Sunday, January 13, 2013

#KL112 - Analisis ucapan-ucapan pemimpin




#KL112 Terkini: Analisa Perbandingan Ucapan-Ucapan Pemimpin Pakatan Rakyat di KL112
jejarikami | 17:22 |


Tidak salahkan kita buat perbandingan siapa berucap lagi power semasa Perhimpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka sebentar tadi. JK hanya ambil pemimpin yang prominen sahaja ya sebab yang lain-lain tu tiada fungsi pun, semuanya berucap sebab nak mileage dan bertanding dalam PRU13 akan datang.

Mat Sabun: Tidak putus-putus minta derma dari beruk-beruk KL112 ini. Dia juga berusaha sedaya upaya untuk menarik simpati orang ramai dan kerap menyatakan mereka tiada duit untuk membayar kos sewaan Stadium Merdeka walhal Nik Aziz datang ke sana menaiki Toyota Alphard!

Lim Guan Eng: Berucap dengan penuh karisma dan keyakinan walaupun acapkali melihat skrip ucapan di tangan. Beliau juga berucap dengan menggunakan Bahasa Melayu baku dengan diiringi oleh sorakan dan laungan dari beruk-beruk di Stadium Merdeka. Kredibiliti beliau jelas terserlah sehingga menenggelamkan ucapan pemimpin yang lain. Tapi knowing DAP adik beradik PAP ini tidak hairanlah beliau datang well prepared. Lebih-lebih lagi JK teringatkan Lee Kuan Yew yang memakai songkok semasa berkempen untuk pilihanraya Singapura dahulu kala! Habis kempen, dah menang, orang Melayu Singapura ditindas secara halus dan kuasa mereka pun lenyap. 

Haji Hadi Awang: Pengucapannya berterabur, point juga tidak jelas, melalut-lalut. Sorakan dari orang ramai juga tidak kedengaran. Tiada ketokohan untuk menjadi seorang Perdana Menteri. Adakah disebabkan faktor umur? Ataupun beliau memang sudah hilang taring?

Anwar Ibrahim: Sengaja diletakkan di akhir acara supaya beruk-beruk akan duduk lama di Stadium Merdeka. Akan tetapi, selepas ucapan Lim Guan Eng beruk beransur pulang mungkin sebab sudah bosan dengan skrip ucapan hasutan yang diulang ke mana-mana sahaja beliau pergi. Tiada ucapan semangat yang fresh dan baru seperti tokong Lim Guan Eng (Anwar harus pecat PA beliau kerana asyik recycle ucapan!). Kesimpulannya, nothing new, semuanya skrip yang diulang-ulang. Tidak habis-habis menabur fitnah yang tidak masuk akal dan sanggup memperjudikan nasib rakyat.

JK hanya sempat menganalisa 4 pemimpin sahaja tetapi terus terang mereka ini sudah hilang seri untuk memimpin Malaysia. Cuma JK nak pesan dekat pemimpin pakatan haprak ini, sudah-sudahlah salahguna perkataan 'rakyat' tu! Rakyat bukan semuanya penyokong pembangkang pun, majoriti atas pagar dan selebihnya menyokong kerajaan, jadi tidak layak mereka ini menggunakan perkataan rakyat tu!

No comments:

Popular Posts