Video khusus untuk ahli dan penyokong Pas yang tersesat jalan kerana tidak mempunyai asas ilmu dan pengetahuan Islam yang kukuh serta ketaksuban terhadap pemimpin dan parti sehinggi gagal melihat bahawa apa yang diperjuangkan oleh Pas adalah demi kerusi ke Putrajaya. Sesungguh setiap amal itu dengan niat -
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَ إِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَ رَسُوْلِهِ، وَ مَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ )) [رواه إماما المحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزبة البخاري و ابو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذين هما أصح الكتب المصنفة
“Sesungguhnya setiap amal perbuatan tergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) sesuai dengan niatnya. Barangsiapa yang hijrahnya karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang hijrahnya karena urusan dunia yang ingin digapainya atau karena seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sesuai dengan apa yang diniatkannya tersebut”
(HR. al-Bukhāriy dan Muslim)
(HR. al-Bukhāriy dan Muslim)
Bila niat perjuangan pemimpin Pas, hanya demi kerusi, maka tidak hairan apabila mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk baiah sesat talaq tiga demi untuk memastikan `kerusi' Parlimen dan DUN kekal milik Pas. Mungkin kerana niat ini jugalah, Pas hanya mendapat `kerusi', tetapi bukan kuasa. Pas hanya mendapat kerusi di Permatang Pasir, tapi bukan sahaja tiada kuasa, malah suara pun tak ada. Pas hanya mendapat kerusi, tetapi sebab niatnya janya untuk `kerusi', maka kita pasti Pas tidak mungkin akan berkuasa dengan hanya bertanding 60 kerusi. Mereka hanya layak dijadikan balaci oleh kelompok sosialis dan sekularis di dalam negara.
1 comment:
macam mana dgn niat menteri2 BN yg majoritinya dah jutawan? kerana Allah ke? kerana rakyat ke? kerana duit? itu baru menteri.
macam mana dengan niat2 kaki ampu yg duk mengampu menteri tu? kerana rkyt? dah tentu bukan sbb mereka bukan pemimpin pun tapi bisnes man. dah tentu2 ampu kerana duit, kalau menteri menang mereka dpt habuan. jd apa nak jd dgn parti melayu kita? kerana Melayu? kerana duit atau kerana Allah?
kalau Allah nk bg rezeki tak payah menipu pun bleh kaya. kalau Allah nk tarik balik, yg jutawan pun boleh papa sekelip mata. tlg la sampai2kan kat kaki2 ampu dlm parti Melayu tu.
Jgn nak nafikan, sebab aku sendiri pernah jadi sebahagian drpd kalian. 10 thn dulu pej seorang timbalan menteri kat parcel c tu (skrg menteri penuh), aku bleh kuar masuk ikut suka ati aku jer. tp skrg aku dah tau, dulu aku pakai surat sokongan itu semua salah. dalam Islam itu salah, aku tak mau dah menjawab di Akhirat kelak. nauzubillah. rezeki ada di mana2. bukan BN yg bg, tp Allah yg kasi! kalau Allah nk lingkupkan BN pun, apa korg boleh buat? sujud syukur je la kot :)
Post a Comment