Monday, July 20, 2015

#1MDB: Polis perlu siasat blogger dan truper pro Tun M. @PDRMsia

1. Justo sudah mengaku menjual dokumen dan terlibat di dalam sebuah plot yang bertujuan merosakkan nama Malaysia. Difahamkan bahawa plot tersebut dinamakan "Misi Untuk Menjadikan Najib Razak penjenayah."

2. Persoalannya sekarang, jika plot tersebut wujud, siapa lagi yang terlibat sebagai perencana dan penggerak plot? Bagaimanakah plot ini direka dan dirancang? Apakah dokumen yang dibeli dan dokumen mana yang telah diubah sebegitu rupa, agar plot ini dapat diberikan penceritaan yang berkesan dan menyakinkan.

3. Plot bermula dengan tuduhan "sebanyak RM42 bilion hilang". Tuduhan ini kemudiannya berubah kepada "RM27 bilion yang hilang", seterusnya hanya "USD1 bilion yang hilang" dan akhirnya cuma "USD700 juta sahaja yang lesap".

4. Plot menjadi semakin berbelit dengan tuduhan bahawa pelaburan USD1.83 bilion ke dalam Petrosaudi adalah satu penipuan, dan sebanyak USD700 juta lesap diambil seorang yang bernama Jho Low. Kemudian tuduhan ini beralih kepada Datuk Seri Najib Razak, kononnya USD700 juta wang 1MDB   ini dimasukkan ke dalam akaun peribadi beliau, kemudiannya ia jadi lebih berbelit apabila kononnya RM2 juta dari jumlah USD700 juta ini dimasukkan pula ke dalam akaun peribadi Datin Seri Rosmah Mansor.

5. Petrosaudi telah mengambil langkah yang betul apabila melaporkan penipuan oleh Sarawak Report (SR) ini kepada Jabatan Penipuan dan Jenayah Siber, Polis London. Melalui siasatan yang dibuat, sumber kepada plot ini, iaitu Xavier Andre Justo telah ditahan. Pengakuan Justo kini menjadi asas kepada siasatan susulan ke atas perancang plot atau konspirator yang lain.

6. Justo telah menyatakan bahawa beliau telah menjual data dan dokumen yang asli tanpa diubah. Jadi, jika Petrosaudi mendakwa laporan SR adalah pembohongan, maka terdapat di kalangan perancang plot ini yang telah mengubah dokumen tersebut untuk menjadikannya sebuah cerita yang menarik. Siapa yang mengubah data dan dokumen ini?

7. Dimaklumkan Justo ada bertemu 10 orang perancang plot di Singapura bagi mendapatkan bayaran terhadap pembelian-pembelian dokumen ini. Antara yang dikatakan terlibat adalah
Clare Rewcastle Brown, Tong Kooi Ong, Ho Kay Tat, Tony Pua, Sufi Yusof, Kamal Sadiqque dan Tun Dr Mahathir Mohamad. 

8. Jika Justo tidak mengubah dan memalsukan dokumen, maka berkemungkinan besar 10 orang ini merupakan suspek utama yang mungkin memalsukan dokumen yang diberikan oleh Justo dan yang merangka plot "Misi Menjenayahkan Najib."

9. Jika jumlah yang diminta oleh Justo daripada Petrosaudi sebagai balasan untuk tidak mendedahkan dokumen ini adalah sebanyak USD2.5 juta, berapa banyak agaknya yang dibayar oleh Tony Pua, The Edge; dan/atau 'former key politician' kepada Justo?

10. Polis Thai mendedahkan bahawa kaedah pembayaran yang dibuat kepada Justo adalah sama dengan kaedah 'money laundry'. Dari manakah wang berjuta dollar untuk pembelian dokumen ini diperolehi? Bolehkah 10 orang yang bertemu Justo ini didakwa di bawah Akta Pencegahan Penggubahan Wang atau AMLA?

11. Sedarkah portal berita, blogger dan truper Pro Tun M bahawa mereka terlibat di dalam sebuah plot mengkhianati negara dan mensabotaj ekonomi negara?

12. Justeru, pihak polis wajar segera memulakan siasatan ke atas Malaysiakini, Malaysian Insider, The Edge, Bloghouse, Kelab Che Det dan Saya Sayang Tun Dr Mahathir dan melihat sejauh mana mereka terlibat dalam plot yang jahat ini.

13. Siasatan ini boleh membantu pihak polis mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang bagaimana dokumen ini dibeli, dipalsukan dan diedar menggunakan rangkaian yang terlibat. Siasatan polis ini juga dapat menentukan samada mereka boleh didakwa di atas kesalahan menyebar berita palsu dan berkomplot mensabotaj ekonomi negara.

10 comments:

Quantum Metal Consultant said...

Sejak bila saolan dan pertanyaan jadi satu jenayah?
Jika ditanya, adakah awak membunuh?
Adakah wajar kita menggesa Polis menyiasat orang bertanya itu?

Apa tindakan yang sepatutnya Polis buat?

