Pemuda BN perkenal aplikasi #BNYCT untuk telefon pintar @tunfaisal
on Saturday, March 16, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa - No Comments
Pemuda BN perkenalkan aplikasi BNYCT yang
boleh dimuat turun melalui Google Play Store
- Dunia siber yang menjadi 'rumah' bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.
baca lagi di:-
3,000 aktivis siber Pemuda BN seluruh negara siap gempur...
SABTU, 16 MAC 2013 18:31 HELME HANAFI
inShare
Kalau pembangkang ingat dunia siber merupakan media utama mereka untuk PRU13 ini, silap besar, sebab belajar dari pengalaman PRU12, Pemuda Barisan Nasional (BN) kali ini lebih bersedia.
Pagi Sabtu, bertempat di sebuah hotel di Kuala Lumpur, satu pertemuan yang dinamakan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN telah dilancarkan oleh Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin.
Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN ini selang sehari dengan perlancaran Gerakan Menolak Penipuan Pembangkang (GEMPAK) yang dilakukan Khairy di PWTC pada Jumaat.
Sebab itu, hari ini, bertempat di Mutiara Damansara, kehadiran aktivis siber seluruh Malaysia melebihi jangkaan awal.
Bagi Khairy sendiri, semangat pemuda BN untuk menguasai dunia siber amat penting terutamanya menjelang PRU ini.
Menurut beliau, dunia siber yang menjadi ‘rumah’ bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan BN pada PRU nanti.
Berikutan itu katanya, pemuda BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini.
“Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain.
“Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN,” kata Khairy.
Khairy berkata pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.
“Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka. Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat.
“Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna. Peperangan di siber ini seperti ‘permainan di tempat lawan’ dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding ‘permainan di tempat sendiri’,” katanya.
Beliau berkata pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana.
“Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan. Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka,” katanya.
Khairy berkata usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusan dan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi ‘garisan penamat’ pada PRU Ke-13.
“Dalam tempoh kempen pada PRU Ke-13 pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU Ke-13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi BN Youth Cyberteam (BNYCT) Tun Faisal Ismail berkata pihaknya akan menyelaras dan mengkoordinasi gerakan siber Pemuda BN dalam PRU nanti.
"Kita akan mengedarkan bahan-bahan untuk semua 3,000 aktivis kita seluruh negara sebarkan,"katanya.
Menurut beliau, semua 3,000 aktivis siber Pemuda BN tersebut merupakan aktivis yang sudah dilatih dalam beberapa siri kursus sebelum ini.
"Apabila kita beri bahan, mereka tahu apa yang perlu dilakukan,"jelas beliau.
Dalam majlis itu juga, Khairy melancarkan aplikasi mobil BN Youth yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store.-16/3/3013
Dunia Siber, Gelanggang Kemenangan BN Dalam PRU-13 - Khairy
PETALING JAYA: Dunia siber yang menjadi 'rumah' bagi pelbagai aplikasi media sosial dan blog merupakan gelanggang utama bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), kata Ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin.
Justeru, beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Umno berkata pemuda BN perlu menyediakan diri mereka bagi memerangi segala fitnah dan penipuan ditabur pembangkang dalam dunia siber yang menjadi sumber maklumat utama generasi muda pada masa kini.
"Lebih 80 peratus daripada kira-kira tiga juta pengundi baharu adalah generasi muda di bawah umur 40 tahun, mereka ini selain media arus perdana mendapatkan maklumat daripada media sosial dan blog juga pelbagai aplikasi siber lain.
"Dulu PRU 2004 dan 2008 dunia siber ini merupakan alternatif kepada penyebaran maklumat, namun pada PRU ke-13, ia bakal menjadi medium utama bagi memastikan kemenangan BN," katanya ketika berucap melancarkan Himpunan Aktivis Siber Pemuda BN di Mutiara Damansara, Damansara di sini, Sabtu.
Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Wee Ka Siong yang juga Ketua Pemuda MCA dan Ketua Pemuda Parti Progresif Penduduk Harridz Mohan pada majlis yang dihadiri lebih 3,000 orang itu.
Khairy berkata pemuda BN perlu menggunakan fakta yang tepat dan benar sebagai senjata dalam memerangi fitnah dan penipuan pembangkang dalam dunia siber.
"Kita jangan sekali-kali tenggelam dengan tahap pemikiran pihak pembangkang dengan menggunakan fitnah dan penipuan bagi memerangi mereka. Kita kena pastikan hujah kita bernas dan kempen kita ini sampai kepada setiap lapisan masyarakat.
"Penipuan terancang pembangkang akan mengalahkan kebenaran sekiranya kebenaran yang ingin kita tampilkan tidak diatur dengan sempurna. Peperangan di siber ini seperti 'permainan di tempat lawan' dalam bola sepak yang kita rasa lebih manis kemenangannya berbanding 'permainan di tempat sendiri'," katanya.
Beliau berkata pembangkang mempunyai kelebihan di dunia siber apabila boleh sewenang-wenangnya menabur fitnah dan penipuan kerana tiada kekangan dan tindakan balas terhadap apa yang dilontarkan seperti yang ada pada media arus perdana.
"Inilah sebabnya pembangkang tidak mampu menguasai media arus perdana, kerana media arus perdana tidak sama sekali berkompromi terhadap fitnah dan penipuan. Berbeza dengan dunia siber, sesiapa sahaja boleh menabur fitnah dan penipuan tanpa menyatakan siapa diri mereka," katanya.
Khairy berkata usaha memerangi pembangkang perlu dilakuakn secara berterusandan terus diperkasa terutamanya semasa menghadapi 'garisan penamat' pada PRU Ke-13.
"Dalam tempoh kempen pada PRU Ke-13 pembangkang perlu terus diperangi, tidak guna kita berperang dengan hebat tiga atau empat tahun lepas PRU 2008 kalau sampai tempoh kempen PRU Ke-13 nanti kita lemah. Pada garisan penamat itu akan terjawab kemenangan kita," katanya. - BERNAMA
sumber
No comments:
Post a Comment