Wednesday, March 13, 2013

#LahadDatu Jeneral PR Ghafir Hamid beri satu lagi sebab kenapa tentera, polis wajib benci PR


Selepas Tian Chua, Nurul Izzah, Zunar dan Jeneral PR Hashim, semalam Jeneral PR Ghafir beri satu lagi sebab kenapa anggota tentera, polis dan keliarga mereka wajar membenci PR. Tidak cukup dengan tuduhan sandiwara, gelaran anjing, kenyataan dan kartun yang memperlekehkan pasukan keselamatan negara, hari ini Jeneral bersara nak tunjuk pandai seolah-olah dia berada di medan peperangan. Sepatutnya ketika ini, jika benar mereka ini ada kepakaran dalam strategi peperangan, bukankah lebih baik sebagai rakyat yang patriotik, sebagai Jeneral yang sepatutnya ada rasa cinta untuk berbakti kepada negara, Jeneral-jeneral pencen ini menawarkan diri dan kepakaran untuk membantu pasukan keselamatan negara menyelesaikan konflik di Lahad Datu sesegera mungkin. Ini tidak, Jeneral pencen bukan sahaja tidak menawarkan diri untuk membantu, sebaliknya memperkecil dan memperlekehkan lagi pasukan tentera dan polis kita. Tak Patriotik langsung! Jangan lupa Jeneral pencen, pemimpin parti yang you masuk tu masih tak boleh memberikan penjelasan yang meyakinkan kenapa apabila Perdana Menteri bertemu MILF dan kerajaan Filipina untuk merealisasikan rundingan damai, pemimpin PR pula bertemu dengan Misuari dan MNLF...


Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat Kritik PDRM Dan Tentera


LEFTENAN JENERAL (B) DATUK GHAFIR ABDUL HAMID... Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat.
GHAFIR Abdul Hamid (dua dari kanan) berucap sebagai anggota panel semasa Forum T bertajuk 'Solidariti Lahad Datu' anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam tadi. Turut menjadi anggota panel ialah Fathi Aris Omar (kiri) dan Wilfred Bumburing (dua dari kiri). - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON

Menyedari masyarakat tidak menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.

Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini "hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana.

Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya sehingga ke hari ini.

Ketika berucap ketika menjadi anggota panel Forum T anjuran Akademi Pak Sako bertajuk ‘Solidariti Lahad Datu’ di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:

"Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu.

"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal.

"Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal."

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang, Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

- UTUSAN ONLINE




No comments:

Popular Posts