia juga MOGOK LAPAR bersama mereka. Namun bila para Mufti mengatakan MOGOK LAPAR itu HARAM dan selepas para blogger Muslim menyerang beliau dan mendakwa beliau sebagai tidak Islamik; beliau menafikan beliau mahu MOGOK LAPAR sebaliknya menyatakan bahawa beliau akan berpuasa sunat bagi mendapat keredhaan Allah SWT. Malangnya PUASA SUNAT dengan niat menunjuk-nunjuk adalah RIYA' manakala bila niat berpuasa sunat bukan kerana Allah SWT, maka amalan tersebut menjadi ROSAK. Malang sekali lagi buat Nizar kerana apabila beliau mengisytiharkan kepada dunia bahawa dia berpuasa sunat, maka dia kena berbuka puasa Maghrib semalam. Jika dia tidak berbuka maka, dia telah melanggar sunnah Rasulullah SAW bila berpuasa. Bila dia berbuka, maka MOGOK LAPAR TIGA HARI terbatal dengan sendirinya. Bila berustazkan Nga, maka sesatlah Nizar. Walaupun tahu pemimpin besar negeri itu sesat larat, tetapi entah mengapa Pemuda PAS Perak sudah tidak bersuara? Di mana mereka? Apakah mereka kini sudah mula menjadi bacul kerana mahu menjaga periuk nasi sendiri; atau sudah menjadi assabiah; atau sudah menjadi sekadar rubber stamp kepada DAP? PAS - "Dulu Membangun Bersama Islam", sekarang "MEMBANGUN BERSAMA DAP" - maka tertinggallah perjuangan Islam, sekadar `lip service' semasa pilihan raya. Allahuakbar.

(Gambar hiasan - Mungkinkah Nik Aziz sedang berdoa memohon ampun dan menyesal kerana dulu dia pernah kata Tuhan pun mencarut; akibatnya sekarang PAS dah kelam kabut?)

Tuesday, May 26, 2009

Mogok lapar atau puasa? - Nizar keliru dan bercelaru...

Malaysian Insider reported - Nizar to fast 'for the pleasure of the Almighty' - By Shannon Teoh SLIM RIVER, May 25 - Pakatan Rakyat (PR) is hoping to please God tomorrow.While Datuk Seri Nizar Jamaluddin is leaving it to fellow fasters to find their own motivations, he said that PR had planned the three-day hunger strike to "seek the pleasure of the Almighty." Speaking to The Malaysian Insider here on the eve of what he prefers to call a fast, he explained that all participants would be encouraged to fast according to their own religious beliefs. He added that he has already been fasting on certain recommended days for Muslims since the February 5 takeover of Perak by Barisan Nasional (BN).

Tahniah kepada Nizar kerana responsif apabila blog-blog Muslim menyerang Nizar dan mempertikaikan bahawa tindakan beliau mengadakan MOGOK MAPAR sebagai tidak Islamik. Blog-blog ini berpandangan bahawa lebih Islamik untuk Nizar mengadakan SOLAT HAJAT ataupun BERDOA kepada Allah SWT.

Tiba-tiba, Malaysian Insider melaporkan bahawa Nizar sudah menukar MOGOK LAPAR menjadi PUASA SUNAT pula. Apakah maksudnya? - maksudnya apabila Nizar BERBUKA Maghrib nanti, maka secara tidak langsung dia tidak MOGOK LAPAR lagi .

Kedua, kita berpandangan jika Nizar hendak melakukan puasa sunat sekali pun, ia adalah amalan khusus di antara dia dengan Allah SWT. Apa yang dipersoalkan adalah motifnya yang mahu menunjuk-nunjuk dan mempunyai maksud lain selain ibadat yang ikhlas kepada Allah SWT, boleh merosakkan puasa sunatnya. Bila Nizar hendak bagi tahu satu dunia bahawa dia berpuasa sunat - maka hukumnya riya' la, iye tak?

Inilah bahananya bila, Ustaz Nga menjadi ustaz kepada Nizar. Nampaknya Pemuda PAS Perak tidak bersuara. Mungkin dah hilang taring atau dah jadi rubber stamp DAP nampaknya.

Sunday, May 24, 2009

Nizar, Islamikkah mogok lapar?

Malaysian Insider reported - Perak DAP secretary Nga Kor Ming also confirmed that PR would appeal to the Federal Court as the Court of Appeal decision had set a dangerous precedent. "The ruling means that the Sultan can decide who is mentri besar and also that the Agong can decide who is prime minister. This devolves our system from a constitutional monarchy to an absolute monarchy."

Ini apa yang dikatakan oleh Nga semasa memaklumkan tentang mogok lapar yang akan diketuai oleh Nizar. Pertama - MOGOK LAPAR BUKAN dari tradisi atau ajaran Islam. Sebaliknya kita diajar oleh tok guru-tok guru yang jujur dan ikhlas dahulu bahawa solat hajat dan berdoa adalah ajaran Islam.

