GST : FAHAMI KENAPA HARGA BARANG NAIK DAN APA PUNCANYA?
Oleh Lokman Adam
Sebulan telah berlalu, namun hasrat Kerajaan untuk melihat beban cukai yang ditanggung oleh rakyat berkurangan, masih belum dapat direalisasikan. Sungguhpun punca sebenar kenaikan harga barang majoritinya berpunca daripada sikap peniaga yang mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan berlebihan, namun apabila GST itu sendiri gagal difahami, sebahagian rakyat akhirnya mengambil jalan mudah dengan menyalahkan Kerajaan yang melaksanakan GST. Rencana saya ini mempunyai 2 bahagian. Bahagian pertama, apa yang sepatutnya berlaku selepas perlaksanaan GST. Bahagian kedua, kenapa kenaikan harga barang pula yang berlaku secara melampau selepas GST.
PERTAMA
Sepertimana yang kita ketahui, sebahagian besar harga barangan sebelum perlaksanaan GST sudahpun mempunyai elemen cukai jualan sejak tahun 1972. Kadar cukai jualan ialah 5%,10%,20% atau nilai spesifik. Semenjak tahun 1975 pula kita sudah ada Cukai perkhidmatan pada kadar 6% atau nilai spesifik seperti yuran Tahunan Kad Kredit RM50 setahun. Dalam masa yang sama, dibawah sistem lama SST, wujud elemen cukai bertindih. Contohnya, kalau kita makan maggi dirumah, kita cuma bayar cukai jualan 5%, tapi kalau makan maggi di Restoran Pelita umpamanya, kita akan membayar cukai bertindih sebanyak 11% iaitu 5% cukai jualan + 6% Cukai Perkhidmatan. Ini bererti, cukai jualan dan perkhidmatan yang telah kita hapuskan ialah dari 5% ke 26%.
Selain dari cukai yang tinggi kadarnya, kita juga terpaksa membayar cukai berganda dan bertingkat. Contohnya, seorang pengilang kasut (yang tidak memperoleh pengecualian cukai), perlu membayar cukai jualan 10% untuk beli getah bagi membuat tapak kasut dan 10% bagi membeli kulit. Katakanlah kos bagi membuat sepasang kasut termasuk gaji pekerja, sewa kilang, bil utiliti dan lain-lain adalah RM80 dan jika dia mengambil untung RM20 untuk sepasang kasut, maka kasut tersebut akan dijual kepada pemborong dengan harga RM100. Ketika kasut tersebut dijual kepada pemborong, cukai jualan 10% akan dikenakan oleh pengilang kepada pemborong. Ini bermakna, harga kasut itu sudah mempunyai elemen cukai diawal rantaian perniagaan dan harga kasut tersebut menjadi RM110 sepasang. Jika pemborong mengambil untung 20%, maka dia akan ambil RM22. RM 20 memang hak mereka, tapi RM 2 yang pemborong ambil merupakan cukai terselindung dan cukai atas cukai atau dipanggil cukai berganda. Begitulah juga bila peruncit membeli kasut tersebut, bila mereka mengambil untung 30% umpamanya, mereka akan mark up bukan hanya ke atas harga barang, sebaliknya mereka akan mark up 30% ke atas cukai sama. Ini dipanggil cukai terselindung dan cukai bertingkat. Akhirnya,
jumlah cukai yang rakyat kena bayar sebenarnya adalah RM15.60, manakala yang sampai kepada kerajaan cuma RM10. RM 5.60 telah dikaut oleh pemborong dan peruncit sebagai sebahagian dari keuntungan mereka. Harga kasut yang asalnya RM100, akhirnya berharga RM171.60. (rujuk infografik yang disediakan)
Selepas GST dilaksanakan, pengilang tadi hanya perlu bayar 6% bila membeli kulit dan getah. Akan tetapi, mereka boleh menuntut semula cukai input yang mereka bayar sebanyak 6% itu bukan hanya terhadap pembelian getah dan kulit, malah mereka boleh juga tuntut cukai input yang mereka bayar ke atas bil air, api, telefon dan pelbagai perkakas kilang yang lain. Ini mengakibatkan kos pengeluaran menjadi lebih murah kerana tiada lagi elemen cukai dalam menghasilkan kasut tersebut. Sungguhpun begitu, akan ada pengilang yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan dengan mengekalkan harga kasut itu pada harga RM100. Apa yang pengguna harus buat ialah mereka harus melaporkan aktiviti pengambilan untung berlebihan ini kepada KPDNKK. Ini adalah kerana perbuatan tersebut menyalahi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.
