Wednesday, May 1, 2013

Pengundi Putrajaya sokong Husam buat ujian poligraf esok #PRU13


Sejumlah besar pengundi Putrajaya yang saya temui semalam menyokong penuh agar calon Pas untuk Parlimen Putrajaya, Husam Musa menjalani ujian poligraf dan yakin Husam akan lulus ujian tersebut esok. 

Rata-rata mereka percaya tidak mungkin Naib Presiden Pas, pemegang jawatan sebuah parti Islam di negara ini, akan bercakap bohong tentang isu-isu berkaitan dirinya. Saya dan Kickdafella sudah pun merangka beberapa set soalan untuk ditanya kepada Husam esok. 

Soalnya - beranikah Husam melakukan ujian poligraf ini esok? 

Husam sehingga kini masih membisu dan belum menjawab untuk menerima pelawan untuk melakukan ujian ini. Kenapa beliau tidak mahu berdebat dengan Kickdafella dan mengelak dari melakukan ujian ini? Orang-orang kanan Husam yang diimport khas untuk membantu beliau di Putrajaya juga tidak berani bersuara setakat ini menasihatkan Husam berhujah dengan Kicdafella dan mengambil ujian ini, walaupun pengundi Purtajaya yakin Husam akan lulus ujian ini. Beranikah Husam? Apakah yang sedang Husam sembunyikan?



#PRU13 Kickdafella - kenapa Husam asyik elak hadir mahkamah, dialog, ujian poligraf? Nak sembunyi apa?


Husam kantoi bila menipu tentang pemecatan AJK Surau oleh JAWI . 

Di dalam kes saman pertama Husam sudah tiga kali tidak hadir memberi keterangan sehinggakan kes terus tertangguh. Husam dijadualkan memberi keterangan selaku plaintif pada 19 Disember 2012 tetapi tidak hadir ke mahkamah dan pihaknya meminta kes ditangguhkan. Apabila kes disambung bicara pada 28 Februari 2012, Husam sekali lagi memohon kes ditangguhkan. Apabila kes sambung bicara pada 4 Mac 2013, Husam sekali lagi tidak hadir mengakibatkan kes ditangguh lagi ke 2 Mei 2013. Malangnya niat menyaksikan Husam naik beri keterangan dan disoal balas oleh peguam saya sebelum PRU ke 13 tidak tercapai apabila Husam sekali lagi memohon menangguhkan kes yang patut dibicarakan 3 hari sebelum hari mengundi. - Kickdafella
baca seterusnya di blog kickdafella -
http://kickdefella.net/2013/04/30/pengundi-putrajaya-tolaklah-pengamal-politik-kura-kura/


Hairan - kenapa Husam Musa takut untuk ke mahkamah dan asyik minta penangguhan? 

Tak pelik kah pengundi Putrajaya bila Husam tidak berani melakukan perkara-perkara berikut?

1. Dialog tentang janji-janji isu-isu berkaitan dirinya di dalam buku Kenali Siapa Husam 

2. membuat ujian poligraf bersama-sama dengan Kickdafella untuk membuktikan kedua-duanya  tidak berbohong dalam beberapa isu yang melibatkan dirinya

3. membuat satu lagi laporan polis supaya polis boleh menyiasat kebenaran kandungan buku Kenali Siapa Husam

4. Terkini - rupanya Husam juga takut ke Mahkamah

Ini merupakan text yang diterima dari Kickdafella mengenai tindakan Husam `melarikan diri' dari menghadiri perbicaraan di mahkamah


Husam saman saja pandai tapi pergi mahkamah tak jugak. Husam saman saya dua kali, saman pertama patut bicara pada 18-19/12/2012 tapi bila hari bicara husam balik Kelantan dan mintak tangguh kes. Mahkamah tetapkan bicara 28/2-1/3/2013. Dua hari sebelum bicara Husam mohon tangguh kes. Mahkamah tetapkan bicara 4-8/3/2013 Husam bagi MC dan mintak tangguh lagi. Mahkamah tetapkan 2-3/5/2013. Skrg Husam tangguh lagi. Saman lama asyik tangguh sekarang saman baru pulak. Husam dan rakyat Malaysia tak perlu risau sbb saya akan komited utk lawan saman kedua ini seperti saman pertama dulu. Cuma mohon bantuan penduduk Putrajaya dan semua rakyat Malaysia supaya nasihat Husam jangan sekadar berani saman tetapi beranilah juga berdepan dengan peguam saya untuk disoal balas ketika beliau di dalam sumpah di Mahkamah. Jangan duduk asyik mengelak. Dua hari lepas mahkamah meminta saya failkan pembelaan saya sebelum 22/5/2013. Tidak ada masalah. Sebelum 22/5/2013 pembelaan saya akan difailkan. Syed Azidi / Kickdefella. 30/4/2013


Apakah yang hendak Husam sembunyikan dengan menghindari perbicaraan di mahkamah, dialog dengan Kickdafella dan membuat ujian poligraf? Adakah 10 perkara ini?




















No comments:

Popular Posts