Thursday, April 18, 2013

@KhairyKJ - 36% atau 116 calon daripada segmen orang muda dan Pemuda BN #BNbaru #undiBN @NajibRazak


"Pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan" - KJ



KENYATAAN SAUDARA KHAIRY JAMALUDDIN ABU BAKAR
PENGERUSI PEMUDA BARISAN NASIONAL

Sebagai wadah politik dan entiti yang sentiasa memperjuangkan kepentingan suara dan perwakilan orang muda, Pemuda Barisan Nasional (BN) sangat menyambut baik dan berterima kasih kepada YAB Pengerusi BN, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, di atas penyenaraian ramai orang muda dan muka baru bagi menggalas harapan dan tanggung jawab sebagai ahli pasukan transformasi BN pada pilihan raya umum ke 13. 
Ini terzahir dengan komposisi 44 peratus generasi pelapis daripada keseluruhan jumlah calon BN, meliputi 73 orang sebagai calon kerusi parlimen dan 247 bagi Dewan Undangan Negeri. Manakala dalam konteks Pemuda pula, 36 peratus atau 116 calon daripada segmen orang muda dan muka baru adalah dari Pemuda BN.
Bagi Pemuda BN, langkah ini sangat bertepatan memandangkan bukan sahaja lanskap politik negara telah berubah bahkan demografinya juga berbeza. Di Malaysia, orang muda mewakili lebih 40 peratus dari jumlah penduduk dan hampir 42 peratus dari 13.3 juta pengundi masa kini. 
Lantaran itu, pengiktirafan kepada ramai calon orang muda dan muka baru mencerminkan BN yang sentiasa segar, kontemporari dan utuh menerajui kelok kepimpinan. Jelas terbukti, BN bukan sahaja tampak menyahut aspirasi anak muda bahkan berani menterjemahkan peralihan generasi di dalam barisan hadapannya. 

Dalam pada itu, Pemuda BN juga ingin mengajak kesemua pihak di dalam BN untuk mengukuhkan kekuatan dan berpadu tenaga bekerja keras bagi memenangkan setiap calon yang dinamakan tanpa ada keluh kesah mahupun kecewa. 

Pemuda BN menyeru rakyat untuk terus bersama BN bagi membina masa depan yang cemerlang berasaskan prestasi ampuh yang teruji dan perancangan jangkauan jauh yang memenuhi harapan rakyat serta cabaran masa hadapan.

Tarikh:             18 April 2013 / 7 Jamadilakhir 1434


No comments:

Popular Posts