Tuesday, April 21, 2009

BN tidak perlu bertanding di Penanti

Saya faham kenapa Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Barisan Nasional (BN) bertanding di Penanti. Saya bersetuju dengan sebahagian daripada pandangan beliau, tetapi saya juga mempunyai pandangan yang berbeza.

Hujah saya mudah, sebagai seorang ahli sukan, saya berpegang kepada satu prinsip, dalam semua sukan, jika kita bermain mengikut permainan atau rentak atau game lawan maka kekalahan sudah pasti. Begitu juga jika kita bermain permainan komputer Warcraft ataupun membaca novel 'Romance of Three Kingdom' ataupun menganalisis seni peperangan Sun Tzu, sekiranya kita berperang di gelanggang lawan, maka bersedialah kita untuk kalah sebahagian daripada peperangan.

Bukan soal BN takut atau tidak; kita tidak pernah takut pun untuk berdepan dengan pakatan pembangkang di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Cuma saya mempersoalkan kenapa kita perlu bermain game lawan? Game BN bukan berpolitik sepanjang masa seperti pakatan pembangkang. Game BN adalah memberi khidmat untuk rakyat. Game BN adalah memastikan perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat. Game BN adalah untuk memastikan pertumbuhan ekonomi dan kemakmuran rakyat terjamin. Game BN adalah untuk memastikan kestabilan ekonomi, politik dan negara. Game BN adalah untuk mempertahankan tiang-tiang seri, termasuk Institusi Raja, Rukunegara dan perlembagaan negara.

Bayangkan masa yang terpaksa dihabiskan kerana persiapan pilihan raya. Bukan soal DUIT. Kami exco-exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan Ketua-Ketua Pemuda Bahagian berjuang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang tanpa sebarang peruntukan malah mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk memastikan tugas-tugsa teras Pemuda dilaksanakan dengan lancar dan gerak kerja Pemuda dapat berjalan dengan berkesan.

Soalnya - berpolitik sepanjang masa bukan permainan kita. Sebaliknya berkhidmat untuk rakyat dan menunaikan janji adalah tugas kita. Jadi jangan buang masa - laksanakan tugas kita dan insya-Allah pada Pilihan Raya Umum ke-13, kita akan melihat hasilnya.

Berkhidmat kepada rakyat bukan kekuatan pakatan pembangkang. Lihat sahajalah nasib rakyat di Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Rasanya dalam sejarah politik Malaysia, hanya wakil rakyat pakatan pembangkang sahaja yang meminta wang daripada rakyat untuk melaksanakan tugasnya sebagai wakil rakyat.

Lihatlah nasib rakyat di negeri Perak akibat kekacauan yang sengaja ditimbulkan di negeri itu. Hitunglah pula berapa banyak janji-janji yang gagal ditunaikan di negeri Perak, Selangor, Kedah dan Pulau Pinang. Malah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, sudah hilang jati diri dan hala tuju perjuangan bila bersekongkol dengan Penipu Rakyat.

Hari ini dalam pakatan pembangkang - seorang demi seorang pemimpin mereka disabitkan dengan korupsi, penyalahgunaan kuasa dan perlakuan tidak moral. Mungkinkah akan ada banyak lagi kes jika siasatan dibuat tentang hasil-hasil pembalakan di negeri-negeri pakatan pembangkang?

Dalam sukan ada tindakan untuk merosakkan rentak atau game lawan walaupun terpaksa menerima amaran daripada pengadil atau mengorbankan satu atau dua orang pemain. Dalam politik saya percaya BN perlu melakukan perkara yang sama.