Dibawah sistem GST pula, bila kasut tersebut dijual kepada pemborong, pemborong akan dikenakan cukai input sebanyak 6%. Tetapi kali ini pemborong hanya akan mark up 20% dari harga kasut. Mereka tidak akan mark up pada nilai GST yang dibayar. Ini adalah kerana, bila kasut tersebut dijual kepada Peruncit, Pemborong boleh tuntut semula cukai input yang telah dibayar sebanyak RM6 tadi sebaik sahaja mereka menjual barang tersebut kepada peruncit. Begitu juga peruncit, jika mereka mark up 30% sepertimana sebelum GST, mereka hanya akan mark up dari nilai harga kasut, bukan sekali dengan cukai. Ini adalah kerana, mereka juga boleh menuntut cukai imput yang mereka bayar. Kesimpulannya, sistem percukaian baru GST ini sememangnya boleh mengurangkan harga barang kerana kadar cukainya yang lebih rendah serta penghapusan cukai berganda, bertingkat dan bertindih.
KEDUA
Walau bagaimanapun, apa yang kita harapkan melalui GST ini belum nampak kesan positive secara menyeluruh lagi. Berikut disenaraikan punca kenaikan harga barang yang dapat dikesan sepanjang tempoh sebulan ini :
1. BARANGAN YANG TIDAK DICUKAI SEBELUM INI
Terdapat sesetengah barangan sebelum ini tidak dikenakan cukai jualan, tetapi di bawah GST, ianya dikenakan cukai. Contohnya, cukai jualan ke atas telefon bimbit telah dihapuskan tahun 2011, malah setahun dua yang lalu kerajaan memberikan pula vaucher telefon pintar RM250 kepada anak muda berusia 21 tahun ke bawah. Bila kini sudah ramai pengguna telefon pintar dan tiada lagi pengecualian diberikan, memang ianya mengakibatkan kenaikan harga telefon bimbit.
2. STOK LAMA YANG TIDAK BOLEH DITUNTUT CUKAI JUALAN
Bila datang tarikh 1 April, kebanyakan kedai-kedai masih mempunyai stok lama. Stok lama ini boleh dituntut cukai jualan yang telah dibayar. Namun sekiranya ianya sudah digunakan sebahagiannya, maka cukai jualan ke atas produk tersebut tidak boleh dituntut. Ini adalah kerana cukai jualan hanya boleh dituntut semula jika barangan tersebut masih sempurna (intact) atau dalam bungkusan. Contohnya, jika seorang tukang jahit masih ada segulung kain yang baru digunakan untuk membuat sehelai baju, maka selagi gulungan kain itu belum habis digunakan, selagi itulah harga baju yang dijual oleh tukang jahit itu akan mempunyai elemen cukai jualan + GST. Ini juga akan menyebabkan harga baju naik berbanding sebelum GST.
