Sunday, January 13, 2013

Analisis #KL112 - Himpunan rakyat atau penyokong tegar?


#KL112 : Analisis Keseluruhan Himpunan Kebangkitan Rakyat 112


1. Tamat sudah Himpunan Kebangkitan Rakyat yang moga-moga menjadi himpunan terakhir sebelum rakyat Malaysia menempuhi PRU ke-13.

2. Rata-rata mengatakan bahawa perhimpunan anjuran Mat Sabu dan Hishamuddin Rais ini gagal mencapai matlamat yang dikehendaki. Memang pada namanya sahaja angka 1 Juta itu sengaja diletakkan untuk menanamkan rasa gerun dan takut kepada pihak kerajaan dan penyokong kepada kerajaan.

3. Namun hasrat sebenar Mat Sabu dan Hishamuddin Rais adalah untuk mendapat sekurang-kurangnya lebih daripada kapasiti kawasan tampungan stadium dan persekitarannya adalah gagal.

4. Tujuannya adalah untuk menyukarkan perlaksanaan modus operandi pihak polis agar berlaku pergeseran antara peserta dan pihak berkuasa. Dengan memilih 8 kawasan berbeza sebagai tempat mula, logistik peserta perhimpunan untuk sampai ke Stadium Merdeka dengan jumlah lebih daripada 50,000 orang adalah satu mimpi ngeri walaupun untuk sesebuah syarikat Event Management yang sudah berpengalaman.

5. Kecekapan pihak berkuasa terutamanya pihak polis mengatur perjalanan, melaksanakan perkara mengikut SOP yang telah ditetapkan haruslah dipuji. Walaupun berhadapan dengan khalayak yang tidak putus-putus melakukan provokasi, tetapi kecekalan pihak polis menjadi kunci himpunan hari ini tidak bertukar menjadi hodoh.


6. Walaupun telah digariskan oleh pihak polis yang pada mana kanak-kanak kurang dari umur 15 tahun tidak dibenarkan untuk mengikuti himpunan ini, masih lagi terdapat ibu bapa yang tidak bertanggung jawab engkar dengan arahan tersebut.

7. Arahan dari Hishammuddin Rais supaya ada ibu bapa membawa anak kecil mereka adalah untuk melakukan provokasi terancang kepada pihak polis. Apabila polis menahan ibu bapa tersebut, maka akan berlaku pergelutan antara pihak polis dan ibu bapa. Di dalam situasi ini, pihak polis akan berada pada keadaan 'disadvantage' kerana walaupun terdapat pewartaan undang-undang dikeluarkan, mereka yang dilihat melindungi anak-anak kecil akan mendapat 'favourable angle' daripada pihak media.

8. Ini yang diharapkan oleh media pro-pembangkang untuk berlaku supaya mereka boleh memainkan isu kekasaran pihak polis kepada anak kecil.

9. Tetapi bagi pihak polis pula, mereka tidak bertindak ke atas ibu bapa ini pada waktu kejadian. Walaupun sengaja anak kecil dibawa lalu di hadapan polis, mereka tidak bertindak untuk menyaman ataupun melakukan tangkapan kepada ibu bapa tersebut bagi menjaga psikologi khalayak untuk tidak bertindak ganas.

10. Tahniah kepada pihak polis. Tetapi selepas ini mungkin surat saman tersebut akan sampai ke rumah-rumah mereka yang melakukan kesalahan demi untuk menegakkan undang-undang. Larangan-larangan serta batas-batas untuk mengikuti perhimpunan ini telah dikeluarkan di setiap saluran media yang ada. Tidak ada alasan lagi untuk ibu bapa ini untuk membawa anak mereka.

Peserta Pulang Sebelum Ucapan Anwar



1. Perkara ini tidak dinafikan berlaku.

2. Peserta yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina dan anak-anak muda didapati meninggalkan stadium sebelum ucapan Anwar sekali pun.

3. Mereka dapat menjangkakan bahawa tidak akan berlaku huru-hara ataupun kekecohan pada hari tersebut kerana keadaan adalah terlalu terkawal. Keadaan lalu-lintas yang lancar serta terdapat persediaan untuk mengelakkan peserta merasakan marah dan kecewa.


