Thursday, July 11, 2013

Ahli Majlis MPP - Daddy-cable dan nepotisme amalan PR


Daddy-cable? Nepotisme? Apa nak heran, memang sudah jadi amalan di Malaysia...




Hasil amalan kronisme ,anak boleh jadi ahli majlis MPPP !!

on Thursday, July 11, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Isu pelantikan anak bekas Speaker DUN P.Pinang Datuk Abd Halim Hussein , Nur Fitriah berusia 26 tahun begitu  panas dipertikaikan kelmarin . KLIK DISINI


Jika Anwar sibuk mempertikaikan pelantikan bekas Menteri dilantik  kerajaan sebagai  Penasihat  , ramai mempersoal kelayakan wanita muda ini oleh kerajaan DAP . Alasan mereka untuk memenuhi kuota Melayu dalam ahli majlis MPPP.



Apa yang GPB boleh katakan tentang pelantikan ini adalah bersifat KRONI  oleh kerajaan DAP .  Ia bukan soal memenuhi kuota Melayu tapi lebih kepada mengagih jawatan kepada kroni bagi memenuhi permintaan pihak tertentu.



Dikhabarkan pemilihan Nur Fitriah disebabkan campur tangan bapanya Datuk Abd Halim Hussein yang tidak berpuas hati   tidak disambung jawatannya Speaker DUN di penggal baru selepas PRU13. 



Mungkin desakan Halim   yang tidak disambung  jawatan Speaker , maka legasinya perlu diberi jawatan dalam kerajaan negeri .



Kesimpulannya , kerajaan DAP sibuk mengata BN tentang isu  KRONI tetapi ternyata mereka lagi teruk !!




No comments:

Popular Posts