Kedua, benarlah apa yang disebut oleh rakan-rakan, DAP dan Nga yang mengajar Nizar menderhaka kepada Sultan. Seterusnya membuktikan hipotesis rakan-rakan bahawa Nizar dan Pas Perak memang tunggangan DAP. Di manakah Pemuda Pas Perak dalam hal ini? Kerana kuasa - mereka rela pemimpin mereka di`perkudakan' oleh parti yang tidak menjujung pelaksanaan Hudud dan Qisas serta pembentukan sebuah negara Islam.

Ketiga, DAP sekali lagi memainkan sentimen menderhaka Sultan Perak dan Institusi Raja-Raja Melayu melalui kenyataan Nga. Adakah itu maksud penghakiman semalam? Jelasnya, dalam penghakiman semalam, tidak ada tempat yang mengatakan bahawa Sultan dan Agong merupakan PEMUTUS kepada siapa Menteri Besar dan Perdana Menteri. Bagaimanapun hari ini DAP kelihantannya secara halus sedang menuai benih kebencian terhadap Institusi Raja-raja Melayu dan api kebencian tersebut telah mereka semarakkan melalui kenyataan Nga ini!
Keempat, dalam sidang akhbar yang sama, Nga menyebut bahawa BN `merampas kuasa'. Apa yang beliau gagal fahami, itu bukan `rampasan kuasa'. Sebaliknya BN hanya bertindak `mengembalikan' kuasa perundangan, kuasa perlembagaan serta prinsip kesetiaan kepada Institusi Raja-raja Melayu; yang tidak lagi dihormati; yang hendak diruntuh serta dibuang oleh pembangkang, melainkan pada ketika ia memberi manfaat kepada mereka.
Jika pembangkang tidak boleh menghormati prinsip-prinsip, maka ke manakah akan kita bawa masyarakat majmuk kita nanti? Masyarakat kurang ajar, kurang adat, adab dan budaya serta yang sengaja mencabar undang-undang?

Friday, May 22, 2009

Pakatan Pembangkang penuh dengan `sore losers'...


Cubaan Pakatan Pembangkang untuk menidak dan memperkecilkan kuasa Sultan Perak tidak menjadi kenyataan. Jelas dan telus. Pembangkang - 0 -, Sultan - 3.


  • Hakim berkata perkara 16.6, Undang-undang Tubuh Perak jelas menyatakan jika Sultan tidak memberi perkenan untuk membubarkan DUN, maka Nizar mesti meletak jawatan

  • Hakim berkata semasa Nizar mengadap Sultan Perak pd 4 Februari 2009, adalah jelas beliau telah kehilangan kepercayaan 31 orang ADUN dan tidak lagi menguasai majoriti di dalam DUN

  • Hakim kata tiada sebarang peruntukan di dalam Undang-undang Tubuh Perak yang memerlukan supaya undi tidak percaya dibuat dalam DUN bagi menggugurkan Menteri Besar

  • Hakim juga menegaskan bahawa tindakan Sultan Perak berjumpa 31 orang ADUN sebelum melantik Dato' Dr. Zambry bagi mengesahkan sokongan terhadap BN adalah tindakan yang betul

  • Hakim mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi KL yang mengesahkan Nizar sebagai MB Perak kerana Hakim Mahkamah Tinggi telah terkhilaf di dalam membuat tafsiran

  • Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Dato' Dr. Zambry atas alasan bahawa kuasa untuk membubarkan DUN adalah HAK MUTLAK Sultan Perak. (Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Allahuakbar)

Keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes ini disambut penuh kesyukuran dan dengan bacaan doa oleh para penyokong BN. Begitupun sewaktu doa sedang diaminkan, penyokong Pakatan Pembangkang secara kurang ajar telah memaki dan mencabar penyokong BN. Ini sikap kurang ajar penyokong Pakatan Pembangkang; tidak kira mereka yang berserban mahupun bertopi. Dalam tradisi masyarakat majmuk Malaysia, apabila orang Islam mengaminkan doa, orang bukan Islam juga akan diam dan tunduk menghormati doa yang dimainkan. Bagaimanapun sikap yang sebaliknya ditunjukkan oleh anak didik Tok Guru, Kit Siang, Anwar dan Karpal. Di mana silapnya? Ini mungkin kesan daripada ajaran bahawa Tuhan itu samseng dan Tuhan itu mencarut. Mungkin natijah dari ajaran tersebut maka hari ini kita lihat telah lahir generasi samseng dan pencarut, selain perasuah dalam Pakatan Pembangkang. Wallahua'alam.

Wednesday, May 20, 2009

Krisis Perak - Hakim jangan terkhilaf, rakyat jangan tertipu...

Belum pun Mahkamah Rayuan bersidang, Penipu Rakyat (PR) telah mula berusaha mencemarkan integriti sistem kehakiman dan sengaja mengadakan tekanan ke atas hakim dengan mengandaikan bahawa hakim yang ada telah dibeli oleh UMNO. Penipu Rakyat telah mula menipu rakyat di Shah Alam, kemudiannya menggunakan lidah (penipuan?) rasmi mereka secara online. Ini adalah sebagai build-up bagi mewujudkan prasangka rakyat yang kemungkinan besar akan disensasikan bagi memulakan satu lagi siri demonstrasi jalanan baru sebagai lanjutan kepada siri-siri demonstrasi jalanan sebelum ini.