4. Dalam keadaan yang terkawal sebegini, peluang untuk melakukan kekecohan adalah sangat tipis. Cubaan untuk turun ke Dataran Merdeka juga dibuat goleh beberapa perkumpulan AMK, tetapi sekiranya tanpa sebab mereka ingin masuk ke dataran, maka kesalahan tersebut akan terletak pada tangan mereka.

5. Provokasi di Dataran Merdeka adalah untuk mencetuskan supaya pihak polis bertindak ke atas mereka, tetapi mengikut SOP polis, selagi mereka tidak melepasi barricade yang mereka telah sediakan maka selagi itulah polis tidak akan bertindak.

Embedded image permalink

6. Dalam sudut psikologi juga, Dataran Merdeka telah memuat masuk hampir 2,000 anggota polis dan juga penguasa DBKL. Dengan kekuatan anggota seperti ini, siapa yang berani untuk melakukan onar.

Kehadiran Peserta

1. Tidak dinafikan bahawa kehadiran peserta kali ini adlah lebih ramai daripada Bersih 3.0 yang hanya mengumpulkan sekitar 22,500 orang sahaja. Kali ini, dipersetujui ramai bahawa jumlah kehadiran hari ini meningkat sekali ganda kepada 50,000 orang peserta.

2. Walaupun begitu, perlu diingatkan bahawa Bersih 3.0 melibatkan hanya satu pihak sahaja iaitu NGO Bersih. Tetapi buat Himpunan Kebangkitan Rakyat 112 ini, telah melibatkan keseluruhan parti-parti Pakatan Pembangkang beserta penglibatan kesemua NGO anti-kerajaan.

3. Jentera setiap parti, Bersih, ANAK, Anti-Lynas, Royalti, dan pelbagai lagi NGO-NGO baru yang ditubuhkan khusus untuk menarik orang ramai untuk turun hanya mampu mengumpulkan sebanyak itu sahaja.

4. Perlu diingatkan juga bahawa di dalam jumlah 50,000 khalayak yang turut hadir, bukanlah semuanya yang menyokong perhimpunan tersebut. Adalah naif untuk menafikan bahawa 100% yang turun adalah penyokong kepada perhimpunan itu semata-mata. Walaupun jumlahnya tidaklah ramai, tetapi tetap signifikan sekiranya mereka ini tidak turun ke padang sekali.

5. Peserta mula bergerak daripada 8 tempat mula yang berasingan dengan Pasar Seni yang paling hampir (750m) dan Masjid Ar-Rahman (UM) paling jauh (9.6km). Tempat yang paling banyak mengumpulkan peserta adalah dari Masjid Negara dan KLCC, masing-masing membawa jumlah lebih kurang 7,000-9,000 peserta. Tempat-tempat lain tidaklah mempamerkan jumlah yang sebegini ramai.


6. Ini kerana telah dimaklumkan bahawa di setiap kawasan tersebut diketuai oleh NGO tertentu dan pemimpin parti tertentu yang terlibat. Di Masjid Negara, adalah tempat mula bagi penyokong dan jentera PAS yang diketuai oleh Khalid Samad, Mujahid Yusoff Rawa dan Azmin Ali dan KLCC adalah tempat mula ROYALTI dan ANAK yang dikepalai oleh Husam Musa dan Mazlan Aliman yang rata-ratanya masih lagi terdiri daripada penyokong PAS.


7. Masih terbukti lagi di sini bahawa PAS memainkan peranan penting untuk mengerahkan jentera mereka untuk turut serta. Sokongan kepada NGO bawaan PKR dan DAP semakin luntur terutamanya untuk PKR pada mana perkumpulan Chegu Bard hanya membawa lebih kurang 300 orang sahaja.


8. Satu lagi trend yang meningkat adalah penyertaan daripada perkumpulan mahasiswa yang melibatkan hampir 3,000 orang yang diketuai oleh Nurul Izzah. Tetapi jumlah ini juga tidak boleh dibanggakan kerana pada hari sebelumnya, Timb. Menteri Pengajian Tinggi telah mengirimkan tweet beliau yang mengatakan bahwa tiada larangan untuk mahasiswa turun ke perhimpunan ini.

