[Nota: Eloklah Hadi Awang buat road show untuk jelaskan kepada penganut agama Pas bahawa amanatnya tidak seharusnya disalah tafsirkan untuk mengkafirkan orang UMNO. Hadi Awang patut nyatakan ahli Pas sepatutnya tidak seJAHIL dan seBODOH itu untuk mentafsirkan amanatnya sesuaka hati sehingga menceraikan isteri, membuang ahli keluarga, tidak makan sembelihan orang UMNO, melaksanakan solat dua imam dan tidak menyempurnakan jenazah orang UMNO. ]
Taksub #AmanatHadi Hingga Sanggup Cerca Ahli Keluarga
Kini, gilirannya pula dipulau dan dihina oleh ahli keluarga sendiri kerana tidak lagi mempercayai Amanat Haji Hadi dan tidak mahu bersekongkol dengan perjuangan Pas.
Sauli mendakwa, cercaan buruk itu bukan sahaja ditujukan kepada ahli keluarganya yang tegar menyokong UMNO ketika itu, malah pucuk pimpinan negara termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad turut dicapnya sebagai 'bapa kafir' yang zalim.
"Ketika menyaksikan Dr. Mahathir menunaikan fardu haji yang disiarkan menerusi televisyen suatu ketika dahulu, saya berharap beliau akan mendapat musibah di tanah suci Mekah.
"Harapan itu lahir atas desakan hati yang busuk selepas terlalu terpedaya dengan amanat berkenaan. Tetapi akhirnya saya kesal dan bertaubat. Secara terbuka saya memohon maaf kepada Dr. Mahathir yang juga menjadi inspirasi untuk berfikir dengan waras dan kembali ke pangkal jalan.
"Saya sedar Islam seseorang bukan bergantung pada parti politik. Maafkan saya Dr. Mahathir," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sauli yang merupakan penyokong tegar Pas cawangan Cherang Ruku berkata demikian sebagai mengulas tindakan dan pendedahan bekas aktivis tegar parti itu, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N Al-Afghani dalam buku Kafirkah Aku? bahawa puluhan ribu penyokong Pas masih berpegang pada Amanat Haji Hadi.
Mengimbau kembali perjuangannya sebagai barisan hadapan Pemuda Pas kawasan itu suatu ketika dahulu, Sauli berkata, pegangannya jelas menyimpang daripada landasan Islam sebenar termasuk beranggapan Islam seseorang itu belum sempurna selagi menyokong UMNO.
"Pendekatan mereka sama seperti yang saya pernah lakukan dahulu. Tidak sah sembahyang berimamkan imam UMNO dan haram makan sembelihan orang UMNO yang dianggap bangkai, malah orang UMNO tidak perlu dihormati.
"Ini jelas menggambarkan retaknya perpaduan kerana kerakusan pemimpin politik (Pas) yang memperalatkan agama untuk kepentingan diri," dakwanya.
Sauli mendakwa, sekiranya menghadiri jemputan kenduri waris terdekat yang menyokong UMNO ketika itu, dia hanya menjamah nasi dengan sambal belacan kerana memandang jijik gulai daging yang dijadikan juadah.
"Sekarang fikiran saya tenang kerana tidak lagi terikat dengan amanat berkenaan dan saya nekad akan memperjelaskan isu Amanat Haji Hadi kepada rakan-rakan yang sama-sama berjuang dahulu agar tidak menjadi 'Pak Turut' dan turut menanggung bebanan dosa mengkafirkan ahli UMNO," katanya. -UM
No comments:
Post a Comment