Bab jawatan nak banyak. Tapi kerja hancus. Sibuk nak ambil tanah
YSS sajalah nampaknya.
http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wqc5hg
SHAH ALAM: Bekas pengerusi DAP Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat mendakwa exco Selangor, Teresa Kok sebagai seorang pemimpin yang lemah dan gagal melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat serta sering menggunakan kuasanya untuk kepentingan diri dan kroni.
Justeru, Ahli Parlimen Seputeh itu digesa meletakkan jawatannya sebagai Pengerusi DAP Selangor.
Tuan Tat juga mendakwa ahli DAP kini semakin muak dengan parti terbabit kerana pemimpinnya sombong dan tidak mendengar suara akar umbi.
"Teresa Kok saja pegang terlalu banyak jawatan. Masalah banjir dan sampah tiada kesudahan, sebaliknya beliau lebih fokus kepada kuasa.
"Apa guna rakyat memilihnya sebagai pemimpin jika secara terang-terang gagal melaksanakan tanggungjawab kepada mereka," katanya.
Tuan Tat yang keluar parti itu pada 16 Ogos lalu berkata, penolakan kebanyakan ahli terhadap DAP Selangor terbukti ketika mesyuarat agung tahunan parti itu awal bulan ini apabila hanya 311 sahaja yang hadir daripada 1,153 ahlinya.
No comments:
Post a Comment