Naik meluat mendengar alasan Penasihat Undang-undang (PUU) atau Legal Advisor kementerian-kementerian dalam kerajaan kita. Susah sangat nak saman pemimpin pembangkang walaupun kes nya begitu nyata. Misalnya dalam kes Latheefa Koya fitnah 300,000 warga India tiada IC, saya dimaklumkan kononnya PUU dan Pejabat Peguam Negara menyatakan bahawa kes dakwaan Latheefa ni tidak kukuh la, tiada kes la, apa la, dengan itu Jabatan Pendaftaran Negara tidak boleh menyaman Latheefa.
Malas nak cakap pasal legal la, tapi adik saya lawyer la dan dia buktikan bahawa kalau kita saman, insyaAllah kita boleh menang. Kalau tak saman mana nak menang, betul tak? Kalau kerajaan tidak boleh gerakkan Legal Team yang boleh bertindak secara efektif bagi mewakili kepentingan kerajaan melalui institusi Peguam Negara, maka sudah tiba masanya peranan ini dibuka sedikit bagi membenarkan peguam-peguam swasta bertindak bagi pihak kerajaan.
PUU di kementerian boleh terus buat apa yang mereka buat sekarang ni - bagi alasan... itu tak boleh, ini tak boleh, tak de kes, pejabat Peguam Negara nasihatkan untuk tidak ambil tindakan, tidak boleh bertindak atas arahan Menteri dan KSU...bla, bla, bla, bla..........
Kisah Tun Ammar Adik Kepada Tun Faisal UMB
Jumaat, 24 Mei 2013
Lidah rasmi Pas, Harakah didapati bersalah menyiarkan artikel fitnah terhadap seorang peguam lima tahun lalu, dan diarah membayar ganti rugi kepada peguam berkenaan.
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan keputusan Hakim Mahkamah Sesyen, Rasidah Chik pada 12 Julai 2011 yang memihak kepada peguam tersebut, Tun Mohammad Ammar Aziz.
Hakim Lee Swee Sing memutuskan demikian setelah menolak rayuan Ahmad Lutfi dan tiga yang lain untuk mengetepikan keputusan sebelum ini.
Sehubungan itu, mahkamah memerintahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman dan tiga yang lain membayar ganti rugi RM50,000 kepada Tun Mohammad Ammar.
Swee Sing juga memerintahkan pihak perayu membayar kos mahkamah.
Menurut Swee Sing, mahkamah berpuas hati dengan keputusan Hakim Rasidah yang disifatkannya tepat dan tidak terkhilaf.
Pada 15 September 2009, Tun Mohamad Ammar yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Timur memfailkan saman terhadap Ahmad Lutfi, bekas pemegang permit akhbar Harakah, Halim Arsyat dan pencetaknya, Angkatan Edaran Enterprise Sdn. Bhd. Beliau mendakwa artikel diterbitkan Harakah edisi Isnin, Bilangan 1,391 bertarikh 17 hingga 20 November 2008 berjudul Mukhriz Juga Didakwa Rasuah Politik? berunsur fitnah terhadapnya.
Tak Serik Kalah Dengan Tun Ammar - Harakah Menipu Lagi!
Harakah tak habis-habis menipu, bukan sekali dua penipuan Harakah berjaya didedahkan oleh para bloggers. Malah ada juga artikel berita yang dipadam sebaik sahaja penipuan mereka terbongkar.
Dalam sejarah Pemuda UMNO, seingat saya hanya seorang yang berani menyaman Harakah atas laporan berita fitnah yang disiarkan, individu tersebut seorang peguam bernama Tun Ammar (dalam bulatan gambar di atas).
Kalau lupa rujuk laporan Utusan tahun 2011 :
Memperolehi ganti rugi RM50,000 atas artikel fitnah!
Inilah satu-satunya orang yang menang saman Harakah setakat ini, walaupun Harakah kerap kali menipu - tiada orang berani heret ke mahkamah sebagaimana dilakukan oleh Tun Ammar. Hatta menteri kita sekalipun dilihat segan untuk mengheret Harakah ke mahkamah.
Mungkin disebabkan jarang tindakan undang-undang dikenakan ke atas mereka. Harakah dilihat tidak takut untuk menyebarkan berita berbentuk hasutan dan fitnah. Hari ini melalui laman Facebook, Harakah menipu mengatakan gambar pengundi Bangla beratur untuk mengundi ketika PRU13.
Malang buat admin Facebook tersebut kerana Ketua Tempat Mengundi merupakan orang pertama yang meninggalkan komen dengan mendakwa gambar tersebut merupakan penduduk orang asli, bukannya bangla.
Harakah banyak kali kantoi menipu...
Tetapi sayangnya Menteri hatta SPR takut mengambil tindakan undang-undang sebagaimana dilakukan oleh Tun Ammar...
No comments:
Post a Comment