Tuesday, June 10, 2014

Muallaf hampir dikebumi cara kafir, semoga nasib @JasonLo1 tak sama..

Tweet kurang aqal Jason Lo yang menimbulkan reaksi negatif ramai pihak. Gila publisiti...





Wanita mualaf hampir dikebumikan cara bukan Islam

SYAJARATULHUDA MOHAMAD ROSLI
June 9, 2014
Wanita mualaf hampir dikebumikan cara bukan Islam



Keranda yang menempatkan mayat Cheng Cheng dibawa ke Unit Forensik HPP sementara menunggu semua urusan selesai.

GEORGETOWN - Sebuah keluarga Cina terkejut apabila dimaklumkan ahli keluarga mereka yang meninggal dunia sebenarnya sudah memeluk agama Islam.

Hal itu terbongkar apabila wanita mualaf itu, meninggal Sabtu lalu dan keluarganya mahu mengebumikan mayatnya mengikut ajaran Taoist.

Sepupu si mati berkata, mayat Teoh Cheng Cheng, 38, sepatutnya dihantar ke tapak pengebumian pada jam 4 petang tadi namun terbantut apabila seorang pegawai polis tampil memaklumkan bahawa mangsa beragama Islam.

"Polis memaklumkan bahawa kami tidak dibenarkan meneruskan upacara itu kerana sepupu saya sudah memeluk Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki Melayu.

"Kami ada meminta pegawai polis itu menunjukkan dokumen pengesahan bahawa Cheng Cheng memeluk Islam namun gagal. 

Bagaimanapun, kemudian datang pegawai Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menyatakan perkara sama," katanya ketika ditemui di Flat Pelangi, Lebuh Macallum, hari ini.

Buntu dengan keadaan yang mengejutkan itu, keluarga berkenaan kemudiannya meminta bantuan Adun Pengkalan Kota, Lau Keng Ee bagi menyemak perkara itu dengan JHEAIPP.

"Hasil semakan, JHEAIPP mengesahkan sepupu saya memeluk Islam ketika berusia 20 tahun iaitu 18 tahun lalu tanpa pengetahuan keluarga.

"Dia dipercayai bercinta dengan seorang lelaki Melayu ketika berusia 19 tahun sebelum mengambil keputusan berkahwin setahun kemudian dan memeluk Islam dengan nama Nora Teoh Abdullah," katanya.

Sementara itu, Pengarah JHEAIPP, Datuk Sazali Hussein berkata, mengikut rekod JHEAIPP, wanita itu memeluk agama Islam pada 1997.

"Kita sedang dalam proses mendapatkan perintah Mahkamah Syariah untuk menguruskan jenazah wanita itu mengikut hukum Islam dan dihantar ke Hospital Pulau  Pinang (HPP) untuk sementara waktu.

"JHEAIPP melakukan yang terbaik dalam rundingan dan memberi penjelasan kepada ahli keluarga wanita berkenaan.  Memang ada bantahan, kita sedang melakukan yang terbaik kerana ada  bukti dan rekodnya seorang Islam," katanya.

Sumber http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/wanita-mualaf-hampir-dikebumikan-cara-bukan-islam-1.288535

No comments:

Popular Posts