Tuesday, June 23, 2009

Kerana Islam atau kerana kuasa...?

Dari Malaysian Insider,
Pakatan says no to unity government, aims to win federal power

KUALA LUMPUR, June 22 — Pakatan Rakyat (PR) leaders today rejected Umno's unity government proposal, and proclaimed all issues surrounding the fiasco which brought the fledgling opposition coalition on the brink of collapse resolved. Following a meeting held in Parliament today, PR leaders in a joint statement reiterated their loyalty pledge to strengthen the alliance, wanting to focus instead on their preparation for the next general election and a potential takeover of the federal government. Hadi was the first to make such drastic turnabout, saying the unity government idea was ill-conceived – even by Umno themselves – and that PAS was only willing to “engage” Umno/BN on specific issues and not on Malay and Islamic unity as reported in the past.

_______________________________________________________

Sebenarnya tidak sukar untuk mengenal pasti NIAT PAS apabila membuat kenyataan bersama dengan DAP dan PKR selepas membaca berita di atas. Jelas, matlamatnya hanya satu - KUASA. Malangnya, ia bukan atas tujuan untuk menegakkan syiar Islam dan mengangkat kedudukan kaum Bumiputera, khususnya orang Melayu, hanya demi mendapatkan KUASA.

Mungkinkah PAS begitu percaya bahawa adalah lebih mudah untuk membentuk negara Islam dan menegakkan syiar Islam bersama dengan DAP dan PKR? Adakah PAS sangat yakin bahawa mereka akan mempunyai kerusi yang cukup untuk menjadi parti dominan di dalam kerajaan baru (seperti UMNO dalam BN).

Saya fikir Hadi dan Nik Aziz mungkin lupa akan sejarah empayar Islam Othmaniah yang dipecah belahkan kerana pemimpin atau ketua negaranya digula-gulakan dengan kuasa untuk memerintah negara sendiri oleh kuasa kolonialisme. Akhirnya, kerajaan Othmaniah tumbang dan empayar Islam runtuh bersama pemisahan sempadan-sempadan kuasa pemimpin Islam yang di`broker'kan oleh kuasa-kuasa kolonial.

Hari ini sahaja begitu ramai penyokong Pas yang bingung memikirkan nasib perjuangan yang selama ini mereka laungkan, iaitu untuk menegakkan negara Islam, undang-undang Islam dan syiar Islam. Seperti saya, saya yakin mereka juga gelisah untuk melihat rupa bentuk Negara Islam atau Negara Sekular di bawah kerajaan baru DAP, PKR dan PAS.

Mungkin Hadi dan Nik Aziz `buta hati dan akal fikiran' akibat kuasa dan janji-janji Anwar dan DAP. Namun saya percaya ahli-ahli dan penyokong Pas tidak buta sejarah dan sebodoh yang mereka sangka. Mereka juga tidak akan taat membuta tuli.

Mereka membaca sejarah keruntuhan kerajaan Islam sebelum ini dan mereka faham akan nasib umat dan agama Islam apabila para pemimpin tersilap congak akan jumlah kerusi kuasa. Mungkin juga Nik Aziz lupa kata-kata DAP tentang hasrat PAS sebelum ini dan segala yang pernah dikatakan oleh Karpal, Theresa Kok dan Kit Siang, tetapi saya percaya penyokong dan symphatisers PAS tidak begitu mudah melupakan segala kata-kata dan perbuatan mereka.

Saya melihat walaupun perkembangan ini adalah positif untuk UMNO, namun ianya tidak begitu menggembirakan untuk umat dan agama Islam. Apa yang berlaku di Perak di bawah Nizar adalah contoh yang paling hampir dan mudah.

1 comment:

Unknown said...

itulah yang dinamakan, gila kuasa, tunduk kepada anwar ibrahim dan lim kit siang. UMNO for sure, jangan sesekali mengikut rentak mereka kerana agenda mereka adalah rampasan kuasa. UMNO masih relevan. Langkah mayat ku dulu, PR nak berkuasa...Sedarlah Melayu kelibat PR ini, mereka bukan sahaja menjatuhkan kaum mereka sendiri, malah kaum-kaum lain di tanahair tercinta semata-mata kuasa dan RM yang ada.

Popular Posts