Dalam berperang ada istilah berundur. Berundur bukan bererti kalah. Dalam berperang kadang-kadang telinga tidak boleh nipis bila diprovokasi lawan. Bukan kerana takut. Bukan kerana kita bukan anak jantan. Bacalah Romance of Three Kingdom dan seni peperangan Sun Tzu; berperang perlu ada matlamat; ada tujuan. Ada tempat, tidak perlu berreaksi bila dimaki atau dicaci; ada tempat jangan main-main dengan kita. Jangan kerana hendak menunjukkan kita anak jantan, kita terpedaya dengan perangkap, umpan atau game lawan.
Apakah pandangan saya untuk pemimpin tempatan dan BN yang begitu bersemangat; mahu BN bertanding di Penanti? - Alihkan semangat, tenaga, wang ringgit dan kemarahan yang ada dalam diri masing-masing menjadi semangat dan kesungguhan untuk bekerja meyakinkan rakyat agar mereka memilih BN pada pilihan raya akan datang. It's ok to give out a battle, but not the war. Pertarungan sebenar kita adalah Pilihan Raya Umum ke-13. AYUH, JANGAN BUANG MASA. BEKERJA BERMULA DARI TIGA MINGGU YANG LALU, BUKAN HANYA AKAN BERMULA ESOK!

Mungkin ada pengajaran yang boleh kita ambil dari kata-kata Sun Tzu dalam Art of War;
  • "When a chieftain is fighting in his own territory, it is dispersive ground. On dispersive ground, therefore, fight not."

  • "Move not unless you see an advantage; use not your troops unless there is something to be gained; fight not unless the position is critical."

  • "No ruler should put troops into the field merely to gratify his own spleen; no general should fight a battle simply out of pique. Anger may in time change to gladness; vexation may be succeeded by content. But a kingdom that has once been destroyed can never come again into being; nor can the dead ever be brought back to life."
Kesilapan kepemimpinan BN yang lalu adalah kerana terlalu banyak mengikut game lawan. We did not stick to BN game plan for the past 50 over years. Kita bukan hilang sokongan rakyat kerana kita tidak berubah; sebaliknya kita kehilangan sokongan rakyat kerana kita mahu melaksanakan perubahan yang tidak kena pada masa dan keadaan. 2008 adalah bukti bahawa sekiranya kita bermain mengikut rentak atau game lawan, kita sebenarnya telah memastikan bahawa kita tidak akan menang selesa; mujurlah kita tidak kalah!

6 comments:

Jebat said...

Terima Kasih atas pandangan Tunfaisal ni. Bagi saya org penanti pulak, BN harus lawan kerana demi maruah kami pengundi2 penanti serta ahli UMNO Penanti Khasnya, Baru2 ni pun kami selalu diejek penakut oleh segelintir ahli PKR ni . Biasala setiap pilihanraya mesti ada kos2 yg tertentu tidak terkecuali dgn PKR pun. Lawan Tetap Lawan.

lord said...

inikah exco pemuda baru....hancussss la umno next election. geng 304 jahanamkan umno.

wangklali said...

Tuan,

Apa pun alasan di ADUN Pentanti, kenapa BN tidak gunakan tektik terbaru iaitu letakkan calon kali ini dari keturunan cina dari MCA atau Gerakan di kawasan mejoriti orang melayu itu.

Sapa tahu kali ini nasib menyebelahi BN.

Boleh sampaikan kat DSN tak, mesej ini?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

sdr lord,

saya sebenarnya banyak dapat komen yang tak ada nilai intelektual seperti komen sdr ini, selalunya saya reject saja; tapi saya tergerak untuk publish komen sdr kerana hendak membuktikan apa yang Ayahanda Tun M kata benar - kalau tak bersetuju dgn dia tak apa lah, tapi berhujah mcm ni menunjukkan kepada org lain kebodohan diri sendiri.. :)

Saya yakin bila saya tak bersetuju dengan Ayahanda Tun M sekalipun, saya tidak memalukan diri seperti sdr.. :D

awangku said...

Memang ada baiknya untuk meneruskan PPSMI, tetapi tanpa meneruskan PPSMI adalah lebih-lebih lagi baiknya...bagi membela maruah bahasa dan negara. Bahasa dan negara ibarat lagu dan irama, mustahil terpisah.

taipingmali said...

Tuan,

Saya juga tidak bersetuju BN bertanding. buang masa dan buang duit, menang jadi arang kalah jadi abu.

Biarkan siluncai terjun sendiri.

Popular Posts