Taktik ini sudah dijangka kerana mereka tidak mahu para hakim membuat keputusan yang betul. Baca Hafarizam Harun dan Shamsuddin Nawawi untuk mengelak dari terus ditipu oleh Penipu Rakyat. Sebarkan sebagai jihad bagi menegakkan kebenaran. Allahuakbar!

Tuesday, May 19, 2009

Penanti - Tindakan Datuk Seri Najib dan MKT berani...

Tahniah Datuk Seri Najib Tun Razak dan seluruh barisan MT yang membuat keputusan untuk tidak bertanding di Penanti. Saya menyanjung tinggi di atas keberanian untuk membuat keputusan yang `menyanggah' tradisi. Tidak perlu takut. Keputusan Datuk Seri dan rakan-rakan tepat. Seperti yang saya hujahkan sebelum ini, jangan bermain mengikut rentak lawan kerana dalam semua sukan, jika kita bermain mengikut permainan atau rentak atau game lawan maka kekalahan sudah pasti.

Dengan keputusan ini, kita tidak perlu membuang masa untuk mengadakan persiapan pilihan raya. Ingat, kita masih berada dalam mode peperangan (war mode). We have given away a battle, but not the war. Masa yang ada wajib digunakan untuk mengadakan persiapan perang - ibarat permainan Warcraft, kumpulkan segala sumber, bina dan latih tentera, tingkatkan pertahanan dan tajamkan jentera serangan; dalam satu gelombang, kita akan bergerak bersama secara tersusun untuk menyerang lawan selepas ini, iaitu semasa Pilihan Raya ke-13.

Bukan soal DUIT. Kami exco-exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua-Ketua Pemuda Bahagian berjuang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang tanpa sebarang peruntukan malah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk memastikan tugas-tugas teras Pemuda dilaksanakan dengan lancar dan gerak kerja Pemuda dapat berjalan dengan berkesan.
Bukan soal takut. Bukan soal kita bukan anak jantan. Bacalah Romance of Three Kingdom dan seni peperangan Sun Tzu; berperang perlu ada matlamat; ada tujuan. Ada tempat, tidak perlu berreaksi bila dimaki atau dicaci; ada tempat jangan main-main dengan kita. Jangan kerana hendak menunjukkan kita anak jantan, kita terpedaya dengan perangkap, umpan atau game lawan. Dalam berperang ada istilah berundur. Berundur bukan bererti kalah. Dalam berperang kadang-kadang telinga tidak boleh nipis bila diprovokasi lawan.
Para pejuang dan pengundi di Penanti - kami tidak meninggalkan anda. Sebaliknya, marilah kita sama-sama mengalihkan semangat, tenaga, wang ringgit dan kemarahan yang ada dalam diri masing-masing menjadi semangat dan kesungguhan untuk bekerja meyakinkan rakyat agar mereka memilih BN pada pilihan raya akan datang.

Ingatlah kata-kata Sun Tzu dalam Art of War;
  • "When a chieftain is fighting in his own territory, it is dispersive ground. On dispersive ground, therefore, fight not."

  • "Move not unless you see an advantage; use not your troops unless there is something to be gained; fight not unless the position is critical."

  • "No ruler should put troops into the field merely to gratify his own spleen; no general should fight a battle simply out of pique. Anger may in time change to gladness; vexation may be succeeded by content. But a kingdom that has once been destroyed can never come again into being; nor can the dead ever be brought back to life."

Kami sokong anda Datuk Seri Najib!!!!



Monday, May 18, 2009

"Al-harbu khad'ah" vs "the end justifies the mean"

Ramai yang megeluh apabila melihat gambar Elizabeth Wong di atas pentas PAS. Seorang ustaz berkata, tidak ada apa yang hendak dihairankan kerana apabila 'assabiah' telah menguasai PAS, maka yang haram boleh jadi halal; yang halal boleh jadi haram.

Kata ustaz itu lagi, hari ini apa yang dikatakan oleh ahli fasafah dan ahli politik Itali, Niccolò di Bernardo dei Machiavelli (May 3, 1469 – June 21, 1527) - "the end justifies the means" sudah mengambil tempat di dalam hati, jiwa dan tingkah laku golongan tertentu dalam PAS - bukan lagi iman. Itupun masih ada golongan tertentu dalam kalangan mereka ini yang hendak menipu rakyat dengan menyatakan bahawa kononnya terdapat kaedah feqah yang berbunyi "al-harbu khad'ah" - peperangan itu tipu helah - maka bagi mereka yang beriman dengan kaedah feqah ini, tak ada masalah kalau hendak menggunakan apa cara sekalipun, termasuklah menjual agama, asalkan menang pilihan raya; asalkan mendapat kuasa.

