Thursday, May 9, 2013

[Video] Perangai komunis - Lagi video orang PR malukan pengundi dan tuduh Bangla


Malu laa.. lu siapa mau tuduh-tuduh orang. Nasib baik tak kena hentak kat situ juga.  Ini contoh perangai penyokong PR yang suka bertindak di luar batasan dan mengatasi undang-undang. 

Memang cara pembangkang untuk wujudkan prejudis dan selepas itu membiarkan penyokong mereka bertindak sesuka hati. Ini berlaku selepas Amanat Hadi, yang mencetuskan peristiwa Sauk dan kekacauan akibat himpunan Bersih. Lebih mereka suka adalah apabila ada reaksi balas daripada pihak pro-kerajaan sehingga menyebabkan kecederaan dan kemusnahan harta benda. 

Ini akan jadi modal menunjukkan bahawa kerajaan tidak mampu mengawal keadaan dan bila pelabur hilang keyakinan tentang kestabilan negara, mereka juga yang menangguk di air kerus apabila tiada pertumbuhan ekonomi dan tiada pekerjaan baru diwujudkan. Sehingga bila rakyat Malaysia hendak membenarkan pemimpin pembangkang yang memanipulasikan emosi rakyat dan suka mencetuskan huru hara di dalam negara demi untuk berkuasa terus memanipulasikan mereka. 

Bagi mereka yang seusia dengan saya, kita pernah mengalami keamanan dan keharmonian sebelum tahun 1998, sepanjang tahun 80-an dan 90-an. Sama-samalah kita tolak pemimpin yang sering mencetuskan kekacauan kerana sejak tahun 1998 sehinggalah hari ini, pemimpin-pemmpin ini jugalah yang merencana kekacauan demi kekacauan kerana gila kuasa.

1 comment:

silentwise said...

http://khairulryezal.blogspot.com/2013/05/vinodh-elamkovam-bangla-yang-digunakan.html
This is the man in the facebook related to the video.

Incident salah katakan orang pengundi hantu.
Transcript Cantonese yang dinyatakan.
Bahasa badan.
Lelaki yang baju putih bisu tunjukkan tangan sila sabar menanti giliran anda. Nanti lelaki yang baju hitam datang untuk memberi penerangan kepada orang yang nanti untuk giliran mereka. Orang Cina berbaris tak boleh tunjukkan kesabaran langsung.

Lelaki yang baju hitam beritahu lelaki baju putih tak perlu risau saya akan jaga isu ini.
Lelaki yang baju biru dan lelaki baju hitam jenama Polo Ralph Lauren
Lelaki yang baju biru relax untuk meleraikan ketengangan, lelaki yang baju putih vs lelaki yang baju putih dengan belang merah dan lelaki yang baju hitam jenama Polo Ralph Lauren Men memang aggressive. Lelaki yang baju putih dengan belang merah beri nasihat kepada lelaki yang baju putih.
Lelaki yang baju biru tua collar dan biru muda tunjukkan bahasa badan ia akan jadi.

Lelaki yang baju hitam Saya telephone orang yang jawab panggilan telefon cakap dengan baik. Orang Cina yang berbaris marah dengan katakan orang yang jawab panggilan telefon cakap dengan baik jangan cakap dan buat macam ini. Awak ada belajar keh? Lelaki yang baju biru Ask him to come back! Ooi! Ask him to apologize you know what kind of nonsense is this! Lelaki yang baju hitam Hello!!!!!!! He already say sorry right!!!!!!! Lelaki yang baju biru Ask him to come here! Ooi! You station master mah? You already tell people mah? Lelaki yang baju hitam jenama Polo Ralph Lauren Men What you not suppose to say and what do you mean? Lelaki yang baju putih dengan belang merah I told you already! Lelaki yang baju hitam jenama Polo Ralph Lauren Men I told you: I been living in Kampung Cempaka 30 years al[ready] Unknown walky talky sound He’s coming closer still. Lelaki yang baju hitam jenama Polo Ralph Lauren Men Don’t walk closer. Bakerita. Lelaki yang baju putih dengan belang merah If you want to change you must change the way you know.

Popular Posts