Wednesday, March 4, 2015

FAQ - Wajarkah Anwar diberi kebenaran untuk minum teh dengan YDP Agong dan menghadiri sidang Parlimen

Latar belakang
  1. Desakan dibuat atas dasar konon proses rayuan pengampunan keatas Anwar yang disabit dengan kesalahan meliwat dan dihukum 5 tahun penjara sudah bermula dengan penyerahan petisyen oleh isteri & anak-anak Anwar kepada wakil Istana Negara petang Isnin 24 Feb.
  2. kenyataan dikeluarkan oleh pejabat Speaker Dewan Rakyat memaklumkan kedudukan kerusi Permatang Pauh kekal sehingga keputusan petisyen pengampunan itu diputuskan.
  3. Atas dasar itu, timbul desakan agar Anwar dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat kerana ditafsirkan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan Ketua Pembangkang masih kekal.

Apakah status Anwar? 
  • Penjenayah dan banduan yang sedang menjalani hukuman penjara 5 tahun

Adakah Anwar telah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen?
  • berdasarkan Perkara 48 Perlembagaan Persekutuan:-
  1. Perkara 48, 1(e) – (Kehilangan kelayakan menjadi Ahli Parlimen apabila) - dia telah disabitkan atas suatu kesalahan oleh sesuatu mahkamah di Persekutuan dan dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang daripada dua ribu ringgit dan dia tidak mendapat pengampunan bebas; 
  2. Perkara 48, 4(c) – jika dalam tempoh yang dinyatakan dalam perenggan (a) atau tempoh selepas pemberesan rayuan atau prosiding mahkamah yang lain yang dinyatakan dalam perenggan (b) ada difailkan suatu petisyen bagi pengampunan, maka kehilangan kelayakan itu hendaklah mula berkuat kuasa sebaik sahaja petisyen itu dibereskan.
  3. Perkara 48, 5 – Fasal (4) tidaklah terpakai bagi maksud penamaan, pemilihan atau pelantikan mana-mana orang ke mana-mana satu Majlis Parlimen, yang bagi maksudnya kehilangan kelayakan itu hendaklah berkuat kuasa sebaik sahaja berlakunya kejadian yang disebut dalam perenggan (e) Fasal (1) atau dalam Fasal (2), mengikut mana-mana yang berkenaan.


Wajarkah Anwar dibenarkan menghadiri sidang Parlimen?

Tidak wajar kerana:
  1. Statusnya sebagai BANDUAN tetap kekal walaupun sedang menanti proses rayuan pengampunan.
  2. Perkara 48 hanya mengenai soal kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen, bukan (i) hak kehadiran sidang Dewan sebagai Ahli Parlimen, (ii) keistimewaan atau perlepasan dari mematuhi peraturan penjara
  3. Kesan petisyen bagi pengampunan di bawah Perkara 48 (1)(c) hanya untuk menyatakan bahawa Anwar masih kekal dengan status sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh (i) kerusi Permatang Pauh tidak boleh diistiharkan kosong untuk SPR mengumumkan Pilihan Raya Kecil. (ii) dan masih berhak menerima elaun wakil rakyat
  4. Perkara 42 Perlembagaan - "YDP Agong adalah berkuasa mengampun dan menangguhkan segala HUKUMAN mengenai segala kesalahan yang dilakukan...", bermakna kuasa dan bidang kuasa YDP Agong "memberi ampun" hanyalah berkaitan HUKUMAN bukan SABITAN KESALAHAN. Anwar tetap telah didapati bersalah atas kesalahan jenayah oleh Mahkamah Persekutuan.
  5. Anwar tidak menghantar petisyen pengampunan, sebaliknya petisyen tersebut adalah daripada ahli keluarganya
  6. Petisyen pengampunan yang dibuat BUKAN untuk MEMOHON PENGAMPUNAN atas kesalahan Anwar tetapi kerana lebih kepada PETISYEN RAYUAN kerana mendakwa Anwar adalah mangsa politik dan tidak diberi keadilan.


Apakah hak seorang banduan di bawah Undang-undang Penjara

  1. Seseorang Banduan hendaklah terus dikekalkan didalam tahanan penjara menjalani hukumannya melainkan dalam keadaan terhad dia boleh dibawa keluar dengan kawalan ketat dan tanpa dibebaskan, antaranya:
  2. Jika dia perlu dibawa ke Hospital untuk menjalani rawatan yang tidak boleh disediakan oleh Penjara;
  3. Menghadiri perbicaraan Mahkamah setelah Mahkamah yang berbidangkuasa mengeluarkan sapina kehadiran;
  4. Lain-lain keadaan yang dibenarkan di bawah undang-undang Penjara, tetapi tidak termasuk menghadiri sidang Dewan Rakyat, menghadiri perkahwinan anak walaupun sebagai wali, menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah syarikat dan apa lagi minum teh di luar penjara.


Sumber Rujukan

No comments:

Popular Posts