Wednesday, January 4, 2012

Fatwa Azhar Idrus: Rupanya ramai orang Pas tak tahu hukum


Bab muzik dan nyanyian ni ramai di kalangan kita orang UMNO dah tahu. Cuma orang Pas je yang suka haramkan semua benda tanpa menggunakan ilmu dan aqal. Penjelasan ustaz Azhar Idrus bukan sesuatu yang asing bagi kita, masa di sekolah menengah pun, kita dah tahu dah jawapannya. 

Malangnya berdasarkan usrah, tazkirah dan pemerhatian kita, majoriti pemimpin, ustaz, ustazah dan pengikut Pas memang cepat menjatuhkan hukum mengikut nafsu dan menjadikan muzik dan nyanyian haram. Dalam kes yang lebih ekstrem, TV dan radio pun diharamkan. Belum termasuk penyanyi dan pemuzik yang dihina sebagai syaitan manusia dan pengamal maksiat.

Sebab itu ramai yang melihat bahawa pendekatan dan kefahaman yang dipegang oleh majoriti pemimpin dan pengikut Pas pendekatan dan kefahaman yang ekstrem, sedangkan apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap tu, kita dah tau lama dah...

6 comments:

Anonymous said...

berhujah tanpa dalil yang soheh. longgar dan sangat meragukan, jika di peringkat universiti tidak mendapat sebarang markah.

kecuali bagi orang2 yang kosong ilmu agama...main goreng je macam goreng gitar.

Anonymous said...

erm yg dok sebar segale haram musik bergitar mende2 tu geng2 blog umno gak... musik yg haram tu bile melalaikan dan mengandungi maksiat.. tu pasal haram.. dedah aurat.. kompem maksiat.. patu org len tgok.. lagi la bertambah2.. org pas memang tau music tu tak haram bile unsur musik tu tak melalaikan dan tak mngandungi kemaksiatan.. yg sbnrnye tak tau nye org2 yg da bermusik.. ngan ade pompuan2 bukak aurat.. tayang sini tayang sane.. then pkir mende tu tak haram~ insaf la kalian.. insaf la.. yg semakin mendekati kite tu memang kehidupan.... tapi kehidupan di akhirat.. pkir2 kan la sal islam.. pkir2 kan la

Anonymous said...

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya”. [Surah An-Nuur: 30-31]

“…Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya…”. [Surah Al-Ahzab : 32]

Wanita hanya dibenarkan mempersembahkan nyanyian atau nasyid hanya untuk kalangan mereka sahaja dan tidak boleh dihadapan khalayak lelaki.

Apa lagi kalau menyanyi lagu2 cinta dan pakaian terdedah sana terdedah sini dan separuh bogel... nih org UMNO sukerla...

Anonymous said...

Rasulullah bersabda:
“Nanti pasti ada beberapa kelompok dari umatku yang menganggap bahwa zina,sutra,arak dan musik hukumnya halal (padahal semua itu hukumnya haram !!!).” (Hadis shahih diriwayatkan Al Bukhari dan Abu Dawud)

ko nih xpernah baca hadith kot @ xpernah nk g ceramah @ mmg ko xminat belaja ilmu agama

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

heh3 baca hadis pun tengok konteks la beb - skrg ni bukan stakat org Pas terima perkara mcm arak, zina, hiburan sbgai halal, malal perkara bersangkutan dgn aqidah, spt sosialisme yg dianuti dap & pkr sbg halal. sbb itu aku sebut - org pas ni pemikiran dan pendekatannya ekstrem, sbb tu org UMNO lebih moderat dan wasatiyyah; tp bukan mcm kumpulan yg menggelar diri mereka Islam liberal. pemikiran2 Pas selama ii mmg ekstrem - org Islam yg pernah mengikuti usrah dan latihan Pas spt saya sgt faham akan perkara ini, tp skrg Pas dah berubah - ada yg jd munafiq berpura2 jd liberal sbb nak undi dan ada yg memang tidak beramal dgn apa yg dia kata - suka menghukum org lain, mcm bagus sangat - itulah sikap neo-khawarij dalam Pas :)

Anonymous said...

Tun faisal....mengikut daripada tulisan kau..aku rasa kau berfikir seprti kau menghalalkan arak, hiburan melampau, maksiat..baiklah kau insaf..ustaz azhar mengatakan pendapat bahawa hiburan boleh tapi jgn smpai meninggalkan solat..lagha...kau kena paham..moga kau dpat hidayah..

Popular Posts