Thursday, December 13, 2012

#Stateless : MP Kapar menghasut, Latheefa Koya, Surendran bawa 280 pemohon IC merah rupanya #PenipuRakyat


Muka penipu rakyat dan manusia yang rela diperbodohkan di JPN semalam... 


"Jumlah permohonan yang disampaikan pada kita (JPN) hanya 308 permohonan, bukan 308,000. Daripada 308 permohonan, 280 permohonan untuk kad pengenalan merah dan bukan untuk kewarganegaraan.

"Ini sekaligus menunjukkan bahawa hujah yang mengatakan ada 300,000 kaum India di luar sana yang tidak ada kewarganegaraan merupakan satu pembohongan besar dan mungkin ada muslihat menjelang pilihan raya ini untuk mencari isu-isu yang boleh menimbulkan kemarahan dan kebencian.

"Sejak (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) memimpin negara kita, saya diminta untuk menyelesaikan semua kes-kes yang tertunggak misalnya jumlah permohonan kewarganegaraan yang tertunggak sebelum ini, kami dah proses lebih 98,000 permohonan" 

- Hishammuddin Hussein 
Menteri Dalam Negeri


Nota: Kewarganegaraan bukan hak, tapi keistimewaan. Terpulang kepada kerajaan untuk beri atau tidak kepada pemohon yang bukan warganegara.




@NajibRazak Akan Hapuskan Kaum India Dengan Menolak Mereka ke Dalam Laut!- @PDRMsia Perlu Siasat Tuduhan MP Kapar @HishammuddinH20



Tindakan meletakkan nama orang Islam sebagai (anak/lelaki) adalah satu pembunuhan karakter secara melampau oleh PKR.

Ia mengingatkan saya dengan satu  pendedahan yang dibuat oleh Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dalam satu forum bahawa terdapatnya rancangan halus, terancang dan berterusan oleh pihak tertentu bagi menghapuskan identiti bangsa, status agama dan gelaran Bin Binti seperti tertera dalam MyKad.



Nampaknya selain cuba menaikkan kemarahan masyarakat India dengan harapan mengulangi peristiwa Hindraf, PKR turut membawa mesej untuk menghapuskan identiti bangsa yang digunakan oleh umat Islam.

Benar jika disemak kenyataan Majlis Fatwa Kebangsaan, penggunaan istilah bin dan binti tidak melibatkan hukum Islam. Namun penggunaan bin/binti di Malaysia ianya merujuk kepada bangsa Melayu dan tindakan meletakkan nama seorang Melayu/Islam sebagai (anak/lelaki) dilihat sebagai biadap!

MP Kapar Menghasut & Cuba Cetuskan Ketegangan Kaum

Selain itu seorang rakan Twitter saya @cikgushasi telah terjemahkan ucapan dari MP Kapar S.Manikavasagam bermula pada minit 1.22 sebagaimana video yang disiarkan sebelum :



Terjemahannya adalah :


Ini satu ucapan sial daripada S.Manikavasagam yang dia berniat untuk menghasut serta menakut-nakutkan kaum India kononnya BN akan hancurkan kaum India secara berperingkat dengan menolak ke dalam laut.

Justeru itu, pihak berwajib wajar menyiasat kenyataan ini kerana jelas ianya berbentuk hasutan dan fitnah!

YY : Rindu I.S.A



1 comment:

taipingcentral_harapan melayu said...

As Salam Dan Salam 1Malaysia Bro.

Mohon sangat2 di linkkan blog saya ini ye:

http://taipingcentral.blogspot.com/

Artikel terbaru saya:

http://taipingcentral.blogspot.com/2012/12/bukti2-pr-pembohong-isu-300k-india.html?m=0

Semoga persahabatan bertaut dan menjadi pemangkin muhibbah antara kita. Cheewahhh. Hehehehe

Tq bro. Sempoi blog bro..

Popular Posts