Kupaslah dulu perkara basic sebelum membuat satu andaian dan persepsi sendiri dari hearsay dan maklumat yang sedang ongoing investigation dan kemudian pula menggesa pihak lain (Polis) melakukan satu tindakan hasil dari angan dan mimpi anda itu.

Semua pihak perlu tunggu keputusan dan dokumen mahkamah sebelum jump to the conclusion.
Polis Thailand bukan malaikat..
Mereka juga terdedah kepada tekanan dan pengaruh pihak luar yang berkepentingan untuk merosakan negara dalam apa keadaan dan kesempatan.

Apakah mereka mementingkan kebenaran ?

Tun Faisal Ismail bin Aziz said...

Sejak bila pula Tun M dan pro tun m menyoal? Mereka memfitnah dan menuduh. Fitnah adalah jenayah. Bila fitnah menjejaskan ekonomi negara ia menjadi jenayah sabotaj ekonomi.

Unknown said...

I don't think we have the right to question Thai Police integrity.

badtamperman said...

Desperado move hendak tutup mulut Tun M dan rakyat. Sudah terlambat bro, Najib and wife dah terlalu banyak scandal. Bro pergi tanya rakyat, badan-badan kerajaan adakah mereka berpuas hati dengan pentadbiran Najib?. Who in the right mind bawa masuk berlian untuk pameran?. Pameran untuk rakyat ke?. Islamic fesyen?. Agak-agak middle income mampu beli?. 1MDB punya business pun kelam-kabut. Tun bertanya Najib jawab dalam TV pun berpusing-pusing sampai adik Najib pun dah fed-up dengan 1MDB. Macam Tun kata, mudah sahaja Najib perlu berundur sampai scandal ni dah selesai, kalau memang tak terlibat atau tak ada apa-apa yang mencurigakan, jadi boleh jadi PM balik but perception pada Najib dah teruk dah. Lebih ikut kata penasihat, bukan ambil nasihat untuk buat decision-making sendiri compare kepada Tun. Pendekkan cerita senang je, Najib is not a natural Leader.

Unknown said...

Kamu ini jangan buat blog ini makin tiada nilai dari segi penulisan , samapi dah tak boleh beza fitnah dengan menyoal, kalau nak jilat najib pun patut- patut la , sampai sekarang najib dan kuncu kuncu asyik menyalak tapi tak saman pun Sarawak report dan WSJ serta Tun M secara resmi tapi kamu pula terlebih stim , apa dah banyak kena daun ketum ka , kalau betul fitnah saman la secara resmi , pasal justo penyangak tu polis thailand sah dia ugut PSI jadi apa kena mengena dengan kerajaan malaysia dan 1MDB sampai hari ini ,siapa pun tak pasti apa dokumen yang di palsu , tapi kamu melalak sakan ,akhir sekali cadangan nak siasiat blogger dan truper pro Tun M , rasa aku cuma orang desperado saja yang selalu buat macam ini , tapi kalau nak try cuba la terutama sekali Tun M tapi aku nak pesan la , bagi tau Najib dan pak pak menteri kamu semua siap sedia la booking bilik di sg buloh , selepas PRU 14. Kerana rakyat semakin meluat.

kakak tua said...

KALAU SOKONG NAJIB SEMUANYA BODOH. SAMPAI BAHASA MELAYU PUN TAK FAHAM...KAKAKAKAKAKAKAK

Quantum Metal Consultant said...

Sistem penghakiman, dasar DEB, Islamisasi Malaysia antara yang dipertikai integritinya diluar negara sejak dari dahulu lagi...

Maksudnya, apa istimeeanya Polis Thai yang ttidak boleh dipertikai integritinya...
Apa sikap Thailand dalam isu MH370...mustahil radar tentera mereka tidak bermaklumat...
Apa sikap mereka tentang isu pemerdagangan dan mayat yang ditemui di sempadan Kedai Thailand...
Apakah Thailand tidah biasa dengan beberapa PM nya yang terlibat dengan rasuah dan penyelewengan..
Apakah Polis Thai bebas dari rasuah?

Labu8455 said...

Minta pecacai termasuk Tun Faizal tolong jawab bagi pihak Najib soalan cepumas ni : Adakah 2.3 billion Ringgit Malaysia dimasukan kedalam account peribadi Mohd Najib bin Abdul Razak di AM Bank seperti yang dituduh oleh WSJ ? Sila pilih satu diantara jawapan berikut : a) YA b) TIDAK dan c) Kita Putar Lagi

Unknown said...

Saya setuju 100% dengan pihak Tun Faisal. Pengkhianat negara ini MESTI ditangkap dan dihadiahkan hukuman berat kerana berkomplot untuk menjatuhkan PM secara TIDAK SAH. Kalau di Korea Utara mungkin mereka yang mengkhianti negara sebegini akan dicampak ke dalam kandang anjing2 ganas dan kelaparan.

Unknown said...

Kalau Tun Mahathir tu aku sanjung lah tapi kalau tun yang ni hehehe segan aku nak cakap.

Popular Posts