Kata ustaz itu lagi, hari ini apa yang dikatakan oleh ahli fasafah dan ahli politik Itali, Niccolò di Bernardo dei Machiavelli (May 3, 1469 – June 21, 1527) - "the end justifies the means" sudah mengambil tempat di dalam hati, jiwa dan tingkah laku golongan tertentu dalam PAS - bukan lagi iman. Itupun masih ada golongan tertentu dalam kalangan mereka ini yang hendak menipu rakyat dengan menyatakan bahawa kononnya terdapat kaedah feqah yang berbunyi "al-harbu khad'ah" - peperangan itu tipu helah - maka bagi mereka yang beriman dengan kaedah feqah ini, tak ada masalah kalau hendak menggunakan apa cara sekalipun, termasuklah menjual agama, asalkan menang pilihan raya; asalkan mendapat kuasa.
Maka bebaslah orang tertentu mengeluar fatwa yang ditaqlid secara membuta tuli (assabiah)oleh pengikut (atau lebih tepat lagi fanatik) sehingga orang UMNO itu kafir harbi yang wajib diperangi (sedangkan DAP tidak), sumpah Saiful itu tidak sah (sedangkan akuan bersumpah orang kafir tertentu diterima), Tuhan itu samseng dan Tuhan pun mencarut (walaupun mulut mereka sentiasa bertasbih menyebut Maha Suci Allah - mungkin mereka tidak faham maknanya) dan banyak lagi termasuklah kes liwat Anwar Ibrahim dan salah laku moral Elizabeth Wong; terbaru - `hadiah' dan rasuah politik mula melanda parti PAS.
Nyatanya hari ini pejuang PAS bukan macam pejuang PAS yang dahulu. PAS dulu menganggap demokrasi sebagai `demo nak kerusi'; mereka tidak akan menjual prinsip, jauh lagi menjual agama jika matlamatnya untuk mendapat kerusi. Tidak menang pilihan raya pun tidak mengapa, asalkan kebenaran diperjuangkan.
Sebaliknya pejuang PAS sekarang sudah kurang kemurnian perjuangan. Jadi tunggangan DAP pun tak apa, asal dapat kerusi; sokong orang yang begitu kuat dakwaan kes liwatnya pun tak apa asal dapat kerusi; bagi hadiah dan duit untuk program untuk dapatkan undi pun tak apa; Tuhan pun mencarut; janji dapat kerusi. Nyatanya, iman, maruah dan perjuangan PAS sekarang sudah begitu merosot nilainya; yang dipentingkan bukan perjuangan menegakkan agama, sebaliknya demi untuk mendapatkan kuasa; agama pun jika perlu dijual; boleh dijual - almaklumlah `al-harb khad'ah'.
Sebenarnya kata ustaz ini, tak adapun kaedah feqah seperti ini dalam Islam, tetapi sengaja diada-adakan oleh puak tertentu kerana orang Melayu ini ilmunya kurang, kelemahannya pula - mudah percaya kepada yang berjanggut dan berserban. Orang Melayu senang sangat tertipu; asal ada bunyi Arab saja itu Islam, walaupun dari segi makna, apa yang dipegang oleh Machiavelli sebagai falsafah politiknya, iaitu "the end justifies the means" dan apa yang dipegang oleh puak tertentu, iaitu `al-harbu khad'ah' tidak ada bezanya melainkan bahasanya sahaja. Wallahua'alam.
No comments:
Post a Comment