Friday, September 6, 2013

@RazaliIbrahim - "Pencalonan, amanah berat untuk dipikul calon Pemuda ke MT" #TeamPemuda


4 calon dari Pemuda memikul amanah untuk bawa input baru ke dalam MT agar dapat menangani cabaran, kehendak dan aspirasi generasi muda


Oleh TERMIZI CHE ANUAR
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 5 Sept. - Keempat-empat pemimpin Pemuda UMNO yang dicalonkan untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) dalam pemilihan parti Oktober ini yakin mampu memberi sumbangan berguna khususnya dalam membawa hasrat orang muda sekiranya terpilih.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menerima dengan hati terbuka pencalonannya untuk bertanding jawatan itu dan menyifatkannya sebagai proses meremajakan UMNO.

"Proses ini sering dilaung-laungkan oleh Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mengumumkan empat pemimpin utama sayap itu bertanding jawatan MT iaitu Naib Ketua Pemuda UMNO, Datuk Razali Ibrahim; Reezal yang juga Ketua Penerangan Pemuda UMNO; Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan dan Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO, Tun Faisal Ismail Aziz.

Sementara itu, Razali yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyifatkan pencalonan tersebut sebagai amanah yang perlu dipikul oleh semua calon.

"Pencalonan ini juga dilihat sebagai proses transformasi UMNO khususnya dalam membawa suara orang muda di peringkat MT.

"Kami akan mencuba sedaya upaya untuk menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin jika dipilih nanti," ujarnya.

Sohaimi pula menegaskan, pencalonan tersebut perlu dilihat sebagai satu lembaran baharu kepada pemimpin muda untuk membawa suara orang muda dengan lebih berkesan.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pemuda dan barisan Exco yang memberi sokongan penuh kepada kami untuk bertanding jawatan MT.

"Saya yakin dengan kombinasi pemimpin senior dan muka baharu bakal memberi perspektif segar dalam mesyuarat MT nanti jika dipilih,"jelasnya.

Bagi Tun Faisal pula, peluang tersebut dilihat sebagai satu kaedah untuk meremajakan UMNO mengikut kehendak generasi muda.

"Sudah tiba masanya untuk memberi peluang kepada golongan muda menyertai MT dan seterusnya mampu memberi kelainan dalam parti.

"Saya berjanji akan menggunakan pengalaman dan ilmu khususnya di dalam media baru untuk bersama-sama memperjuangkan suara golongan muda," katanya.


Artikel Penuh: 
http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130906/po_04/4-pemimpin-Pemuda-tanding-MT#ixzz2e3vOClwE 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


1 comment:

UCJRC said...

salam Tun Faisal

Tiada komen tentang kesemua calon, semuanya dilihat ada integeriti dan credible.
Diharap pewaris (wakil pemuda) dalam MT dapat memberi cabaran kepada UMNO supaya dapat ditransformasi ataupun re-engineered for better UMNO.
Diharap juga Pemuda lebih bersikap profesional, rasional dan waras lagi bijak dalam menghadapai pertanyaan2, komplen2, dan buakn memberikan jawapan melepas batuk di tangga...
Sentiasa menyokong Tun Faisal dan Dato Razali

Contoh: http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/willing-buyer-willing-seller-rule-applies-dont-complain-says-ku-nan-on-risi


dari : umnorajachulan.blogspot.com

Popular Posts