3. PENIAGA TIDAK MENUNTUT CUKAI JUALAN
Stok yang dibeli sebelum April 2015 telah dikenakan cukai jualan, sehubungan dengan itu, para peniga perlu menuntut semula cukai jualan ini. Malangnya, cukai jualan hanya boleh dituntut oleh si pembayar cukai iaitu pengilang. Ini bererti, si peruncit perlu tuntut dengan pemborong, pemborong tuntut dengan pengilang dan hanya pengilang boleh menuntut dengan kastam. Kesukaran menuntut cukai jualan inilah yang mengakibatkan hanya 3 daripada 75,000 orang peniaga yang layak menuntut cukai jualan, telah menuntut cukai jualan tersebut. Inilah yang menyebabkan peniaga-peniaga ini memindahkan beban membayar GST kepada pelanggan mereka. Perkara ini juga menyebabkan kenaikan harga barang kerana ianya sudah menjadi cukai jualan + GST.
Ini juga bermakna, peniaga-peniaga yang telah mengurangkan harga barangan jualan mereka atau mengekalkan harga lama, sebenarnya telah memotong margin keuntungan mereka bagi mengekalkan atau mengurangkan harga barang. Konsep begini juga sebenarnya tidak bagus untuk peniaga dalam jangka masa panjang. Mereka sepatutnya menuntut cukai jualan terlebih dahulu, menurunkan harga barang dan mengenakan GST.
4. PENIAGA AMBIL KESEMPATAN
Ada dikalangan pengilang tetap menjual produk mereka pada harga lama walaupun kos pengeluaran produk mereka berkurangan selepas tiada lagi elemen cukai. Sebaliknya, mereka memindahkan tanggungjawab membayar GST kepada pemborong. Ini menyebabkan Pemborong menaikkan harga barang yang mereka jual kepada peruncit.
5. KURANG FAHAM SISTEM GST
Ada juga dikalangan peniaga yang dengan sewenang-wenangnya mengenakan GST sedangkan mereka tidak mendaftar dengan kastam serta tidak mempunyai Nombor Pendaftaran Kastam. Kenaikan harga juga boleh berlaku sekiranya peniaga-peniaga ini mengenakan GST ke atas harga keseluruhan semua produk jualan mereka tanpa mengira ianya Pembekalan Standard, Pembekalan Sifar atau Pembekalan Dikecualikan. Ini bermakna barangan yang kadar GST nya 0% dan dikecualikan GST turut di kenakan kadar 6%.
6. SABOTAJ
Sejak pengumuman yang dibuat oleh YAB Perdana Menteri pada 25 Oktober 2013, sudahpun ada peniaga yang sengaja menaikkan harga barang walaupun GST hanya akan dilaksanakan 17 bulan selepas itu. Malah dengan biadapnya mereka meletakkan gambar PM dan Isteri untuk dipersalahkan atas kenaikan harga ini. Mereka ini terdiri daripada peniaga-peniaga pro pembangkang. Mereka menggunakan GST sebagai alasan untuk mengaut keuntungan berlebihan dan dalam masa yang sama mengharapkan tindakan mereka itu akan menaikkan kemarahan rakyat dan sekaligus memudahkan mereka menjatuhkan kerajaan. Bagi mengatasi masalah peniaga yang mengambil kesempatan dan curang ini, rakyat harus dididik supaya berani melaporkan penyelewengan yang dilakukan oleh peniaga-peniaga ini kepada KPDKK di talian 1-800-866-800 atau melalui aplikasi yang disediakan.
Saya yakin, kenaikan harga barang dengan menggunakan alasan GST ini akan stabil dalam masa 6 bulan ke setahun. Sebagai contoh, jika ada 80% peniaga yang mengambil kesempatan dan 20% peniaga yang tidak mengambil kesempatan. Persaingan yang akan diwujudkan oleh kumpulan 20% ini pasti lambat laun akan menarik golongan yang 80% tadi. Dengan syarat, kempen 3M harus dilancarkan dan digerakkan oleh rakyat dan media. 3M yang saya maksudkan ialah Memilih, Melapor dan Memboikot. Berpandukan shoppers guide yang disediakan oleh KPDNKK, pengguna harus memilih kedai yang menjual pada harga yang paling baik. Mereka perlu melaporkan jika ada pihak yang mengambil kesempatan atau menipu. Selepas memilih dan melapor, mereka harus menghebahkan kepada orang lain termasuk melalui media elektronik, media cetak dan media baru tentang kedai pilihan mereka dan kedai mana yang wajar diboikot. Saya yakin lambat laun jika peniaga-peniaga ini masih berdegil untuk mengambil kesempatan, mereka pasti akan berhadapan dengan risiko gulung tikar.
