Wednesday, May 27, 2009

Dilema Nizar - Makan salah, tak makan lagi salah...

Semalam Nizar melancarkan MOGOK LAPAR Pakatan Pembangkang; maka sepatutnya dia juga MOGOK LAPAR bersama mereka. Namun bila para Mufti mengatakan MOGOK LAPAR itu HARAM dan selepas para blogger Muslim menyerang beliau dan mendakwa beliau sebagai tidak Islamik; beliau menafikan beliau mahu MOGOK LAPAR sebaliknya menyatakan bahawa beliau akan berpuasa sunat bagi mendapat keredhaan Allah SWT. Malangnya PUASA SUNAT dengan niat menunjuk-nunjuk adalah RIYA' manakala bila niat berpuasa sunat bukan kerana Allah SWT, maka amalan tersebut menjadi ROSAK. Malang sekali lagi buat Nizar kerana apabila beliau mengisytiharkan kepada dunia bahawa dia berpuasa sunat, maka dia kena berbuka puasa Maghrib semalam. Jika dia tidak berbuka maka, dia telah melanggar sunnah Rasulullah SAW bila berpuasa. Bila dia berbuka, maka MOGOK LAPAR TIGA HARI terbatal dengan sendirinya. Bila berustazkan Nga, maka sesatlah Nizar. Walaupun tahu pemimpin besar negeri itu sesat larat, tetapi entah mengapa Pemuda PAS Perak sudah tidak bersuara? Di mana mereka? Apakah mereka kini sudah mula menjadi bacul kerana mahu menjaga periuk nasi sendiri; atau sudah menjadi assabiah; atau sudah menjadi sekadar rubber stamp kepada DAP? PAS - "Dulu Membangun Bersama Islam", sekarang "MEMBANGUN BERSAMA DAP" - maka tertinggallah perjuangan Islam, sekadar `lip service' semasa pilihan raya. Allahuakbar.

(Gambar hiasan - Mungkinkah Nik Aziz sedang berdoa memohon ampun dan menyesal kerana dulu dia pernah kata Tuhan pun mencarut; akibatnya sekarang PAS dah kelam kabut?)

8 comments:

Anonymous said...

cakap siang pandang2 cakap malam dengar2...satu kenyataan ader beribu makna...lebih baik tanyer tuan badan daripada menabur fitnah..ape yang saya faham daripada kenyataan DS Nizar, beliau mengajak orang islam berpuasa sunat bersama2 dengan dier..puasa sunat pun salah ke???mogok lapar ader undang2 gak ke???suke ati ler nak makan ke tak ke..bukan nyusah sape2 pun..klu sakit jumpe doktor..kalau doktor taknak layan jangan jadi doktor..

sekian...

sapphire_cr@yahoo.com.my

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sdr yg x bernama,

sdr Pemuda Pas Perak ke? tlg baca betul2 report Malaysian Insider psl kenyataan Nga dan Nizar; ooh lupa dengarkan juga press conference Nga yg disiarkan TV, lepas tu cuba fahamkan apa yg berlaku.. Nampak benor tak cherodiknya... ha ha ha

Anonymous said...

ate deme niat puasa tu kerana APA...kerana Allah ke....da tentu niat nyer lain...ape ke benda nye islam nyer???? hukumnye bleh jd haram puasa tu tau ke? bleh jd syirik juga tau...

Anonymous said...

Petikan dari blog http://mesintaipburuk.blogspot.com/

Niat puasa sunat "mogok lapar"...

Puak2 Pas kata mogok lapar tak haram kalau diniatkan sebagai puasa sunat. Jadi tertanya2 juga aku bagaimana niat puasa sunat mogok lapar ni? Sebab Tok Guru tak ajar pula tu. Jadi puas menyelongkar kitab2, agaknya begini lah kot:

"Sahaja aku puasa sunat mogok lapar pada esok hari selama tiga hari kerana Nizar nak jadi MB"

Hemm... sesiapa yang tahu tolong leraikan kekusutan otak aku ini??


kah kah kah

anak lambor said...

apa nak buat tun mereka ni kan ke very very fanatic.kalau umno buat salah deme keta tak bermoral kalau deme buat salah umno lak konspirasi..guru pondok saya ada bgtau tau salah satu tanda kiamat bila yang salah di betulkan

Anonymous said...

Saudara TFaisal,apa ke hal si sapphire_cr@yahoo.com.my tu,marah sangat nampaknya,agaknya dapat badi orangtua Nik Aziz kot? Beginilah orang melayu,lslam keturunan,tak ada kerja berfaedah ke daripada duk sokong kerja orang kafir tu...kalu kita lslam buat cara lslam...! memalukan muka orang melayu negeri lain je..

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sdr tak bernama,

dema ni kat bibir je kata perjuangkan kebebasan bersuara, tp bila kena kritik tak tahan telinga, klu dah telinga nipis jgn masuk politik; diaorg ni bangsa tak boleh terima kebenaran - mana ada betulnya mogok lapar dan posa mcm tu - dari segi syariat dah salah, sapa ckp? bukan kita (yg tak belajar tinggi) saja yg cakap, mufti2 yg cakap..

Kita cuma bagitau kebenaran - jgn ikut ustaz Nga, mufti perak dema belasah, Nga dema ikut - tak ke undi Pas masuk neraka.. :D

Anonymous said...

tun tak berani siar komen sayer..jangan dok tegak kan benang yang basah..dok mencari salah orang kain sendiri terselak nampak anu..jangan bukak aib orang, berdose..

salam dari orang muda..

sapphire_cr@yahoo.com.my

Popular Posts