Maka bebaslah orang tertentu mengeluar fatwa yang ditaqlid secara membuta tuli (assabiah)oleh pengikut (atau lebih tepat lagi fanatik) sehingga orang UMNO itu kafir harbi yang wajib diperangi (sedangkan DAP tidak), sumpah Saiful itu tidak sah (sedangkan akuan bersumpah orang kafir tertentu diterima), Tuhan itu samseng dan Tuhan pun mencarut (walaupun mulut mereka sentiasa bertasbih menyebut Maha Suci Allah - mungkin mereka tidak faham maknanya) dan banyak lagi termasuklah kes liwat Anwar Ibrahim dan salah laku moral Elizabeth Wong; terbaru - `hadiah' dan rasuah politik mula melanda parti PAS.

Nyatanya hari ini pejuang PAS bukan macam pejuang PAS yang dahulu. PAS dulu menganggap demokrasi sebagai `demo nak kerusi'; mereka tidak akan menjual prinsip, jauh lagi menjual agama jika matlamatnya untuk mendapat kerusi. Tidak menang pilihan raya pun tidak mengapa, asalkan kebenaran diperjuangkan.

Sebaliknya pejuang PAS sekarang sudah kurang kemurnian perjuangan. Jadi tunggangan DAP pun tak apa, asal dapat kerusi; sokong orang yang begitu kuat dakwaan kes liwatnya pun tak apa asal dapat kerusi; bagi hadiah dan duit untuk program untuk dapatkan undi pun tak apa; Tuhan pun mencarut; janji dapat kerusi. Nyatanya, iman, maruah dan perjuangan PAS sekarang sudah begitu merosot nilainya; yang dipentingkan bukan perjuangan menegakkan agama, sebaliknya demi untuk mendapatkan kuasa; agama pun jika perlu dijual; boleh dijual - almaklumlah `al-harb khad'ah'.

Sebenarnya kata ustaz ini, tak adapun kaedah feqah seperti ini dalam Islam, tetapi sengaja diada-adakan oleh puak tertentu kerana orang Melayu ini ilmunya kurang, kelemahannya pula - mudah percaya kepada yang berjanggut dan berserban. Orang Melayu senang sangat tertipu; asal ada bunyi Arab saja itu Islam, walaupun dari segi makna, apa yang dipegang oleh Machiavelli sebagai falsafah politiknya, iaitu "the end justifies the means" dan apa yang dipegang oleh puak tertentu, iaitu `al-harbu khad'ah' tidak ada bezanya melainkan bahasanya sahaja. Wallahua'alam.

Thursday, May 14, 2009

Teringat cerita `Animal Farm' ...


"I wish to remind all civil servants that they are under Official Secrets Act (OSA) oath and they should know that they must not leak ...". - Lim Guan Eng, Penang Chief Minister, 13 May 2009.

Dulu waktu di sekolah rendah, cikgu bahasa Inggeris saya ada memberikan saya sebuah novel satira politik bertajuk Animal Farm, tulisan George Orwell. Animal Farm diterbitkan pada 17 August 1945. Satira ini merupakan kritik terhadap kejadian dan peristiwa yang berlaku sebelum Perang Dunia kedua yang melahirkan negara komunis di zaman Joseph Stalin. Saya masih mengingati kandungan novel tersebut kerana jalan ceritanya yang menarik dan watak utamanya dalam cerita ini adalah golongan babi.

Walaupun tidak 100 peratus sama, tetapi nampaknya ada sedikit persamaan sebelum Tsunami politik Malaysia 2008 dan selepas DAP memegang kuasa di Pulau Pinang. Hmmm .. `look who's talking?'


Memperkasa bahasa: DBN - di mana dan ke mana? (Bahagian kedua)

Dari segi sejarah, MBKM lahir dari Majlis Kebangsaan Kemajuan Buku (MKKB) yang ditubuhkan pada tahun 1968 untuk menjadi pemangkin kepada industri perbukuan dan menghidupkan minat membaca. Selepas aktivitinya terhenti seketika, pada tahun 1981, majlis ini telah digerakkan semula dan telah menghasilkan DBN pada tahun 1985. Selepas 1985, pelbagai usaha dibuat untuk memperkasa MBKM tetapi terhenti semula selepas tiga tahun. Selepas itu gerakan untuk memperbaiki status MKKB dihidupkan semula bermula Januari 1994. Bagaimanapun hanya selepas tiga tahun, iaitu pada tahun 1997 barulah keputusan dicapai untuk menjadikan MBKM sebuah unit khas di KPM. Usaha untuk mengukuhkan status MBKM digerakkan sekali lagi pada tahun 2004, berikutan Seminar Kajian Semula DBN. Hasilnya, hanya selepas empat tahun, iaitu pada tahun 2008, barulah MBKM menjadi sebuah bahagian di dalam KPM. Namun status baru MBKM ini masih dilihat tidak mencukupi bagi melaksanakan tugas besar merancakkan industri perbukuan negara.