Saya satu punca kenapa GST sukar difahami adalah kerana pemahaman tentang GST ini hanya boleh dicapai melalui penerangan dan tulisan panjang-lebar mengunakan bahasa rakyat yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat. Malangnya, untuk menghabiskan bacaan rencana ini contohnya, sudah pasti ramai juga diantara kita yang syahid ditengah jalan. Ini belum lagi diminta untuk menjawab pembangkang atau mematahkan hujah pembangkang. Itu sebabnya ramai yang gagal menyahut cabaran untuk memikul tugas besar menerangkan kepada rakyat tentang GST. Lebih mengecewakan, bila mereka sendiri tidak faham tentang GST, mereka mula mengiakan segala fitnah dan tohmahan terhadap GST. Keadaan menjadi lebih parah apabila ada pula yang menggunakan GST untuk menjatuhkan pemimpin negara dan mendesak agar GST dibatalkan.
30 April, 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
KENYATAAN MEDIA PERSATUAN KETURUNAN MEGAT TERAWIS MALAYSIA Dan PERSATUAN KELUARGA JAMALULLAIL PERAK Mewakili Waris dan Kerabat D...
-
Tahniah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Terima kasih atas jemputan. Terima kasih juga kepada blogger bebas dan TV Selan...
-
Tiga soalan - keadilan media, pembunuhan altatunya, debat PM - Anwar. Terima kasih kepada Fotoblogger Ammray Lensa Assault kerana b...
-
Forum Air Selangor - 14 Fakta DS Ir Mohd Zin Yang Mesti MB Selangor Jawab! 1. Kerajaan Pakatan Selangor mengadakan Forum Air Selango...
-
Polis Bukit Kepong wira sebenar Oleh Shamsul Kamal Amarudin http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PolisBukitKepongwirasebenar/Article 2...
-
Dalam sebuah bengkel seminar para menteri sempena The British Educational Technology Show (BETT 2007), apabila peserta-peserta dari pelbaga...
-
NOTA : Angin ada. Bunyi ada. Pohon bergoyang. Entah apa kaitannya tak tau la. Tapi mungkin sebab ada monyet... beli popcorn, hot do...
-
Budak PR ni tak de kerja lain selain menipu. Dari Ketua Umum, Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama, suami cikgu Mala sampailah pencacai kelas...
-
1. Keputusan DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong memperkenankan perlantikan Tommy Thomas amat membimbangkan orang Melayu dan umat Islam neg...
-
Saya ketawa besar apabila melihat kenyataan akhbar Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli mengenai pinjaman Bank Dunia. Hairan, bagai...
9 comments:
Artikel di atas hanya berkisar mengenai barangan sahaja. Bagaimana pula dengan perkhidmatan yang hampir kesemuanya gst?
Artikel di atas hanya berkisar mengenai barangan sahaja. Bagaimana pula dengan perkhidmatan yang hampir kesemuanya gst?
