Tuesday, May 14, 2013

Orang Cina pun marah cara @AnwarIbrahim dan PR sambut kekalahan PRU13




Anwar jangan perasan best. Yang dapat tarik undi banyak bukan Anwar atau PKR atau Pas. Tetapi Lim Kit Siang dan DAP. DAP dapat 38 kerusi Parlimen, bertambah 10 daripada PRU12. PKR hanya ada 30 kerusi, berkurang 1 kerusi - membuktikan bahawa rakyat tolak PKR. Penolakan terhadap Pas lebih teruk lagi. Pas hanya dapat 21, berkurang dua kerusi, selain daripada hilang 1 negeri. Di Selangor pun, bukan PKR yang paling banyak kerusi, tetapi DAP dan Pas yang ada 15 kerusi. PKR hanya ada 14 kerusi. Jadi - dah kalah tu buat cara kalah. Rakyat Malaysia malu nak ada PM yang ada meliwat, menyalah guna kuasa, rasuah dan ada video chinadoll. Cukup-cukuplah Anwar..

Terjemahan Akhbar Cina - China Press

Perhimpunan bantah keputusan PRU menyusahkan orang lain?


China Press
Ruangan: kedai kopi orang ramai m/s 11
11 Mei 2013 (Sabtu) 


Kesesakan lalu lintas melambangkan demokrasi?
Penulis: Cheah Siao Feng

Pakatan Rakyat sering mendabik dada mereka bertarung semata-mata mahu tegakkan kebebasan dan demokrasi, seperti kerajaan yang dipimpin oleh BN tidak bebas dan tidak demokrasi. Tetapi PRU baru sahaja tamat, Pakatan Rakyat menolak keputusan PRU, menidakkan membuat bantahan melalui undang-undang yang ada dan adakan perhimpunan bantahan, dari segi ini boleh dilihat, adakah ia “Demokrasi”, adakah ia “menghormati undang-undang”.

Pada Selasa malam, mereka adakan perhipunan bantahan secara besar-besaran di Kelana Jaya, dalam stadium tersebut ada 100 ribu orang, di luar stadium termasuk yang tidak sempat datang kerana kesesakan lalu lintas, juga ada puluhan ribu orang, semangat mereka berkubar-kubar. Perhimpunan tersebut seperti Festival antara kaum,orang Cina dan kaum lain terutama sekali orang-orang Melayu, seperti sudah rapat mesra, melambangkan mereka saling berhubung rapat, sekali lagi meniddakan rasis BN dan menolak apa yang dimaksudkan Tsunami politik bantahan orang Cina.

Orang lain yang jadi mangsa

Suasana ini, mengikut kata-kata orang yang hadir, semangat mereka membara, sangat terasa, ditambah dengan pelayar internet, mereka juga rasa perkara yang sama. Tetapi kegembiraan mereka sebaliknya orang lain pula menderita, orang-orang seperti ini selalunya mendapat kegembiraan untuk diri sendiri, mereka tidak hiraukan nasib orang lain dan jadikan orang lain mangsa.

Pada malam tersebut, ada ataupun tidak orang lain yang rasa sengsara? Memang ada, ada ramai yang sengsara. Pada malam tersebut, laluan lebuh raya Damansara Puchong, laluan lebuh raya Shah Alam dan Federal, kerana perhimpunan tersebut dimana kenderaan terlalu banyak, menyebabkan kesesakan lalu lintas yang serius, kenderaan tidak boleh bergerak, ada yang memerlukan 4 hingga 5 jam baru dapat lepaskan diri dari kesesakan.

Jika semua pemandu ini adalah penyokong Pakatan Rakyat, susah macam mana sekalipun mereka tetap boleh sabar, kerana itu pilihan mereka, tetapi pengguna jalan raya tidak mungkin semuanya mahu menghadiri perhimpunan itu. ada yang mahu balik ke rumah, ada yang mahu pergi makan, ada yang mahu membuat perjumpaan, kerana perhimpunan Pakatan Rakyat mereka telah bazirkan masa dan tenaga, hanya satu malam mereka telah rosakkan segalanya. Jika berlaku pada anda, kenderaan tidak boleh maju ke hadapan, tidak boleh undur, rasa lapar dan penat,di atas jalan tunggu 3 hingga 4jam, anda rasa marah ataupun tidak?

Menyebabkan kesesakan lalu lintas

Isu ini pemimpin Pakatan Rakyat perlu bertanggungjawab sepenuhnya. Jika mereka menjangkakan ada 100 ribu orang yang hadir, sepatutnya tidak pilih tempat stadium yang hanya mampu menampung 25 ribu pengunjung, sepatutnya pilih kawasan yang lebih sesuai. Dan langsung tidak menyediakan petugas lalu lintas, menyebabkan kesesakan berlaku.

Selain dari itu, orang-orang yang lebih bertanggungjawab, mereka-mereka yang pakir kenderaan mereka di atas jalan raya sebaliknya berjalan kaki ke kawasan perhimpunan, mereka langsung tidak hiraukan keadaan orang lain, mereka terlalu pentingkan diri sendiri.

Yang paling orang lain marah ialah, penyokong Pakatan Rakyat menyusahkan orang lain, langsung tidak tahu merendah diri, hanya fikirkan emosi mereka yang berkubar-kubar, tetapi tidak hiraukan kamaharan orang lain. Ada pemberita kerana kesesakan lalu lintas mereka naik marah, dalam Facebook mereka luahkan perasaan, ahkhirnya diperlekehkan oleh orang ramai.

Adakah ininya cara untuk mengejar tuntutan demokrasi, ini kah menjadi badan politik yang lebih ideal, dan ini kah contoh baik yang mereka paparkan?




No comments:

Popular Posts