Kickdafella atau Syed Azidi di blognya telah mengingatkan Husam Musa tentang cabaran beliau agar Husam bersama-sama dengannya mengadakan Ujian Poligraf.
Besok Kickdafella akan hadir bersama Nik Mahani Mohamad, Bekas Pengarah Urusan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd, Nik Mahani Mohamed yang terlibat dalam perniagaan Dinar Emas. Nik Mahani sebelum ini pernah membuat laporan polis berkenaan penyelewengan pentadbiran KGT. Boleh rujuk artikel ini untuk memahami latar belakang laporan berkenaan penyelewengan dalam KGT.
Ujian Poligraf Husam Musa Dan Kickdafella Tentukan Kemenangan Di Putrajaya.
http://umbppum.blogspot.com/2013/05/ujian-poligraf-husam-musa-dan.html
Nampak semakin banyak sambutan mengenai isu ujian poligraf yang telah dinyatakan oleh saudara Syed Azidi Syed Abd Aziz ke atas calon Pakatan Rakyat dari PAS iaitu Husam Musa untuk kawasan P125 Putrajaya . Warga Putrajaya menantikan kemunculan Husam Musa untuk ujian tersebut kerana mereka tidak percaya akan tomahan yang dilemparkan oleh Kickdafella kepada calon mereka.
Sehingga petang tadi Husam Musa masih lagi gagal untuk memberikan sebarang jawapan kepada pihak yang mencabar iaitu Kickdafella untuk hadir ke ujian poligraf.Bukan sahaja Husam yang berdiam diri, bahkan semua orang kanannya juga tidak berani memberi sebarang respon atas pelawaan ujian poligraf ini.
Husam juga seakan-akan ingin melarikan diri daripada ujian poligraf yang ingin dijalankan keatasnya apabila dia membuat satu forum ataupun sesi dialog bersama dengan Tengku Adnan calon Barisan Nasional di Putrajaya. Sebelum memulakan sesi dialog bersama Tengku Adnan, Husam hendaklah pertama sekali menghadirkan diri ke sesi ujian itu bagi memastikan apa yang bakal disampaikan adalah sesuatu yang benar.
Ujian poligraf ini adalah bertujuan untuk memastikan individu yang diuji bercakap benar tentang apa yang disampaikan olehnya. Konsep ujian poligraf adalah apabila seseorang diganggu oleh soalan, perubahan pada fisiologikal yang dapat dikesan akan timbul. Hati seseorang akan mula berdebar, pernafasannya akan menjadi cepat, dan perubahan pada tekanan darah.
Jika dilihat dari rekod sebelum ini, Husam gagal untuk menunaikan janjinya di kawasan yang pernah dimenanginya. Dari projek kambing Jamnapari hingga ke yang terbaru projek terbarunya keretapi laju dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur masih lagi gagal untuk dilaksanakan.
Janji yang ditabur gagal dilaksana mungkin ada kekangan untuk melaksanakannya, tapi apa pula alasan yang igin diberikan oleh Husam Musa apabila gagal memberikan feedback kepada kenyataan yang dia sendiri keluarkan melalui akaun facebooknya yang menyatakan kesemua ahli surau di Percint 11 telah dilucutkan jawatan serta merta selepas membenarkan dia memberi tazkirah?
Oleh sebab itu, ujian poligraf ini hendaklah dilakukan oleh Husam Musa untuk melihat apa yang dijanjikan olehnya sebelum ini adalah satu perkara yang benar dan bukannya satu penipuan untuk mengaburi pemikiran rakyat.
Warga Putrajaya perlu tahu bagaimanakah ciri-ciri pemimpin yang mereka perlu pilih. Adakah calon yang hanya pandai menipu dan menaburkan janji-janji manis ataupun calon yang akan menunaikan setiap apa yang dijanjikan.
Untuk sumber lain kelik SINI
"Warga Putrajaya dijemput hadir ke Sesi Ujian Poligraf dan Dialog Husam Musa bersama Kickdafella Di Kelab Tasik Putrajaya"
No comments:
Post a Comment