Wednesday, April 29, 2015

Batalkan GST: Antara Auta dan Fakta

1. Cadangan membatalkan GST bermaksud mahu mengembalikan sistem percukaian lama iaitu SST. Apakah tujuan pencadang ini? Untuk menurunkan harga barangan? Untuk mengurangkan beban rakyat? Atau untuk apa?

2. GST atau SST yang membebankan rakyat? Tidak ada pakar percukaian dunia yang menyatakan SST adalah kaedah cukai yang lebih baik daripada GST. Kenapa?

3. FAKTA pertama, dalam GST, cukai TIDAK menjadi sebahagian daripada kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan. GST tidak seperti SST yang menjadikan cukai sebahagian daripada kos barangan dan di'mark-up' bersama dengan harga barang di setiap peringkat sebelum dijual kepada pengguna. Bila cukai tidak menjadi sebahagian daripada kos, kos pengeluaran menjadi lebih rendah untuk peniaga, seterusnya harga kepada pengguna juga sepatutnya menjadi lebih rendah kerana tidak ada kesan CUKAI BERGANDA dan CUKAI BERTINDIH ke atas pengguna.

4. FAKTA kedua, GST baik untuk rakyat kerana harga dan untung peniaga dapat dianggar oleh kerajaan berbanding semasa SST. Semasa SST harga susah dianggar maka, agak susah untuk kerajaan mengambil tindakan ke atas peniaga yang tamak dan mengambil untung berlipat kali ganda menggunakan Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

5. FAKTA ketiga, GST juga baik untuk peniaga yang jujur kerana apabila mereka boleh menuntut cukai input, kos pengeluaran barangan dan perkhidmatan mereka dapat dikurangkan. Harga mereka dengan itu akan menjadi lebih kompetitif.

6. FAKTA keempat, GST `tidak baik dan zalim' hanya kepada peniaga yang menipu, yang mengelak cukai, yang tidak berdaftar, yang menjalankan peniagaan yang diragui dan haram kerana ruang untuk menipu lebih sukar di bawah GST. Peniaga sukar melarikan diri dari dicukai, justeru dianggarkan pendapatan melalui GST jauh lebih baik drpd SST, iaitu tambahan sekitar RM 10 bilion

7. BATALKAN GST bermaksud
i. bersedia membenarkan rakyat dicukai secara berganda dan bertindih sehingga 26%
ii. bersedia membenarkan peniaga mengambil keuntungan berkali-kali ganda kerana sukar menguat kuasakan Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan ke atas mereka
iii. bersedia merelakan peniaga menipu hasil dan harga barangan, mengelak dari membayar cukai dan mengutip cukai terselindung daripada rakyat tetapi tidak perlu membayar kepada perbendaharaan negara
iv. bersedia membiarkan pekerja asing tidak dicukai
v. bersedia jika pendapatan/hasil negara berkurangan dan perbelanjaan negara dikurangkan
vi. bersedia jika agensi penarafan, agensi pelaburan dan badan kewangan dunia menurunkan penarafan kewangan negara
vii. bersedia melupuskan perbelanjaan bagi melaksanakan GST

8. Hakikatnya GST secara jangka masa panjang akan menguntungkan semua, rakyat, peniaga & negara. Ini diakui pakar ekonomi dunia. FAKTA: Kajian di New Zealand, Kanada dan Australia menunjukkan kenaikan harga di peringkat awal pelaksanaan adalah sementara kerana pelbagai faktor, termasuk peniaga yang mengambil kesempatan.

9. Di Malaysia, terdapat beberapa faktor yang menyebabkan harga barangan tidak turun, FAKTA:-
i. barangan yang tidak dicukai semasa SST
ii. barangan yang dikecualikan GST (exempted) kerana cukai input tidak boleh dituntut
iii. stok lama/stok dalam tangan kerana telah dikenakan SST
iv. pembekal tidak menuntut SST ke atas stok lama/atas tangan ini daripada Kastam dan mengenakan GST ke atas barangan yang dijual kepada peruncit. Setakat ini hanya 3 daripada 75,000 pembekal yang layak menuntut SST mengemukakan tuntutan, bermaksud hanya 3 yang memanjangkan manfaat GST kepada peruncit dan bakinya menjual kepada peruncit pada harga yang lebih tinggi
v. pembekal yang tidak bertanggung jawab, mengambil kesempatan menjual kepada peruncit dengan harga yang lebih tinggi menyebabkan peniaga tiada pilihan selain menjual pada harga yang tinggi
vi. pembekal menuntut semula SST, tetapi selepas harga dinaikkan dan mengenakan GST
vii. salah tafsir tentang pelaksanaan atau kesilapan teknikal perisian GST
viii. peniaga yang mengambil kesempatan
ix. sabotaj oleh peniaga yang bersimpati dengan pembangkang

10. Jelas isu di atas atas isu peringkat awal pelaksanaan GST. Pihak bekuasa seperti KPDNKK, Kastam dan Kementerian Kewangan sedang berusaha menanganinya sesegera mungkin.

