Semalam Blogger Raja Petra mendedahkan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) dan dua lagi pegawai BNM sebagai di antara suspek utama pembocoran maklumat siasatan ke atas 1MDB.
Umum menerima penafian ini, bagaimanapun siasatan terhadap suspek mesti diteruskan dan diperhebatkan lagi dengan turut menyiasat setiap anggota task force yang terlibat.
Latar belakang setiap anggota task force yang terlibat perlu disiasat, termasuklah dari segi hubungan silam mereka dengan media barat dan media pro pembangkang, komunikasi mobil, perjalanan-perjalanan ke luar negara, pertemuan-pertemuan di dalam negara, akaun bank peribadi dan keluarga mereka.
Task force perlu dibersihkan daripada anasir-anasir yang tidak mempunyai integriti dan gagal menjaga kerahsiaan bagi menjamin integriti pasukan ini.
Anggota task force ini bukan sahaja tidak amanah dalam melaksanakan tugas, malah secara tidak langsung telah mensabotaj ekonomi negara apabila dengan sengaja membocorkan maklumat siasatan yang belum disahkan dan sebelum siasatan disempurnakan.
Perbuatan membocorkan maklumat siasatan ini adalah satu jenayah yang serius dan telah mengakibatkan spekulasi liar yang menjejaskan ekonomi negara.
No comments:
Post a Comment