Thursday, July 18, 2013

Vivian, guru tadika dan Alvin, blogger lucah DIPENJARA!


Tiga pertuduhan. Dua pertuduhan adalah berkaitan ucapan Ramadan yang berunsur provokasi di Facebook di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan. Satu lagi pertuduhan adalah atas sebaran gambar lucah di bawah Seksyen 43 Akta Penapisan Filem. 



TERKINI ! PASANGAN PORNO ALVIN & VIVIAN

DIMASUKKAN DALAM PENJARA !!

Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.




Pertuduhan terhadap Alvin atau nama penuhnya Tan Jye Yee, 25, dan Vivian atau nama penuhnya Lee May Ling, 24, dibacakan di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa bersama-sama menerbitkan satu penerbitan menghasut di laman Facebook 'Alvin and Vivian - Alvivi' di pautan ttps://www.facebook.com/alvivi.swingers iaitu kandungan gambar dan komen yang bertajuk "Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!" yang mengandungi logo Halal.



Vivian seorang guru tadika !


Pasangan itu didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 10.48 malam antara 11 Julai dan 12 Julai lepas di 568-14-18, Kompleks Mutiara Jalan Ipoh, Batu 3 1/2, di Kuala Lumpur.

Mereka didakwa mengikut subseksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948.

Bagi kesalahan pertama kali, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, boleh dipenjara maksimum lima tahun jika sabit kesalahan - Bernama

Wartawan The Star pula melaporkan bahawa kedua-duanya ditolak ikat jamin dan dimasukkan ke dalam penjara Sungai Buloh dan Kajang.






NOTA

Sesuatu “kecenderungan menghasut” ialah kecenderungan

(a) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan;

(b) bagi membangkitkan rakyat mana-mana Raja atau penduduk mana-mana wilayah yang diperintah oleh mana-mana Kerajaan supaya cuba mendapatkan perubahan, dengan apa-apa cara selain cara yang sah, apa-apa jua yang wujud menurut undang-undang di dalam wilayah Raja itu atau wilayah yang diperintah oleh Kerajaan itu;

(c) bagi mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap pentadbiran keadilan di Malaysia atau di mana-mana Negeri;

(d) bagi menimbulkan perasaan tidak puas hati atau tidak setia di kalangan rakyat Yang Di-Pertuan Agong atau rakyat Raja mana-mana Negeri atau di kalangan penduduk Malaysia atau penduduk mana-mana Negeri;

(e) bagi mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

(f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

1 comment:

Megat Alam Gempita said...

JAKIM tak nak ambil tindakan ker atas kesalahan penyalahgunaan logo halal JAKIM kepada sup babi?

Belum ada wahyu?

Tak nak bising-bising?

Tak nak naik turun mahkamah?

Menteri tak suruh?

Hadi Awang dan Nik Aziz larang ambil tindakan?

Takut pada DAP?

Wahai JAKIM...Jihad bukan sekadar berdakwah di masjid atau surau atau di TV atau di radio semata-mata tapi jihad juga
termasuk mempertahankan maruah apajua Islam dari dipermain-mainkan oleh kafir harbi...!

Popular Posts