Blogger Pro-UMNO/BN masih honeymoon dan main candy crush?
Blog tunfaisal.blogspot.com di tangga 13. Naik 4 tangga lagi. Terima kasih di atas sokongan para pembaca.
Nampaknya kedudukan ranking ramai blogger pro-UMNO masih belum begitu berubah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kemungkinan terdapat 8 faktor UTAMA yang menyebabkan kejatuhan ini.
Mungkinkah kejatuhan ini diakibatkan oleh :-
1. kurang penghargaan daripada Pejabat Perdana Menteri dan kepimpinan tertinggi UMNO, atau
2. mungkinkah kerana penubuhan Jabatan Media Sosial (JMS) tidak melibatkan mereka sehingga mereka berasa fed-up dengan UMNO, atau
3. adakah kerana kebajikan dan nasib mereka tidak terbela sehinggakan ada blogger yang terpaksa menjual kad pre-paid Tone Excel, burger bakar dan memotong rumput sehingga menghadkan waktu berblog, atau
4. mungkin juga kerana mereka mengikut saranan untuk mengurangkan masa berblog tentang politik sebanyak 50% dan lebih menumpukan kepada penulisan #Lifestyle, atau
5. mungkin mereka ketagih main Candy Crush, atau
6. Mungkinkah kerana BLOGGER UMNO marah dan meluat dengan PEGUAM UMNO dan BERUANG UMNO yang bersetuju tarik saman Mustafa Ali DAN terima kenyataan Mustafa bahawa video itu kerja BLOGGER UMNO? Atau,
7. kerana mereka tak mahu Syok Sendiri?
8. Atau kerana mereka yakin dengan kenyataan wartawan pencen ini yang kata mereka sebenarnya tidak membantu kepimpinan UMNO? Jadi biar Kadir sajalah yang buat dan tulis blog. Mungkin Kadir rasa 8 artikel panjang berjela sebelum PRU13 tu adalah FAKTOR UTAMA yang membantu kemenangan BN dalam PRU13. Suka lu lah Kadir.....
No comments:
Post a Comment