Pada 10 April 2006, Jawatankuasa Induk Penggerak DBN telah mengumumkan lima jawatankuasa kerja yang telah dibentuk oleh Timbalan Menteri Pelajaran ketika itu Datuk Noh Omar bagi memantapkan pelaksanaan DBN. Lima buah jawatankuasa kerja itu adalah; Jawatankuasa Kerja Pembentukan Dasar, Akta, Organisasi dan Amalan Profesionalisme, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan Industri Penerbitan dan Perbukuan, Jawatankuasa Kerja Penggalakan Minat Membaca dan Pembangunan Perpustakaan Komuniti, Jawatankuasa Kerja Promosi, Penjenamaan, Pengiktirafan dan Pemasaran, serta Jawatankuasa Kerja Pembangunan Penggalakan Industri Penterjemahan.

Antara peranan Jawatankuasa Kerja Pembentukan Dasar, Akta, Organisasi dan Amalan Profesional adalah untuk melihat kepada usaha untuk merangka Akta Buku yang diharapkan dapat menggerakkan secara berkesan pelaksanaan DBN, isu-isu berkaitan pendaftaran penerbit, penguatkuasaan dan pengesahan, hak cipta dan urusan pembelian hak cipta, amalan perdagangan buku tempatan dan import, menentukan status baru, struktur organisasi dan pembiayaan MBKM.

Jawatankuasa Kerja Pembangunan Modal Insan Industri Penerbitan dan Perbukuan akan melihat kepada aspek-aspek berkaitan perancangan dan pelaksanaan program latihan kepengarangan dan yang berkaitan. Jawatankuasa Kerja Penggalakkan Minat Membaca dan Pembangunan Perpustakaan Komuniti akan melihat kepada kempen membaca, akses terhadap buku di kawasan luar bandar dan pedalaman serta pembangunan perpustakaan komuniti dan keluarga. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Penggalakan Industri Penterjemahan akan mengkaji cadangan untuk merancakkan industri penterjemahan, mengkaji pendekatan untuk menyelesaikan isu berkaitan hak cipta dan urusan pembelian hak cipta serta menentukan sasaran yang perlu dicapai bagi industri penterjemahan.

Jawatankuasa Kerja Promosi, Penjenamaan, Pengiktirafan dan Pemasaran pula bertanggungjawab untuk melihat kepada strategi yang berkesan untuk mempromosi buku dalam negara, penjenamaan karya-karya Malaysia di peringkat antarabangsa serta strategi pemasaran karya-karya penulis Malaysia di pesta-pesta buku negara-negara yang masih tebal penggunaan bahasa kebangsaannya seperti Jepun, China, Korea, Jerman dan Perancis, selain memberi pengiktirafan yang sewajarnya kepada penulis seperti melalui anugerah buku.


Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 13 Mei 2009

Tuesday, May 12, 2009

Kalau mahkamah putuskan Zambry MB yang sah....

Kalau keputusan mahkamah tidak menyebelahi Nizar, apa agaknya akan terjadi?

1. Hari ini akan ada demonstrasi jalanan.

2. Akan ada dakwaan bahawa - hakim rasuah, dikuasai kerajaan, sistem kehakiman korup, mahkamah tidak adil dan sebagainya.

3. Media-media antarabangsa akan menyerang dan memburukkan pentadbiran Datuk Seri Najib, kerajaan Malaysia dan sistem kehakiman negara.
Sebenarnya ini adalah `predictable game' Penipu Rakyat. Bermula dengan Bersih - tapi bila menang pilihan raya, langsung tidak ada bunyi. Selepas itu Hindraf - walaupun tiada asas tapi kekacauan ditimbulkan dan api perkauman dibakar. Gerakan anti PPSMI? Krisis di Perak? Nampaknya asal ada modal, ia akan dicanai dan disensasikan sehingga menyebabkan kekacauan di jalanan dan dalam negara.

Kita selalu baca dan menonton kisah-kisah tentang CIA sponsored coup atau CIA sponsored anarchy. Saya percaya cerita-cerita ini tidak direka hanya kerana hendak berseronok suka, tetapi ada asas kebenaran di sebaliknya.

Adakah kita di ambang itu sekarang? Kenangkan apa yang berlaku di Indonesia, Iraq, Vietnam atau negara-negara lain di dunia ini. Adakah kita sedang menuju arah yang sama? Jika ya - maka rakyat Malaysia yang sedar dan tidak tertipu mempunyai tanggung jawab untuk membetulkan keadaan. Tolak Penipu Rakyat.

Saturday, May 9, 2009

`Oversell' gelaran ulama dalam PAS

Saya bertanya beberapa persoalan kepada seorang Pemuda PAS yang berlatar belakangkan profesional tentang golongan berpendidikan agama dalam PAS. Soalan yang pertama - benarkah golongan berpendidikan agama dalam PAS layak digelar ulama? Kedua - Benarkah hanya golongan yang kononnya `ulama' ini sahaja yang layak memerintah PAS?