11. Sebagai contoh, dengan intervensi daripada Kementerian Kewangan dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, syarikat telekomunikasi telah bersetuju meningkatkan nilai kad pra-bayar agar tidak merugikan pengguna, seterusnya akan mengembalikan caj 'top-up' kepada nilai asal dalam masa sebulan seperti yang dikehendaki pengguna.

12. Satu lagi contoh adalah tindakan penguat kuasaan ke atas seorang pensyarah yang mengenakan GST di kedai makan milik isterinya walaupun kedai tersebut tidak berdaftar dengan Kastam untuk mengutip GST.

13. Sehingga 23 April, lebih 152,000 premis telah diperiksa oleh KPDNKK, sebanyak 689 notis telah dikeluarkan dan 423 kes dikenakan tindakan. Di Rompin, sebanyak 14 laporan telah diterima dan sedang disiasat dan pengguna oleh terus membuat aduan kepada KPDNKK menggunakan talian 1-800-866-800.

14. Sepanjang pelaksanaan GST bukan semua perkara negatif. Banyak juga peniaga yang berkongsi manfaat GST dengan pengguna. MYDIN, ALIKHSAN, KFC, DOMINO PIZZA, PROTON, HONDA, TOYOTA, sejumlah kedai tayar, peralatan elektrik, kedai perabot dan beberapa perniagaan lagi sanggup mengurangkan harga dan berkongsi manfaat dengan pengguna.

15. Bulan hadapan baru bulan pertama GST dituntut. Sekiranya kita boleh bersabar dengan pelaksanaan GST, sudah pasti manfaatnya jauh lebih banyak kepada rakyat Malaysia berbanding kembali kepada SST.

3 comments:

AriffSMB said...

Salam...

Mohon jasa tuan link kan blog :

http://suaramelayubaru.blogspot.com/

dalam bloglist tuan sebagai tanda sokongan kepada matlamat yang satu, memenangkan calon UMNO BN di Permatang Pauh dan Rompin.

Terima kasih...

omong said...

Fakta : dulu renew insurans kenderaan tiada Gst..skrg ada. Adakah itu tidak menambahkan kos?

Fakta: dulu makan tauhu dan tempe dan maggi murah tetapi skrg kena tambah extra 6% utk gst. Adakah itu bukan penambahan kos?

Fakta: dulu servis streamyx dll tiada gst...kini kami kena byr extra 6% utk servis yang sama.. bukankah itu penambahan perbelanjaan kami?

Fakta: pendaftaran pekerja asing pun kena gst..itu menjimatkan ke?

Gst nak mendisiplinkan peniaga..tetapi yg kena balanya adalah rakyat yg bukan peniaga. Lagipun kerajaan sndr kata 70% peniaga tak layak berdaftar utk gst. So? Kerajaan expect peniaga2 ni nak tanggung gst bagi pihak kerajaan ke sebab depa tak dpt claim cukai input? Nampak tak percanggahan di situ?

omong said...

Fakta : dulu renew insurans kenderaan tiada Gst..skrg ada. Adakah itu tidak menambahkan kos?

Fakta: dulu makan tauhu dan tempe dan maggi murah tetapi skrg kena tambah extra 6% utk gst. Adakah itu bukan penambahan kos?

Fakta: dulu servis streamyx dll tiada gst...kini kami kena byr extra 6% utk servis yang sama.. bukankah itu penambahan perbelanjaan kami?

Fakta: pendaftaran pekerja asing pun kena gst..itu menjimatkan ke?

Gst nak mendisiplinkan peniaga..tetapi yg kena balanya adalah rakyat yg bukan peniaga. Lagipun kerajaan sndr kata 70% peniaga tak layak berdaftar utk gst. So? Kerajaan expect peniaga2 ni nak tanggung gst bagi pihak kerajaan ke sebab depa tak dpt claim cukai input? Nampak tak percanggahan di situ?

Popular Posts