Friday, December 21, 2012

Benarkah 10,526 ekar tanah untuk Nizar jadi MB boneka DAP? #BalaciSosialis

nga-ngeh-nik513

Benarkah Nik Aziz dan Pas merasuah Nga dan Ngeh?



Mengapa Nik Aziz lulus 10,526 ekar tanah pada dua ADUN DAP di Perak?
JUMAAT, 21 DISEMBER 2012 02:36
YUSOF HARUN  

Kini sudah terang lagi bersuluh, tanah seluas 10,526 ekar atau 4,259.9 hektar di Kelantan diluluskan kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat kepada dua tokoh DAP di Perak.

Agak ironi tanah seluas itu tidak diluluskan kepada mantan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin ataupun tokoh-tokoh Pas lain yang menghabiskan setiap minit berjuang untuk parti itu.

Lebih menyedihkan pihak lstana serta kerabat diraja lain juga tidak berpeluang memiliki tanah seluas ini.  Pemiliknya mampu mengusahakan tanaman getah atau sawit bagi tujuan pertanian.

Dengan harga sawit dan getah tinggi melambung, tuanpunya tanah berkenaan boleh goyang kaki dan hidup dengan bertilamkan timbunan wang ringgit.

Tanah yang terletak di mukim Ciku diberikan kepada Pengerusi Dap negeri Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming, ADUN Pantai Remis yang juga Setiausaha Dap negeri.

Sehingga berita ini ditulis, Kerajaan Pas Kelantan belum mengeluarkan kenyataan rasmi menafi ataupun mengesahkan serta penjelasan sebab tanah seluas itu diberikan pada dua ADUN berkenaan.

Datuk Hamidah Osman (BN-Sungai Rapat) ketika mencelah semasa ADUN Slim Datuk Khushairy Talib berucap berkata “search” (pencarian) dibuat pagi tadi (Khamis) menerusi SSM mendapati pemilik tanah itu terdiri dari Ngeh dan Nga.

Tanah itu mengikut rekod yang didedahkan di DUN Perak (semalam dan Khamis) terletak di Mukim Chiku,Gua Musang—yang pasti ia sangat jauh dari rumah pemiliknya di Sitiawan.

Harga pasaran bagi tanah ini ialah RM30 juta.

Kini bila tembelang dan jubah terlondeh, Nik Aziz terpaksa mencari fatwa  baru untuk menghalalkan tindakannya serta tindakan kerajaan negeri yang dipimpinnya.

Dengan demikian menjelang PRU ke13, isu ini menjadi modal besar BN. Silap hari bulan, kerajaan Pas Kelantan yang goyah bakal berakhir.

Selain dari itu jalan Pas ke Putrajaya bersama-sama regunya PKR dan Dap nampak lebih suram dan malap ibarat bulan dibungkus gerhana.

Rakyat Kelantan walaupun setaksub mana dengan Tok Guru  mereka juga sayangkan negeri. Tanah Kelantan adalah untuk orang-orang Kelantan, bukan sebaliknya.

Mereka tentu nak tahu mengapa Menteri Besar Kelantan bertindak macam yang didedahkan itu.

Ataupun mungkinkah setelah 20 tahun berkuasa, Menteri Besar sudah tidak peduli dengan sensitiviti rakyat.

Apakah pemberian tanah sebesar ini kepada pemimpin parti yang menolak hudud dan pembentukan sebuah negara lslam dilihat adil kepada rakyat di negeri itu yang tidak bertanah?.

Bukan ini saja yang mengelirukan akal orang ramai. Ada lagi . . . Yang mereka nak tahu lagi mengapa kerajaan negeri begitu berahsia (hampir empar tahun) sehingga pemberian itu dibuat secara penuh rahsia.

Atau seperti kata pepatah masakan tempua bersarang rendah atau takkan pokok bergoyang kalau tidak ada angin . . .

Persoalan lain apakah Ngeh dan Nga saja dapat tanah di Kelantan, macam mana pula dengan orang-orang dalam Pkr?

Nik Aziz mungkin pening lalat dengan isu ini lebih-lebih lagi tuan empunya diri, Ngeh dalam satu ulasan di Ipoh membidas pemimpin Pas yang membocorkan rahsia pemberian tanah.

Ngeh, ADUN Sitiawan dan ahli parlimen Beruas hairan dokumen itu boleh bocor kerana ia adalah maklumat sulit antara mereka dan pemimpin Pas.

Kini tuduh menuduh antara satu sama lain dijangka menjadi aturcara utama pembankang, ADUN Slim,  Khushairy Talib meminta kerajaan Kelantan menjelaskan kelulusan tanah yang diberi itu.

Beliau ditemui wakil Agenda daily selepas mengadakan sidang media di Ipoh meminta penjelasan  kerajaan negeri Kelantan mengenai isu ini bagi tujuan menjelaskan  kekeruhan yang berbangkit.

