Thursday, September 5, 2013

[Video] @KhairyKJ 4 calon Pemuda UMNO untuk MT, pendirian mengenai harga minyak, TPPA


kj-exco513

Embedded image permalink



Pendirian Pemuda tentang isu kenaikan harga petrol dan diesel, TPPA 

Khairy umum 4 calon untuk jawatan MT UMNO dari Pemuda
RABU, 04 SEPTEMBER 2013 21:18 LUKMAN ABDULLAH 

Siapa agaknya akan menjadi pilihan ahli UMNO.Di  kalangan pimpian pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ada empat orang yang akan turun padang bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada pemilihan parti itu kali ini.

Mereka terdiri dari Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim, Ketua Penerangan, Datuk Seri Reezal Merican, Pengerusi Biro Ekonomi, Datuk Sohaimi Shahadan dan Ketua Unit Media Baru Tun Faizal Ismail Aziz.

Nama mereka diumumkan oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat exco pergerakan itu di Pusat Dagangan Dunia Putra petang Rabu.

Beliau menjelaskan empat mereka ditampilkan ( jika dipilih) untuk meremajakan UMNO.

Khairy juga memberitahu empat calon akan berentap untuk jawatan Naib Ketua Pemuda yang akan dikosongkan oleh Razali yang cukup usia.

Mereka ialah Jamawi Jaafar, Lokman Nor Adam, Irwan Zulkifli serta  Khairul Azwan Harun.

Katanya semua mereka adalah rakannya dan boleh berkerjasama dengan mereka.- OLEH LUKMAN ABDULLAH- 4/9/2013




pemuda-umno-bn-khairy-kj-bajet-belanjawan-pertengahan-sederhana-rendah



Pemuda Mahu Kerajaan Tumpu Golongan Pertengahan Dan Rendah Dalam Bajet 2014

Sumber

KUALA LUMPUR 4 Sept – Pemuda UMNO hari ini mahu kerajaan memberikan tumpuan terhadap golongan pertengahan dan sederhana dalam pembentangan bajet 2014 akan datang.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu mengambil berat keluhan rakyat
ekoran langkah pengurangan subsidi minyak dan pengurangan tersebut akan memberi kesan kepada golongan tersebut.

“Kami melihat bahawa peluang untuk diperkenalkan beberapa langkah untuk melindungi golongan ini seperti BR1M dan potongan cukai wajar diperkenalkan supaya dapat membantu golongan yang memerlukan bantuan ini dengan cara yang lebih ‘targetted’ atau khusus.

“Kita harap bahawa kerajaan juga akan mengambil serius tentang isu kenaikan harga barang dan kita gesa agar Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil tindakan yang cepat dan tegas kepada mana-mana syarikat atau pengusaha yang didapati menaikkan harga perkhidmatan dan juga barangan mereka secara tidak munasabah.

“Kita juga menggesa agar kerajaan mempercepatkan usaha yang telah diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani iaitu untuk kita membuka dan memecah monopoli yang diberi kepada beberapa syarikat. Contohnya AP dan sebagianya yang menyebabkan harga barangan seperti makanan dan sebagainya berada di paras yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Pemuda UMNO, di sini, hari ini.

pemuda-umno-bn-khairy-kj-bajet-belanjawan-pertengahan-sederhana-rendah

Kata beliau lagi dengan memecah monopoli tersebut ianya diyakini akan dapat membantu dari segi pengurangan harga barang dan juga memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup rakyat.

Khairy yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) seterusnya menambah pergerakan itu juga meminta kerajaan sama-sama berkongsi beban untuk mengurangkan defisit fiskal kerajaan.

“Di samping kita minta rakyat menanggung subsidi, kerajaan juga mestilah buktikan melalui penjimatan dan juga melalui usaha untuk mengelak daripada ketirisan berlaku dalam perbelanjaan kerajaan.

“Ini akan memberi gambaran yang jelas kepada rakyat bahawa kerajaan juga serius dan secara langsung memikul tanggungjawab untuk mengurangkan defisit.

“Kita juga minta kerajaan kaji subsidi yang diberikan kepada syarikat –syarikat besar, contohnya subsidi gas yang diberi kepada kilang-kilang dan samaada subsidi tersebut juga dapat dikurangkan sekiranya kita nak kurangkan subsidi kepada rakyat.

“Sebab kita dapati bahawa program rasionalisasi subsidi ini mestilah ditanggung oleh semua pihak dan bukannya subsidi am kepada rakyat sahaja yang dikenakan oleh kerajaan,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama Khairy turut memberitahu pergerakan itu juga mahu beberapa isu yang ‘non negotionable’ berhubung TPPA.

“Hari ini kita juga setuju dan buat ketetapan bahawa ada beberapa isu bagi Pemuda UMNO yang ‘non negotionable’ iaitu yang berkenaan dengan syarikat milik kerajaan (GLC). Kita nak pastikan bahawa tidak ada apa-apa peruntukan dalam TPPA yang dipersetujui yang boleh mendedahkan syrikat-syarikat milik kerajaan ini kepada gelanggang yang kita rasa tidak sama rata.

“Kita juga tidak akan kompromi dari segi agenda ekonomi Bumiputera bahawa tidak boleh ada apa-apa peruntukan yang boleh menidakkan apa sahaja dasar yang boleh membantu usahawan bumiputera.

“Kita tegas bahawa soal perolehan kerajaan juga tidak dimasukkan dalam TPP dan keempat tindakan undang-undang terhadap kerajaan Malaysia oleh syarikat swasta daripada luar negara seperti mana ada peruntukan ISDS pun adalah perkara yang tidak boleh kita terima,” katanya.

Popular Posts