Mahasiswa tolak aspirasi pembangkang. Itu kesimpulan yang boleh dibuat bila calon bebas memilih untuk membawa aspirasi mahasiswa dan bukan menyokong pro-M yang membawa aspirasi dan kaedah pembangkang. Tahniah kepada warga UM. Pro-Aspirasi Mahasiswa menguasai 18 IPTA, termasuk 3 IPTA di Klang - UM, UPM dan UiTM. Pro-M tewas teruk dengan hanya menang di UIA dan UKM.
Pemilihan MPP hari ini mengesahkan
kemenangan Aspirasi Mahasiswa (Pro-AM)
di Universiti Malaya bagi melengkapkan
kemenangan bergaya Pro-AM mengalahkan Pro-M
dalam PRKampus 18-2.
Pro-M hanya menang di UKM & UIAM.
Pada PRKampus UM pada 25 September lalu
Pro-M memenangi 20 kerusi, Penggerak (Pro-AM)
19 kerusi, Bebas 2 kerusi dan 2 kerusi fakulti terpaksa
dipertandingkan semula kerana keputusan seri.
Selepas pengundian semula Pro-M
mendapat 21 kerusi dan Pro-Am 20 kerusi.
Bagaimanapun 2 calon bebas yang menang di
Fakulti Undang-undang memilih untuk memihak kepada
Pro-AM menjadikan Pro-M tewas sebanyak 1 kerusi.
Pemilihan hari ini dikhabarkan
Penggerak Pro-AM memonopoli 12 daripada 13
tempat dalam kabinet MPP UM, termasuk
beberapa kerusi utama:
Keputusan rasmi pemilihan kabinet MPP
1)YDP - Izham Ismail (Bebas)
2)NYDP - Yong II Yang (Penggerak Mahasiswa)
3)Bendahari Agung - Lock Li Ping (Penggerak Mahasiswa)
4)S/U Agung - Atiqah Jani (Penggerak Mahasiswa)
TAHNIAH
PENGGERAK
(ASPIRASI MAHASISWA)
UNIVERSITI MALAYA!!
No comments:
Post a Comment