Monday, March 25, 2013

Projek Mega DAP ditentang Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Tun M dan Rakyat #ubahPenang #tolakDAP



Nampak sangat Lim Guan Eng tak baca Manifesto PR sebab tu dia masih cadangkan tol dikenakan. Salah satu bukti bahawa Pakatan Pembangkang sebenarnya tidak sepakat dan Manifesto PR hanya Manifesto Bukan Janji seperti yang diikrarkan oleh Khalid Ibrahim. Sebelum ini jelas manifesto PR tidak dibuat secara sepakat apabila tuntutan Royalti Kelantan dan Terengganu tidak dimasukkan dan bila Anwar Ibrahim sendiri kata akan melaksanakan projek Lynas jika PR menang dan didapati selamat.




TEROWONG : SINDIRAN TAJAM & PEDAS TUN DR MAHATHIR !



Tidak seperti Anwar Ibrahim yang berpusing-pusing tidak menjawab soalan mudah sama ada beliau homoseksual atau biseksual, Tun Dr Mahathir memberi jawapan yang ringkas, pedih dan tepat tentang isu panas di Pulau Pinang.

Lim Guan Eng DAP tentu merah muka dengan sindiran negarawan tersebut. Ianya bukan sahaja pedih dan tepat tetapi tidak mungkin akan mampu dijawab oleh anak Lim Kit Siang DAP itu.

Apakah Setiausaha Agung DAP itu mahu mengungkitkan pembinaan jambatan Pulau Pinang diera Tun Dr Mahathir yang kononnya membazirkan rakyat oleh DAP dan pembangkang ketika itu?

Sudah tentu tidak kerana jika diungkitkan juga, DAP yang akan tampak bangang dan menanggung malu kerana projek tersebut viable dan sangat diperlukan ketika itu.

Tambahan pula, perkhidmatan feri sahaja tidak mungkin akan dapat membantu kepesatan dan kemajuan yang dikecapi rakyat Pulau Pinang yang diusahakan oleh Barisan Nasional selama ini.

Dan yang paling kelakarnya ialah ketika Manifesto Pakatan pembangkang berdongeng tentang 'tiada lagi bayaran tol' atau pun 'toll free' tetapi projek ciptaan DAP pakatan pembangkang itu menggenakan tol!

Sila baca :
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan cadangan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk membina terowong dasar laut sebagai satu pembaziran duit rakyat. 
"Saya tidak tahu apa perlunya pembinaan terowong itu. Kalau kita nak mengelak kapal daripada nak lalu, ikut mana pun kapal sudah tersekat dengan jambatan sedia ada," katanya. 
Beliau berkata, pembinaan jambatan adalah lebih murah berbanding pembinaan terowong yang menelan kos yang tinggi. 
"Ini sengaja nak membazir duit rakyat. Tidak ada alasan yang munasabah bagi pembinaan tersebut," tegasnya. 
Jambatan ke-2 Penang belum siap lagi tapi dah bazir buat terowong
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis bersama warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Dewan Seroja, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini hari ini. 
Guan Eng baru-baru ini bertegas untuk meneruskan projek mega bernilai RM6.3 bilion itu, yang mengandungi pembinaan terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer (km). 
Pembinaan tersebut bermula dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Butterworth, jalan pintas sepanjang 4.6km dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Bandar Air Itam dan jalan empat lorong sepanjang 12km menghubungi Tanjung Bungah ke Teluk Bahang. - UTUSAN.
Sebelum ini, syarikat yang membina terowong tersebut akan dikurniakan tanah prime di Gurney Drive yang sekarang ini pun sungguh sibuk dengan kenderaan dan kondominium-kondominium mewah. CAP pula mengatakan bahawa 110 ekar tebus tanah (reclaimed land) akan dikurniakan.

Ironinya, tindakan mengaitkan kenyataan CAP dengan BN merupakan satu respons yang amat bodoh dan sudah pasti menimbulkan kemarahan rakyat Pulau Pinang.

2nd Penang bridge in the making so why need terowong?

Rakyat berasa meluat apabila semuanya dikaitkan dengan politik dan parti politik padahal kenyataan CAP itu berdasarkan kepada pemerhatian dan penyelidikan mereka yang mengambil kira kepentingan rakyat Pulau Pinang.

Dalam masa yang sama, Lim Guan Eng DAP telah mempamerkan sikap negatif beliau di dalam mengendalikan luahan perasaan wakil NGO dan tindakan itu kurang cerdik.

