Saturday, May 11, 2013

Harga gula naik - sabotaj peniaga pro-DAP/PR? Harga roti, gas naik, GST - penipuan PR?





Penipuan 1 - Harga gula. Tiada arahan untuk menaikkan harga gula daripada kerajaan. Jika ada tanya peniaga tersebuat sama ada dia menyokong DAP/PR. Ada kemungkinan mereka sengaja mensabotaj kerajaan dengan sesuka hati menaikkan harga gula. Ada rakan twitter yang memberitahu bahawa ada peniaga yang merupakan penyokong DAP/PR menaikkan harga jualan minyak masak dan harga batteri kereta dan memberi alasan bahawa kerajaan yang naikkan harga. Tindakan ini amat melampau kerana tiada sebarang arahan kerajaan untuk naikkan harga barangan terbuat. Saya yakin peniaga terbabit adalah penyokong DAP/PR dan ini adalah salah satu tindakan sabotaj mereka ke atas kerajaan. Cadangan saya, belilah di kedai-kedai runcit 1Malaysia atau kedai-kedai yang anda yakini tidak akan berlaku sabotaj seperti ini. Jika ada peniaga yang menaikkan harga, semak sokongan politik mereka. jangan benarkan mereka sabotaj kerajaan sedia ada.



Penipuan 2 - GST. Penjelasan daripada Perbendaharaan amat jelas dakwaan GST telah dilaksanakan adalah satu lagi penipuan.




Penipuan 3 - Harga Gas. Sama juga - penipuan dilakukan oleh pembangkang dan penyokong mereka.

Rakyat yang naif dan mempercayai mereka hanya akan dipermainkan disebabkan kepercayaan ini. Disebabkan itu jangan undi dan sokong penipu, kerana bila mereka menipu dan ada share, like dan retweet penipuan mereka, anda juda turut bersubahat menipu rakyat Malaysia. Di bawah adalah struktur harga gas di Malaysia.





Penipuan 4 - Harga roti Gardenia
Di bawah adalah bukti tanda harga dan tarikh pembelian roti dibuat. Harganya sama sejak 15 Julai 2012 . Di bawah pula penjelasan daripada Gardenia Bakeries KL Sdn Bhd tentang harga roti tersebut. 






Jelasnya pembangkang mahukan kemenangan dalam PRU13 sehingga sanggup membuat pelbagai penipuan. Mereka masih tidak boleh buktikan kewujudan 40,000 pengundi hantu yang diterbangkan ke Malaysia dari bangladesh dan senarai pusat penjumlahan undi yang mengalami gangguan bekalan eletrik dan black out. Sampai hari ini selepas PRU13, penipuan masih dilakukan oleh pemimpin dan penyokong PR. Sebab itu dahulu kami ingatkan agar anda tidak mengundi mereka kerana mereka adalah penipu. Sebab itu di Putrajaya, kami mencabar Husam Musa agar beliau melakukan ujian poligraf untuk memastikan beliau tidak menipu tentang projek-projek beliau yang agagal di Kelantan.


6 comments:

Unknown said...

Bro ko mmg hebat..... Aku dh nmpak dh pihak pembangkang buat spekulasi utk mengaut untung. Especially peniaga bukan bumiputera. Semua brgn naik padahal diorg yg naikkan sendiri... - major riad

zipo said...

tahniah bro..bongkar kn lg..aku dh berbuih mulut dh ckp ngn puak2 pembangkang ni..dh klu rase harga brg tibe2 naik,pi la rujuk kat kementerian dlu..yg dok pi sebar dlm laman sosial 2 pe maknenye..yg percaya pun satu gak..ni la namenye taksub..sume bende slh kerajaan..usul periksa la dlu..shii..

ShiangNie said...

Betul...sbb dieorg ada persatuan yg kuat..maka mudah bg dieorg nak selaras dan kata ini arahan kerajaan... sy harap kerajaan ambil tindakan bg mana-mana kedai yg sesuka hati naikkan harga barang kawalan...kita ambiljer gambar barang dan kedai klu jumpa...lepastu buat laporan...kita ada hak selaku pengguna..

alvin said...

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/16/price-of-bread-up-in-sabah/

AnnaCarey said...

Aik bukan memang hrga minyak,brg,tol memang da memang tinggi ke dr sepatutnya??
Skarang memamgla lom nek lagi.dlu 5 thun lpas pun nafi2 ckp hrga minyak xkan naik.
Tengok la skarang. Naik bpe sen.buka la mata.fkirkan utk org yg susah juga

karlena said...

Ada belajar ekonomi ke/ Harga mana ada takuk tu aje. Dah lima tahun patut pun naik. Jangut tak potongpun panjang juga. Takle dia dok takat tu aje. Kenapa nak cakap ingat orang susah sbb yang cakap ni pandai cakap tapi tak pulak beri buah fikiran...tau nak hemtah dan ubah..ubah diri dulu..jangan salahkan orang bila susah.

Popular Posts