Mentaliti org2 melayu skrg yg suka membaca berita bohong berkenaan GST dari mencari , menggali sendiri artikel2 yg menyiarkan tentang kebenaran & kaedah GST itu berjalan antara faktor penyumbang kpd kenaikkan harga barang. bagi warga keyboard warrior yg jujur & amanah , mereka akan menyampaikan maklumat berkenaan GST dgn sebaik mungkin , setelah mentelaah dan memahami bahan bacaan berkenaan gst yg mereka baca kpd golongan yg 'malas' membaca.Bagi golongan keyboard warrior yg hasad & pro pembangkang , mereka akan menokok tambah segala putar belit yg mereka dapat dari laman2 web pembangkang dan menyebarkan juga kepada golongan malas membaca itu.seharusnya golongan yg malas membaca (lebih suka dengar penjelasan org dari mencari sendiri kebenaran ) itu mengubah sikap masing2.sejak kecil kita di ajar oleh guru2 di sekolah bahawa , membaca itu adalah gerbang ilmu , jambatan ilmu.Allah swt juga menurunkan ayat membaca "IQRA" kpd nabi SAW. PILIHAN di tangan masing2..mahu menjadi umat yang malas & mudah diperbodohkan atau pun mahu menjadi umat yg rajin ,cerdik dan tidak mudah diperdaya .Tepuk dada , tanya diri sendiri masing2.kita mahu jadi umat yg mana.
Kurang faham saya tentang GST selain apa yang saya nampak ianya menambahkan beban pada rakyat walau apa pun status mereka. Sebagai contoh, sebelum ni saya cuma perlu bayar cukai perkhidmatan Telikom sebanyak 6 sen tapi kini menjadi RM7.80, guna servis bank kena GST, makan nasi dikedai pun kena GST, guna toilet kencing pun kena GST, lampin bayi susu anak (3 tahun keatas) pun kena GST - mana ada harga barang keperluan yang turun - hampir kesemuanya naik. Hari ini rakyat biasa bukannya ada masa untuk guna kalkulator untuk mengira berapa cukai dulu dan sekarang, berapa pengilang kena bayar dan sebagainya tapi rakyat cuma melihat pada penghujungnya mereka kena bayar cukai dan harga barang keperluan melambung naik dan rakyat biasa yang menanggung peritnya. Tak perlu nak bagi alasan penjual mengambil kesempatan dan sebagainya kerana kerajaan sewajibnya bertanggungjawab memastikan perkara sebegini tidak berlaku sebelum melaksanakan sistem GST kerana rakyat sudah muak dengan alasan demi alasan yang dikeluarkan oleh kerajaan tapi rakyat hendak melihat apa yang baiknya tentang GST seperti yang diheboh hebohkan oleh menteri GST dan kerajaan pimpinan Najib.
Pelaksanaan GST sebenar nya tidak selari dengan apa yang di khabarkan. Ini memang kelemahan pihak kerajaan sendiri kerana "kesesuaian KK" sendiri seolah nya "terlepas pandang" dalam mekanisme GST itu sendiri.
1. Kenapa mesti terpacul 6% dalam bil ? Bukan kah sepatut nya - contoh masaalah telco - wajib nya harga mesti sama/malah kurang, di mana 6% sudah di serap. Ini seolah nya SST tidak wujud dalam telco, tetapi di kenakan GST pula, kenapa ? Kita tahu caj prabayar ada lah satu perkara besar, melibatkan semua lapisan rakyat. Urusan pembelian berlaku setiap masa. Kenapa ambil mudah ?
2. Dalam eko sistem perniagaan, peruncit akhir mendapatkan barangan dari agen, pengedar, membeli stok di pasaraya besar dan seumpàma nya. Bagaimana dengan GST ? Berapa kali rakyat kena bayar dengan harga melebihi harga biasa ? Barangan ini bukan jenis "1 take off." Ia di beli berulang-ulang. Tentu sahaja rakyat bising, barangan ber GST dan bebas GST dalam senarai bil mereka. Tidak keliru ? Perbezaan berbelanja yang menjadikan mereka keliru.
Memang kerajaan menyatakan keoerluan dapurTIADA GST, tambah lagi perniagaan di bawah RM 500,000.00 tidak perlu berdaftar. Kenapa rakyat masih merungut harga di naikkan ?
3. Ini efek rantaian ekonomi. Jika para pemain utama nya tidak di kendali berkoloborasi dalam mekanisme harga, sudah tentu GST bermasaalah. Pembuktian tuntutan SST tidak ramai kerana kemungkinan masaalah teknikal mereka sendiri yang tidak betul rekod akaun nya.
