Kenyataan media oleh 1MDB. 18 Julai 2015
Perkembangan terbaru mengenai Pelan Rasionalisasi
Untuk menangani cabaran-cabaran yang dihadapi oleh syarikat, 1MDB memulakan sebuah kajian strategik pada bulan Januari 2015, yang mana hasilnya telah diumumkan pada 18 Februari 2015.
Kajian strategik tersebut mengenalpasti keperluan untuk menyatukan aktiviti-aktiviti syarikat, meningkatkan tadbir urus korporat dan menjana dana (monetise) daripada aset-aset untuk mengurangkan hutang syarikat.
Hasil serta merta daripada kajian strategik tersebut adalah pelaksanaan usaha sama pada bulan Mac 2015 dengan Lend Lease dari Australia untuk membangunkan 17 daripada 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX).
Dengan tidak mengambil kira kejayaan awal ini dan hakikat bahawa 1MDB adalah 100% dimiliki oleh Kerajaan Malaysia, kami menjadi subjek kepada kempen berterusan dan tidak berasas yang bermotifkan politik oleh beberapa ahli politik pembangkang tertentu dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, yang disokong pula oleh beberapa saluran media cetak dan online tertentu.
Pihak-pihak ini bukan sahaja melemparkan fitnah terhadap 1MDB malah menggunakan pelbagai cara untuk mensabotaj urusan perniagaan harian syarikat, yang mana memberikan impak terhadap, antaranya, cadangan Tawaran Awam Permulaan (IPO) oleh Edra Global Energy. Pelbagai dakwaan tidak berasas dilemparkan, antaranya, “RM42 bilion hilang” dan “aset berjumlah RM16 bilion tidak bernilai” serta dakwaan bahawa 1MDB telah bersubahat untuk menyalurkan dana kepada pihak ketiga.
Walau bagaimanapun, 1MDB dan pemegang saham 100% syarikat, iaitu Kerajaan Malaysia, kini sedang dalam proses melaksanakan sebuah pelan rasionalisasi, yang telah dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015. Sejak itu, 1MDB telah mengambil pelbagai langkah konkrit untuk mengurangkan hutang syarikat dan memastikan nilai maksimum dihasilkan.
Khususnya, kami telah melangsaikan pembayaran semula pinjaman USD975 juta (kira-kira RM3.6 bilion) pada 8 Jun 2015. Ini dilakukan setelah perjanjian kertas terma yang mengikat (binding term sheet agreement) dimeterai dengan IPIC yang akhirnya akan mengurangkan kira-kira RM16 bilion hutang 1MDB.
Pada 30 Jun 2015, kami mengumumkan niat kami untuk melantik penasihat hartanah bebas untuk membantu mengkaji ekspresi minat (expressions of interest) yang diterima untuk tanah-tanah syarikat di Air Itam dan Pulau Indah.
Secara berasingan, seperti yang diumumkan oleh penasihat hartanah bebas kami C H Williams Talhar and Wong, kami telah menerima ekspresi minat (expressions of interest) daripada lebih 40 pihak dari dalam dan luar negara untuk menjadi rakan usahasama pembangunan bagi projek Bandar Malaysia kami yang berkeluasan 486 ekar.
Selain itu, kami mengumumkan pada 16 Julai 2015 bahawa 1MDB telah menerima tawaran indikatif, tidak terikat (non-binding) daripada beberapa pihak, dalam dan luar negara, berkenaaan proses penjanaan dana (monetisation) pelaburan kami dalam Edra Global Energy Berhad.
Secara keseluruhan, langkah-langkah penting oleh 1MDB ini akan menurunkan kadar hutang dengan ketara dan memastikan kemampanan jangka panjang tiga aset utama kami, iaitu TRX, Bandar Malaysia dan Edra Global Energy.
Seperti yang dicerminkan dalam beberapa inisiatif yang sedang dijalankan, 1MDB menumpukan kepada dan sedang mencapai kemajuan yang baik dalam pelaksanaan pelan rasionalisasi kami.
Dalam masa yang sama, pihak syarikat sedang bekerjasama penuh dan memberikan maklumat-maklumat kepada pihak-pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan dengan profesional dan teliti.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Ada beberapa blogger yang saya kenali sebagai penipu. Salah seorang daripadanya adalah Papagomo. Cuma sebelum ini saya fikir penipuannya ber...
-
Wajah si kurang ajar? Sama ada Aduka Taruna ini bermasalah jiwa atau memang salah ibunya mengandung dan salah ayahnya mengajar sehingga dia...
-
Latihan kendalian Biro Tatanegara (BTN) yang pertama saya ikuti adalah pada tahun 1991, iaitu sewaktu menuntut dalam Tahun Satu di Universit...
-
1. SELINGKUH Kenyataan Timbalan Presiden Umno, DS Mohamad Hasan menyebut dalam ucapannya, "begitu juga, pengalaman kita, bekerjasama de...
-
Kelmarin, sewaktu mesyuarat Unit Media Baru (UMB) Wilayah Persekutuan, ramai rakan-rakan blogger dan bukan blogger membuat panggilan kepada ...
-
Saya dok perhati saja video wawancara Dr Muhammed Abdul Khalid ni. Pada saya dia ni terlalu obsessed dengan data, sampai cara dia mentaf...
-
Memorabilia UMB - merekodkan perjalanan UMB dari permulaan sehingga tahun 2012. Seperti yang dijanjikan, ini adalah siri kedua pene...
-
31 Disember 2009, tarikh bermulanya segala kegilaan ini. KUALA LUMPUR, Dec 31 (Bernama) -- The Catholic weekly magazine, Herald, can use the...
-
Seorang rakan Facebook mengatakan bahawa dengan membenarkan penggunaan nama Allah sebagai terjemahan kepada perkataan God dalam Bible , se...
-
Klout score semasa menjelang PRU13 Saya tidak pernah terfikir untuk bertanding apa-apa jawatan di peringkat Pusat. Walaupun begit...

No comments:
Post a Comment