Bagaimana pun, dengan label Cocky dan Arrogant yang dikurniakan kepada Guan Eng DAP, MiM tidak yakin anak Kit Siang itu akan menarik balik projek tersebut walau apa pun berlaku kecuali jika beliau ditolak oleh rakyat Pulau Pinang di PRU13 nanti.

So, kepada seluruh rakyat Pulau Pinang yang bersetuju dengan pandangan CAP itu disarankan supaya jatuhkan anak Kit Siang DAP itu di pilihanraya kelak. Itu sahaja cara untuk mengajar pemimpin politik yang Cocky dan Arrogant.

Kita tunggu respons Lim Guan Eng DAP yang seterusnya. Batal atau tidak? Berani atau tidak?



Sebelum ini, Utusan melaporkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang hairan hairan dengan tindakan tergesa-gesa Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk meneruskan projek pembinaan terowong dasar laut di negeri itu.
Pembinaan terowong itu dilihat akan menyebabkan negeri itu terutama di bahagian pulau menjadi sebuah kawasan yang bukan sahaja tidak sihat malah tidak sesuai untuk dihuni.  
Sehubungan itu, Presiden CAP, S.M. Mohamed Idris mendesak kerajaan negeri membatalkan projek mega tersebut khususnya pembinaan terowong dasar laut kerana akan mendatangkan kesan buruk selain risiko keselamatan. 
Menurutnya, sehingga kini, beliau tidak nampak bentuk kajian yang dibuat oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang bagi melihat kesan projek terhadap alam sekitar dan sosial. 
Katanya, sebagai seorang pemimpin, Guan Eng tidak boleh terus mahu melaksanakan sesuatu yang tiba-tiba muncul dalam fikirannya tanpa mengambil kira kesan terhadap alam sekitar dan hidupan lain. 
"Pendekatan sedemikian adalah salah. Ahli politik memerintah untuk sementara, mungkin hanya lima tahun (sepenggal) tetapi penduduk dan generasinya akan kekal tinggal di situ. 
"Sedih melihat Pulau Pinang sekarang yang tidak dapat menampung jumlah kenderaan malah banyak laluan sudah menjadi jalan sehala, setiap 200 meter berlaku kesesakan kerana ada lampu isyarat manakala penguat kuasa akan kunci tayar jika letak kenderaan merata-rata," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 
Guan Eng baru-baru ini bertegas untuk meneruskan projek mega yang mengandungi pembinaan terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer (km) dari Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Butterworth, jalan pintas sepanjang 4.6 km dari Lebuh Raya Tun Dr. Lim Chong Eu ke Bandar Air Itam dan jalan empat lorong sepanjang 12 km menghubungi Tanjung Bungah ke Teluk Bahang. 

S.M. Mohamed memberitahu, jika hasrat Guan Eng mahu menyuraikan masalah lalu lintas di negeri ini, beliau sepatutnya menunggu Jambatan Kedua Pulau Pinang beroperasi dan melihat keberkesanannya terlebih dahulu. 
Katanya, di negeri ini, sebanyak 100,000 kenderaan baharu memenuhi jalan raya setiap tahun dan masalah kesesakan meruncing akan berlaku lebih awal dari dijangkakan.
Beliau turut mempertikaikan kemampuan pihak yang terlibat menjalankan projek tersebut terutama daripada aspek keselamatan terowong dasar laut. 
Serentak dengan itu, katanya, beliau bersedia mengetuai rakyat negeri ini untuk membantah projek pembinaan terowong dasar laut tersebut. 
S.M. Mohamed berkata, pelbagai tindakan boleh diusahakan jika rakyat bersatu untuk memastikan projek yang hanya mendatangkan keburukan kepada mereka dan negeri ini dibatalkan. 
Menurutnya, CAP akan menghantar surat rasmi kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng berhubung bantahan tersebut dalam tempoh terdekat. 
"Kami mahu mendapatkan maklum balas dan pandangan daripada orang ramai serta pelbagai pihak mengenai projek tersebut,'' jelasnya. 
S.M Mohamed yang juga Presiden Sahabat Alam Malaysia menambah, pihaknya pernah menubuhkan sebuah kumpulan yang terdiri daripada orang ramai bagi membantah projek pembangunan di Bukit Bendera pada sekitar 1990-an dahulu dan berjaya. 
Orang ramai yang ingin memberikan pandangan atau maklum balas mengenai bantahan terhadap projek pembinaan terowong dasar laut itu boleh menghantar e-mel ke cap1@streamyx.com atau menerusi www.consumer.org.my.
Di bawah pula adalah kenyataan akhbar CAP :
CAP would like reiterate most emphatically its opposition to the latest mega-project proposed by the Penang state government to resolve the state’s traffic problem. The project comprises a 6.5km undersea tunnel from Gurney Drive to Bagan Ajam in Butterworth, a 4.2km Pesiaran Gurney-Tun Dr Lim Chong Eu Expressway bypass, a 4.6km Tun Dr Lim Chong Eu Expressway-Bandar Baru Air Itam bypass, and a four-lane 12km road linking Tanjung Bungah with Teluk Bahang. 