Pertama - Kalau mereka layak digelar ulama - kenapa Tuhan dikatakan mencarut? kenapa Tuhan dikatakan bersifat samseng? Sedangkan asas ajaran Islam - Allah SWT itu tidak menyerupai sesuatu yang baru; lebih-lebih lagilah jika yang baru itu bersifat jelek dan menjijikkan. Mungkin kita patut melaporkan kepada mahkamah syariah agar mahkamah syariah boleh menentukan sama ada aqidah ulama ini betul atau beliau harus bertaubat. Kalau mereka ulama - saya percaya mereka akan bercakap yang benar dan tidak bersikap assabiah. Dua contoh sikap assabiah ulama PAS, pertama dalam hal mempolitikkan sumpah saudara Saiful yang bersumpah diliwat Anwar Ibrahim. Kedua, dalam kes mempertahankan Elizabeth Wong yang jelas ada isu moral. Sedangkan sabda Rasulullah SAW, "bukan dari kalangan umat aku, orang yang bersikap assabiah."

Kedua - tugas sebagai khalifah adalah memakmurkan dunia dan memelihara agama. Kalau Allah SWT dikatakan mencarut; jika mereka bersikap assabiah, maka mereka tidak memelihara agama. Jika mereka menyokong demonstrasi jalanan, itu pula tidak memakmurkan dunia, lebih-lebih lagi berdemonstrasi demi mewujudkan kekacauan dalam negara. Sebagai khalifah - sahabat-sahabat nabi terdahulu bukan sekadar duduk berdoa dan buat kerja lebih kurang dalam mentadbir urusan negara. Sahabat-sahabat nabi membawa pembaharuan dan pembangunan dalam empayar Islam, sedangkan selepas beberapa tahun memerintah Kelantan, kita tidak nampak sejauh mana `template' ulama silam, para sahabat Rasulullah SAW dan salafus salleh diikuti oleh `so called' golongan ulama di negeri Kelantan.

Jawapan Pemuda PAS ini - Mungkin atas sebab inilah, golongan profesional dalam PAS melihat bahawa golongan berpendidikan agama hanya sekadar golongan berpendidikan `fardu-ain' yang tidak bijak berpolitik dan tidak berdaya saing untuk membawa perubahan seperti ulama silam. Justeru lebih baik mereka menggantikan golongan ulama ini; kerana itu satu demi satu golongan berpendidikan agama ini tumpas di tangan golongan professional.

Jadi soalan `poll' saya - Golongan berpendidikan agama (ulama) lebih layak memerintah PAS berbanding golongan profesional (ulama bidang ilmu lain); setuju atau tidak? silalah kemukakan pandangan saudara. Terima kasih.

__________________________________________

Baru cakap sikit, dah terkena... !!!

KOTA BAHARU, May 9 (Bernama) -- Former Kelantan Youth deputy chief Nik Abduh Nik Abdul Aziz, who is the Kelantan Menteri Besar's son, lost to Mengkebang assemblyman Abdul Latiff Abdul Rahman in the contest for the state Youth chief post at the Kelantan PAS annual assembly, here, today. The incumbent, Kelaboran assemblyman Mohd Zaki Ibrahim did not seek re-election as he had surpassed the maximum age of 40 for the post. Nik Abduh recently caused controversy when newspapers quoted his blog postings which touched on the ulama leadership in PAS. - BERNAMA

Thursday, May 7, 2009

Memperkasa bahasa: DBN - di mana dan ke mana? (bahagian pertama)

Dasar Buku Negara (DBN) diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri pada 27 November 1985. Dasar ini diperlukan kerana ia boleh membantu untuk memperkukuh hasrat Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Bahasa Kebangsaan.

DBN menggariskan empat matlamat utama. Pertama, untuk memastikan buku dalam Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan budaya; kedua, memastikan minat membaca rakyat meningkat; ketiga, agar buku dapat dinikmati oleh semua golongan masyarakat; dan keempat, untuk memastikan semua buku yang diterbitkan mempunyai kualiti yang tinggi.

Menurut buku Dasar Buku Negara yang diterbitkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), dasar ini diperlukan kerana ketika itu Malaysia masih tidak mempunyai satu perancangan penerbitan buku yang boleh membantu para penerbit menentukan keperluan buku bagi negara, terutama judul bacaan umum. Keadaan ini boleh melemahkan Dasar Bahasa Kebangsaan kerana selagi negara tidak dapat menerbitkan buku yang mencukupi untuk keperluan masyarakat, selama itu juga negara perlu bergantung kepada buku import yang kandungannya sering tidak menepati matlamat pembangunan negara.

Permintaan agar DBN dikaji semula telah dibuat buat pertama kali oleh Menteri Pelajaran ketika itu, Datuk Seri Hishammuddin Tun Husein semasa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) ke-23 pada 22 Mei 2004 berikutan kerisauan beliau melihat terdapat matlamat-matlamat DBN yang belum dapat dicapai pada kadar yang memuaskan selepas 20 tahun ia diluluskan.

