Azhar Idrus berceramah di Medan Ilmu, tapi bercakap tanpa ilmu....
Kenyataan Azhar Idrus yang terbaru mengenai BR1M menampakkan kecetekan ilmu pengetahuan dan kefahaman beliau mengenai fakta sesuatu perkara. Paling tidak sebelum membuat sebarang kenyataan, buatlah rujukan terlebih dahulu ..
Kenyataan Azhar Idrus ada 3 komponen:-
1. BR1M tidak setimpal dan ia merupakan HAK RAKYAT
2. Kerajaan Malaysia ada harta, kekayaan ini perlu dapat SAMA RATA
3. Rakyat bayar cukai jalan, kereta, beribu-ribu tetapi dapat RM600 sahaja
Apa punya mengarutlah kenyataan ustaz ini...
Pertama, BR1M bukan hak rakyat. Kalau BR1M hak rakyat maka sudah tentulah di setiap negara lain di dunia pun ada BR1M dan sebelum-sebelum ni juga WAJIB adakan BR1M, jika tidak hukumnya berdosa. BR1M bukan hak rakyat, sebaliknya hasil daripada kebijaksanaan dan kemurahan hati kerajaan Barisan Nasional (BN) di dalam menguruskan ekonomi dan membantu kebajikan rakyat.
Kedua, SAMA RATA. Azhar Idrus mungkin terlalu seronok untuk bercakap sampai tak sedar, nada bercakap tu dah macam sosialis dan DAP pula. Kembalilah kepada Islam ustaz, dalam Islam, Islam tidak menganjurkan hasil kekayaan ini dibahagikan secara SAMA RATA, sebaliknya secara adil. Siyasah dalam Islam adalah Siyasah al-Adilah, iaitu siasah yang berteraskan dan bermatlamatkan keadilan.
Azhar Idrus juga perlu faham, bahawa cukai yang dikenakan bukan hak rakyat. Membayar cukai bukan seperti menimpan duit di dalam tabung atau di dalam bank. Duit yang disimpan dalam tabung adalah hak penabung, tetapi duit yang digunakan untuk membayar cukai bukan hak pembayar cukai dan mereka boleh mendapat `refund' sepenuh di akhir tahun.
Sebaliknya cukai adalah SALAH SATU daripada sumber pendapatan kerajaan; dan di dalamnya terdapat hak pembayar cukai, hak rakyat termasuk yang tidak membayar cukai dan hak pemerintah, iaitu hak untuk menguruskan pendapatan negara berdasarkan polisi yang digariskan dan diluluskan.
Ketiga, kenyataan "Rakyat bayar cukai beribu-ribu tetapi hanya dapat RM600 sahaja" adalah kenyataan yang mencerminkan kedangkalan dan kecetekan pemikiran Azhar Idrus dan berunsur FITNAH.
Elok Azhar Idrus fahamkan carta Bajet 2014 ini baik-baik. Cukai yang rakyat bayar BUKAN UNTUK BR1M SEMATA-MATA2
Apa yang rakyat dapat lagi sebenarnya dalam Bajet 2014....
Dalam Sektor Pendidikan - Apa yang rakyat dapat?
Apa lagi rakyat dapat?
Inilah masalah bila golongan seperti Azhar Idrus ni bila malas membaca. Sedangkan Rasulullah saw pun diperintah Allah swt untuk membaca - `Iqra' - Azhar Idrus ni nampaknya macam tak nak ikut Rasulullah saw dan perintah Allah la pulak...
Malangnya begitu ramai yang menganggapnya benar kerana kononnya ia datang daripada seorang yang mempunyai ketinggian ilmu luar biasa. Latar belakang Azhar Idrus .
Tu laaa... jangan suka sangat panggil orang "bod..doooh" ..... tak baik.. dosa..
3 comments:
Ko dah silap Bro. Ko harap apa dari ustaz ni? Ni ustaz sex lah. Mana ada orang boleh cakap pasal telan air mani depan orang beribu ? Dia jer..
ooo patutla :)
masalahnya...melambak2 ketirisan duit pembayar cukai kat dlama pemerintahan rejim bn..benda ni pun jabatan audit tahu...tp kenapa korang sume tak tegur pemimpin umno benda ni......ke ada hak dalam islam pemimpin boleh guna duit cukai ni sesuka hati?
Post a Comment