 Isu tanah di Kelantan mula ditimbulkan beberapa blog khusus pisau.net kemudian dipetik oleh banyak laman sesawang lain.

Dalam sidang DUN Perak pagi tadi (Khamis) Khushairy yang turut membahas bajet 2013 menunjukkan beberapa dokumen menyokong dakwaannya bahawa tanah itu dilulus kepada Ngeh dan Nga.

Nga yang  berada di dalam dewan mencabar ADUN Slim membuat dakwaan itu diluar dewan malah wakil Dappun sanggup membawa bersama Khushairy ke balai polis  Dap untuk membuat laporan.

 Khushairy tidak menunggu lama sebelum memanggil sidang media serta mengulangi dakwaannya. Kini apakah Nga yang akan mengunakan saluran undang-undang terhadap Ketua UMNO bahagian Tanjung Malim itu?

DUN Perak yang berjalan pagi tadi bermula “sejuk” menjadi panas apabila ADUN Slim membuat pendedahan sehingga ucapannya diganggu oleh Nga dan beberapa wakil Dap.

Pas nampaknya seperti berkecuali melainkan Nizar yang berhempas pulas cuba mempertahankan diri dan juga partinya.

Ketika perhatian tertumpu kepada isu tanah di Kelantan, tidak semena-mena Nizar mendakwa dia diumpan jawatan Menteri Besar Perak oleh Dr.Zambry jika beliau bersetuju menyertai UMNO.

Dr.Zambry yang berada dalam dewan bangun menuntut penjelasan. Malah Menteri Besar bersumpah bahawa dia tidak pernah melakukan seperti yang dituduh Nizar.

ADUN Pengkalan Hulu Tan Sri Tajol Rosli bangun mencelah dengan penjelasan. Beliau hairan kerana ketika itu beliau masih Pengerusi Perhubungan UMNO .

Katanya Dr.Zambry ketika itu tak ada hak untuk membuat “offer.”

Bagaimanapun Tajol menjelaskan bahawa apa yang beliau anjurkan ialah penubuhan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas. Tajol bersetuju calon Pas dilantik Menteri Besar jika cadangan ini dapat dilaksanakan.

Ucapan Khusairy diselang seli bantahan wakil-wakil Dap.  Keadaan panas itu mendapat perhatian wakil BN yang bangun bertanyakan fakta yang didedahkan wakil Slim.

ADUN Pengkalan Baru, Datuk Hamdi Abu Bakar juga ingin tahu nilai tanah serta wakil rakyat yang diberikan tanah berkenaan.

Tajol bangun semula  mencelah dengan bertanyakan wakil Slim. . . .”Saya di luar dewan tadi . . .tak dengar . . .apakah RM 9juta . . .”

“What wrong with that . . .orang tak boleh berniaga ka” pintas seorang wakil Dap, cuba membela dua adik beradik itu.

Menurut Khushairy Upaya Padu Plantation Sdn. Bhd. dimiliki hampir 100 peratus oleh Ngeh dan syarikat berkenaan  yang memiliki 10,526 ekar, dimiliki oleh Efektif Kirana Sdn. Bhd. dan Ngeh Koo Ham.

Katanya Efektif Kirana memegang saham 51% bernilai RM16 juta dan Ngeh Koo Ham 49% bernilai RM15 juta.

"Siapa pula yang punya Efektif Kirana? Carian SSM menunjukkan Efektif Kirana dimiliki oleh Ngeh Koo Ham 53,678 sher, Lina Faridah 1 sher dan Norhayati 1 sher, bermakna syarikat Upaya Padu ini dimiliki hampir 100% oleh Ngeh Koo Ham,’’ katanya.    

DUN Perak hari ini juga panas mengenai isu tanah. Adun bebas yang menyokong BN, Keshvinder Singh (Malim Nawar) mendedahkan pemberian tanah semasa Nizar jadi MB kepada seorang individu bergelar.

Tanah seluas 547.2 ekar yang dimaksudkan terletak di Tanjung Tualang dalam DUN Malim Nawar yang diwakilinya. Beliau menceritakan tanah itu diberikan kepada kroni Nizar.

Katanya kerajaan Pakatan Rakyat meluluskan tanah itu secara senyap-senyap tanpa pengetahuannya.

Beliau hanya mendapat tahu setelah penduduk kampung mengadu padanya.  Mereka berkata tanah itu dilulusan kepada “kaum kerabat diraja.”

Tanah itu dipagar dan dipacak dengan kayu berbalut kain kuning. Ini disaksinya sendiri apabila pergi ketempat berkenaan untuk menyiasat.

Dengan nada kecewa dan geram Kesh, yang juga seorang peguam berkata” 

“Saya amat terkejut sekali. Ini bukan lagi jahat tapi worse than jahat (lebih teruk daripada jahat).”-20/12/2012 OLEH YUSUF HARUN


No comments:

Popular Posts