Boleh dikatakan sebahagian daripada matlamat DBN telah dapat dicapai. Kajian Profil Membaca Masyarakat Malaysia 1996 misalnya, menunjukkan bahawa tahap pembacaan rakyat Malaysia meningkat daripada hanya dua halaman setahun dalam tahun 1980-an kepada dua buah buku setahun. Walaupun begitu matlamat untuk memastikan buku dalam Bahasa Melayu memainkan peranan sebagai alat pembangunan fikiran, sosial dan budaya rakyat Malaysia tidak memadai dan perlu ditingkatkan. Hasrat untuk memajukan penerbitan buku dan menggalakkan perusahaan buku di negara ini juga masih belum mencapai sasaran.

Berdasarkan statistik Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada tahun 2003, Malaysia menerbitkan 6,500 judul buku pelbagai bidang dan hanya sekitar 500 merupakan judul buku bacaan umum. Pada waktu yang sama, dalam pasaran negara ketika itu, nisbah buku import berbanding buku tempatan adalah 70:30.

Berikutan permintaan beliau, satu Seminar Khas Kajian Semula DBN telah diadakan pada 3 September 2004 di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Hasil dari kajian semula DBN, dilaporkan bahawa skop DBN sedia ada adalah lengkap, bagaimanapun ia tidak jelas dan tidak mengandungi pernyataan dasar buku yang sebenar. Ia juga tidak memberi perhatian terhadap pengintegrasian pembangunan buku dalam dasar dan perancangan pembangunan negara, selain tidak mengambil kira faktor revolusi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang telah banyak mengubah kaedah penyampaian ilmu dan maklumat dalam abad ke-21. Sebagai contoh, dicadangkan dalam pernyataan yang baru, `buku’ dalam konteks hari ini diterjemahkan juga sebagai semua karya penerbitan, baik yang bercetak, elektronik mahupun digital.

Dalam seminar yang sama disebut bahawa status dan struktur organisasi MBKM ketika itu secara relatif tidak sepadan dengan peranannya yang amat besar sebagai penasihat buku peringkat kebangsaan yang diberi amanah untuk melaksanakan hasrat DBN. Status MBKM yang hanya merupakan suatu unit di bawah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) tidak mungkin memberikannya kredibiliti dan kemampuan untuk memainkan peranan yang berkesan untuk memajukan dan merancakkan industri penerbitan buku di dalam negara.

Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP), Utusan Malaysia
Rabu, 6 Mei 2009

Monday, May 4, 2009

Bermulanya perekayasaan Pemuda UMNO

Semalam, 3 Mei telah berakhir Khemah Kerja Perdana Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Pusat Latihan UMNO, ILMU, Janda Baik, Pahang. Khemah kerja ini telah dirasmikan oleh Y.B. Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan telah disempurnakan penutupannya oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden UMNO.

Dalam khemah kerja ini, Khairy telah menzahirkan beberapa perkara penting bagi menentukan hala tuju Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Pertama; MISI yang jelas daripada Presiden Parti, Y.A.B. Datuk Seri Najib Tun Razak, iaitu "untuk mengembalikan sokongan golongan muda, tanpa mengira Melayu atau kaum lain terhadap Barisan Nasional (BN)." Kedua, lima TERAS atau perjuangan Pemuda UMNO, iaitu berprinsip, relevan, pro-aktif, inklusif dan bersatu.

Berdasarkan kefahaman saya, lima TERAS ini boleh diterjemahkan sebagai;

Berprinsip - dalam usaha mengembalikan sokongan golongan muda, Pemuda UMNO tidak akan sekali-kali menggadai perjuangan mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara, perlembagaan negara, kontrak sosial dan perjuangan memartabat agama, bangsa dan tanah air.

Relevan - bahawa Pemuda UMNO perlu mendengar suara hati rakyat, menjadi mata, telinga dan juru bicara mereka. Pendekatan dan program Pemuda UMNO perlu memenuhi aspirasi rakyat dan selari dengan minat, trend serta keinginan rakyat.

Pro-aktif - bahawa Pemuda UMNO perlu bertindak sebelum masalah berlaku; merancang ke hadapan bukan bertindak secara ad-hoc, berinisiatif bukan bersifat reaktif.

Inklusif - perjuangan, aktiviti dan program yang dirancang perlu melibatkan bukan hanya ahli UMNO tetapi semua golongan muda, bukan hanya orang Melayu tetapi juga bukan Melayu, termasuk mereka yang kelihatan bersikap anti-establishment, sinis, pesimistik mahupun penentang (jangan buat program syok sendiri!!!!).

Bersatu - hanya Pemuda UMNO yang bersatu dapat melaksanakan amanah agama dan bangsa dengan cemerlang.

Bagi menterjemahkan hasrat yang dibawa oleh MISI dan LIMA TERAS ini, Khairy juga telah memperkenalkan sejumlah perubahan dan apa yang saya istilahkan sebagai melaksanakan perekayasaan (reengineering) dalam membentuk struktur organisasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang baru.