9. Walaupun arahan sedemikian dikeluarkan, jumlah mahasiswa yang turun adalah sekadar 3,000 sahaja jika dibandingkan dengan julah seluruh penuntut IPT yang berjumlah 300,000 orang. 1% sahaja yang menyokong kepada Pakatan Pembangkang. 297,000 mahasiwa yang lain tidak turut serta dan boleh digambarkan mereka ini tidak cenderung kepada pembangkang.

10. Penglibatan mengikut kaum pula adalah lebih menarik lagi. Didapati 90% peserta yang turun adalah daripada kaum Melayu yang membawa jumlah seramai 45,000 orang. Kaum Cina pula adalah 8% dengan jumlahnya 4,000 orang manakala India pula adalah 1% dengan 500 orang saja dan lain-lain sebanyak 1% juga.


11. Daripada jumlah ini disimpulakan bahawa Kaum Cina hanyalah daripada pergerakan Anti-Lynas sahaja yang selama inipun berkumpul sekitar angka tersebut sahaja.

12. Penyertaan kaum India dengan hanya 500 orang sahaja menunjukkan kaum India tidak lagi bersama Pakatan Pembangkang. Isu roboh kuil di Sepang jelas menunjukkan yang kaum India merasakan marah dengan tindakan tersebut.

13. NGO-NGO yang cuba dihidupkan bersempena dengan HKR 112 ini seperti TANAH dari Johor dan lain-lain tidak mendapat sebarang sambutan.

14. Kegagalan ini adalah kerana NGO-NGO baru ini tidaklah mendapat sambutan rakyat dan tidak sempat berkembang dengan baik menjelang himpunan ini.

15. Secara kesimpulannya, yang berkumpul pada hari ini tidak sama sekali layak ditarafkan sebagai himpunan 'rakyat' kerana mereka ini adalah penyokong tegar pembangkang dan juga jentera parti. Persoalan sama ada NGO-NGO anti-kerajaan ini dipandu oleh Pakatan Pembangkang ataupun tidak sudahpun terjawab.

16. Selayaknya mereka harus namakan himpunan kali ini sebagai Himpunan Penyokong Pakatan Pembangkang.


17. Dengan jumlah 50,000 peserta, Barisan Nasional tidak perlu gentar kerana jumlah mereka ini tidakpun lebih daripada jumlah pengundi 2 parlimen sahaja. Katakan jumlah ini adalah 30% sahaja sahaja yang turun, paling-paling kurang, Pakatan Pembangkang ada bersama mereka hanya  tidak lebih daripada 200,000 orang sahaja yang benar-benar tegar ke arah pembangkang. Ini bersamaan dengan paling maksima pun hanyalah 9 atau 10 parlimen sahaja.

18. Isu yang lebih penting untuk mendapatkan 2/3 kerusi parlimen kini hanyalah tinggal untuk memenangi hati mereka yang berada pada keadaan was-was dan mereka yang sudah hilang keyakinan kepada Parti Pembangkang tetapi pada masa yang sama belum lagi boleh menerima Barisan Nasional sebagai pilihan pertama.

19. Mereka inilah kunci kepada kemenangan 2/3 kerusi parlimen Barisan Nasional.

20. Tidak dapat dinafikan lagi kali ini bahawa kerajaan pusat pada hari ini tidak akan berubah tampuk pemerintahannya. Barisan Nasional tetap akan mendapat mandat dari rakyat untuk tempoh 5 tahun lagi. Cuma samada 2/3 kerusi tersebut tercapai atau tidak yang menjadi persoalan.

21. Gunakan Hak Untuk Sebelum Hak Untuk Bersuara.

1 comment:

Anonymous said...

Peserta Himpunan Kebangkitan Rakyat wajar segera menebus rebat telefon pintar:
http://notakanan.blogspot.com/2013/01/peserta-himpunan-kebangkitan-rakyat.html

Popular Posts