In justifying in the construction of the roads, the argument that has been advanced is that they will expand the existing network of roads. By dispersing the traffic, they will thereby, it is argued, relieve the pressure on the existing roads and thus open up more space for public transport and pedestrian walkways. 
The argument is attractive one, but unfortunately it is misconceived. Countless studies have proved conclusively that building more roads (or even widening existing roads) is only a short-term solution as the new roads will invariably attract more traffic and soon the roads will be congested again. In the case of Penang, with 100,000 new vehicles hitting the roads every year, the culmination of such a process will be sooner than anyone can anticipate. 
As for the undersea tunnel, it has been suggested that it will further ease the trans-channel traffic. But this blithely ignores the fact that this will result in more motorized traffic on the island and create more congestion on the island’s roads. The new roads can only afford temporary relief to this situation. What is often overlooked is that the island too has a limited carrying capacity at any given time and no consideration is given to this fact. 
Moreover, if the concern is to alleviate the cross-channel traffic, the fact is that the second Penang Bridge is not even operational yet. Given that its impact on traffic is yet to be seen, one wonders why the Chief Minister is in such haste to push through the construction of an undersea tunnel which is beset with risks and adverse effects. 

The terms under which the project has been agreed to are also controversial. Apart from receiving a 30 year concession period, the developers will also benefit from 110 acres of reclaimed land as payment. This land will appreciate tremendously in value in the coming years. Penangites will not benefit from this added value but the developers will, many times over their initial cost of construction. 
But perhaps the Chief Minister is right after all to conclude that a third road link will be necessary. After all, who should know better the impact of his own transport policies than the Chief Minister himself? In view of the fact that the whole thrust of his policies is directed to prioritizing private motorized transport over public transport, it won’t be long before congestion begins to bulid up the second bridge. In short, a third road link will be necessary because the Chief Minister is intent on pursuing policies which will create the very gridlock requiring relief. 
There are also other disturbing features about this package of projects. The payoff for the consortium undertaking the project is 110 acres of reclaimed land. By agreeing to this, the Penang government has given no consideration to the consequences of further land reclamation along Penang’s coast even though the adverse consequences of earlier reclamation projects have clearly blighted the island’s coastline. Such a reckless indifference to the environment is shocking, to say the least. 

Questions have also been raised about the financial viability of those undertaking the construction. However, more important is the safety of such tunnels. 
The 1996 Chunnel fire shows the limits of human technical ingenuity and engineering skill. The Chunnel – the underwater tunnel beneath the English Channel which links England and France – was regarded as the the eighth wonder of the world and had been exhaustively tested for safety, including extensive modelling and and full-scale fire tests, before it was opened up to traffic. 
Yet when the fire broke out, experts were hard put to explain how the fire occurred. In Malaysia, there was a reported vehicle fire occurring every month, for 8 consecutive months in 2012. Such an incident could turn into a national disaster if it happened in the proposed undersea tunnel. In addition to inherent risk, given the absence of a well-developed culture of safety in our society, is it not a grave risk to embark on such a project? 
Moreover, questionds have also been raised as to the expertise and experience of those undertaking the project in building undersea tunnels. While they may well have undoubted expertise and skills in other types of construction, the real question is their expertise in the specific field of undersea tunnels.
While we are mindful of recent statements that the state government is intent on going ahead with the project, we strongly urge them to reconsider the whole issue. Such a reconsideration must involve a rethinking of the whole basis of the current transport policy which privileges the owners of private motor vehicles at the expense of public transport commuters. 
 All talks of a “Penang Paradigm” is meaningless without this paradigm shift. 
Media Statement - 18 March 2013






No comments:

Popular Posts