Perubahan yang saya maksudkan adalah pertamanya apabila beliau membentuk 28 biro, sekretariat dan unit berbanding amalan tradisi, 10 atau 12 biro sebelum ini. Khairy juga telah memperkenalkan beberapa biro baru sebagai tambahan kepada biro tradisi organisasi UMNO di samping memperkenalkan sekretariat dan unit tertentu bagi membantu pelaksanaan misi yang ditetapkan. Rasionalnya - tugas kita terlalu banyak dan kita perlukan seramai mungkin tenaga bagi memastikan misi kita terlaksana. Ini juga selaras dengan hasrat Khairy untuk melakukan transformasi; iaitu menjadikan Pemuda UMNO bukan sahaja berperanan sebagai sayap parti politik semata-mata, sebaliknya turut menjadi satu gerakan sosial.

Kedua, dari segi melantik kesemua Ahli Jawatankuasa (Exco) sebagai pengerusi kepada biro, sekretariat dan unit yang ditubuhkan. Melalui langkah ini, setiap anggota Exco telah diberi pengiktirafan sewajarnya sebagai pemimpin yang akan mengetuai fungsi masing-masing dan bukan lagi sebagai orang nombor satu dan nombor dua di dalam melaksanakan fungsi mereka. Melalui langkah ini juga pengupayaan dan kepercayaan telah diberi kepada setiap Exco bagi membuktikan keupayaan masing-masing di samping membentuk pasukan yang terbaik bagi melaksanakan tugasan mereka.

Ketiga, melaksanakan perekayasaan organisasi Pemuda UMNO. Dari segi kefahamannya, perekayasaan bermaksud usaha mereka bentuk semula secara radikal proses-proses di dalam organisasi. Selalunya dalam melaksanakan perekayasaan, organisasi tidak disusun mengikut pengkhususan fungsi sebaliknya disusun dengan membentuk pasukan yang berkeupayaan menyempurnakan sesuatu tugasan secara lengkap. Dalam perekayasaan, pasukan merentasi fungsi atau cross functional team akan dibentuk terdiri daripada ahli yang berbeza kepakaran dari segi fungsi bagi mencapai matlamat organisasi dan dalam keadaan tertentu akan terdapat ahli-ahli yang datang daripada luar organisasi.

Senarai Pengerusi dan Biro, Sekretariat dan Unit adalah seperti berikut;
Biro Politik - Y.B. Khairy Jamaluddin
Sekretariat Pengurusan - Y.B. Datuk Razali Ibrahim
Sekretariat Penerangan - Datuk Reezal Merican Naina Merican
Biro Perhubungan NGO - Sdr Mohd Suffian Awang
Sekretariat Profesional Muda - Sdr Shafiqurrahman Shamsuddin
Biro Ekonomi & Pembangunan Usahawan - Sdr Sohaimi Shahadan
Biro Pelajaran - Sdr Gasing Saling
Biro Agama - Sdr Ustaz Mohd Affendi Yusof
Biro Hal Ehwal Luar Bandar - Y.B. Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak
Biro Kebudayaan dan Kesenian - Sdr Jamawi Jaafar
Biro Hal Ehwal Bandar - YM Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
Biro Antarabangsa/AMAN Malaysia - Datuk Ahmad Zaki Zahid
Biro Sukan - Datuk Ahmad Darus
Biro Pendidikan Politik - Sdr Ali Mazat Salleh
Biro Putera UMNO - Sdr Hj Megat Zulkarnain Hj Omardin
Biro Pertanian & Industri Asas Tani - Sdr Zubir Zabidi
Sekretariat Pekerja Muda - Sdr Nazir Hussin Akhtar Hussin
Unit Pidato & Penghujahan Umum - Sdr Lokman Noor Adam
Biro Pendidikan Tinggi - Sdr Ustaz Syahrin Jamaluddin
Unit Media Baru - saya la .. :)
Biro Aduan Komuniti - Datuk Mohd Khairun Tan Sri Aseh
Biro Keahlian dan Pemilih - Sdr Mohd Hishamuddin Yahaya
Biro Sosial-Etika - Sdr Mohd Iruan Zulkefli
Unit Perang Saraf - Sdr Anis Hisham Abdul Aziz
Tugas-Tugas Khas - Abdul Razak Abdul Rahman
Akademi Pemuda - Khairul Azwan Datuk Harun
Sekretariat Pemuda BN dan 1Malaysia - Sdr Faizal Hj Ramli
Sekretariat Perhubungan Kerajaan - Sdr Badrol Hisham Zaki
Dari pemerhatian saya sepanjang kursus, saya dapati semangat masing-masing, termasuk Ketua-ketua Pemuda Negeri, amat tinggi untuk melaksanakan perubahan dan pembaharuan. Dibantu dengan latar belakang dan pengalaman yang baik, saya percaya kita mempunyai barisan yang berwibawa.

Segala perancangan telah diturunkan ke atas kertas, kini masa untuk melaksanakan tindakan. Doakan kami. Kami akan berusaha sedaya upaya bagi memastikan pengundi muda dapat dikembalikan ke pangkuan UMNO dan BN, insya-Allah.

Popular Posts