4. Sebaik nya 6% GST di serap selepas SST di lupus keluar. Mekanisme secara otomatik. Jika tidak, bagaimana mungkin kerajaan boleh mengawal pencatutan harga ? Agak mustahil dan ini di lihat apabila ada mengambil kesempatan.
5. GST terhadap barangan wajib GST seharus nya di serap terus. Selama ini rakyat tidak sedar pun kehadhiran SST, tetapi mereka tetap membayar tanpa keluh kesah walaupun para peniaga menaikkan harga konon nya kenaikan harga minyak, nilai pertukaran wang rendah, tiada bekalan dan bermacam-macam madah berhelah mereka. Kita tahu juga majoriti peniaga ini pro pembangkang dan sentimen GST ini kesempatan manipulasi untuk perlekehkan kerajaan, pergunakan "melayu-melayu bodoh pentaksub" berdemo tanpa faedah kecuali melakukan vandalisma, demi upah RM 100 mungkin... Mereka lupa, selama ini, hidup mereka di jaga penuh kerajaan memerintah.
6. Memang sesuatu yang sukar jika sesuatu sistem tidak berfungsi pada awal nya. Ini lah jawapan terbaru Menteri Komunikasi membela telco setelah kastam tidak menyetujui cara telco... malah Ahmad Maslan sentiasa saja melatah... he..he..
7. Jika SST itu sudah di serap lama, tanpa peduli rakyat, sepatut nya GST juga mesti boleh di serap cara yang sama. Paling lama tiga bulan kerana stok atau barangan, seharus nya tidak berada lama dalam simpanan peniaga kerana catatan akaun, pusingan modal dan keuntungan sememang nya dalam perhatian para peniaga, pemborong/pengedar, pembuat/ pengilang pengekspot dan pengimpot. Biasa nya kewangan di nilai setiap suku tahun, setengah tahun dan akhir penutupan akaun untung rugi.
8. Maka sebaik nya kerajaan perlu membuat "post-mortem" setelah sebulan beroperasi dan di lakukan tiap-tiap bulan berikut nya sehingga kestabilan harga berfungsi dengan sendiri nya. Mahfum nya, "baby" ini mesti di jaga dengan rapi sekali kerana ibu nya(rakyat) merasakan telah tertipu dengan laungan penurunan harga...
Model GST negara mana yang Malaysia contohi ?
Pongpang pongpang.. Harga naik.. Apa ni.. Mana fungsi kerajaan..?
Soala saya mudah je... kenapa brg yg dkecualikan gst harganya ttp naik ?
Soala saya mudah je... kenapa brg yg dkecualikan gst harganya ttp naik ?
Saya selalu berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan peminjam yang meminjamkan uang tanpa membayar terlebih dahulu.
Jika Anda mencari pinjaman, perusahaan ini adalah semua yang Anda butuhkan. setiap perusahaan yang meminta Anda untuk biaya pendaftaran lari dari mereka.
saya menggunakan waktu ini untuk memperingatkan semua rekan saya INDONESIANS. yang telah terjadi di sekitar mencari pinjaman, Anda hanya harus berhati-hati. satu-satunya tempat dan perusahaan yang dapat menawarkan pinjaman Anda adalah SUZAN INVESTMENT COMPANY. Saya mendapat pinjaman saya dari mereka. Mereka adalah satu-satunya pemberi pinjaman yang sah di internet. Lainnya semua pembohong, saya menghabiskan hampir Rp35 juta di tangan pemberi pinjaman palsu.
Pembayaran yang fleksibel,
Suku bunga rendah,
Layanan berkualitas,
Komisi Tinggi jika Anda memperkenalkan pelanggan
Hubungi perusahaan: (Suzaninvestment@gmail.com)
Email pribadi saya: (Ammisha1213@gmail.com)
Post a Comment