Sampai bila rakyat Malaysia akan tertipu dengan DAP dan sikap cauvinis mereka
yang memecah belahkan rakyat Malaysia. Sikap rasis DAP juga jelas. Baru-baru ini seorang pemimpin DAP telah mengaitkan rasuah dengan kaum, bila mendakwa kakitangan awam rasuah kerana majoriti terdiri dari kaum Melayu. Politik cauvinis `Rocket style' tidak banyak berubah sejak 1969 sehingga sekarang...
Tunku Aziz - Malaysian Malaysia, 'sosialisme DAP style' hanya penipuan politik (political scam)?
Ideologi 'Malaysian Malaysia' DAP retorik semata-mata, kata Tunku Abdul Aziz
Malaysian Insider
December 18, 2012
KUALA LUMPUR, 18 Dis — Bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata parti tersebut masih belum bersedia menerima orang Melayu dan menafikan beliau menjadi punca kekalahan calon-calon Melayu dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) hujung minggu lalu.
Menurut Tunku Abdul Aziz (gambar), ideologi 'Malaysian Malaysia' yang diperjuangkan DAP hanyalah retorik semata-mata.
"DAP masih belum bersedia untuk terima Melayu dalam kepimpinan parti mereka. Apa yang dikatakan hanya cakap-cakap kosong sahaja.
"Tidak perlu tipu orang lagi khususnya orang Melayu. Orang Melayu tidak bodoh. Memang tidak ada Malaysian Malaysia itu," katanya dipetik dari Sinar Harian Online.
Beliau menafikan kenyataan Zulkifli Mohd Noor dirinya menjadi punca kekalahan calon-calon Melayu dalam pemilihan CEC.
"Salah saya kah? Itu persepsinya saja, bukan saya punca DAP tidak boleh terima Melayu. Kalau dia (Zulkifli) kalah, itu bukan kerana saya. Tidak logik langsung, tetapi ikut suka dialah mahu kata apa.
"Saya keluar parti kerana DAP telah tipu saya, dan saya sudah tidak ada persefahaman dengan parti itu. Takkan saya tidak boleh keluar? Ketika saya di dalam parti sudah tiga kali saya ingin keluar parti tetapi mereka (DAP) pujuk," katanya.
Dua pemimpin Melayu dilantik secara terus menjadi anggota CEC walaupun tiada seorang pun calon Melayu yang bertanding menang.
Senator Dr Ariffin SM Omar dan pendatang baru Zairil Khir Johari antara 10 orang yang dilantik secara terus ke dalam jawatankuasa tertinggi itu.
Semasa mengumumkan barisan CEC yang baru tersebut, yang kebanyakkan hampir sama seperti terdahulu, setiausaha agung Lim Guan Eng berkata kesemua 20 ahli sepakat dalam perlantikkan kepimpinan jawatankuasa tersebut.
Lima ahli lain yang dilantik terus ke dalam CEC adalah Dr Tan Seng Giaw, Dr P Ramasamy, Jimmy Wong Sze Phin, Dr John Brian Anthony, Dr Edwin Bosi, Leong Nga Nga, V.Sivakumar dan Thomas Su Keong Siong
No comments:
Post a Comment